Istimewa….utk ayah!

AISYAH menutup pintu biliknya perlahan-lahan. Dijengket-jengketkan kakinya supaya lantai tidak berbunyi, kemudian menuruni anak tangga ketingkat bawah dengan berhati-hati. Di hujung tangga dia menoleh ke atas, lega ibu dan ayah tidak sedar apa yang sedang dilakukannya.
PAP! Cahaya lampu kalimantang menerangi ruang dapur rumah teres dua tingkat itu. Aisyah tersenyum lebar. Ya, ini-lah masanya… inilah masanya. Sudah lama dia menantikan saat itu, sekarang sampailah saat yang dinanti-nantikannya.

Hari Sabtu, September 2003, Aisyah ingin memulakan hari itu dengan sesuatu yang istimewa.
Dia mencuci cili merah yang diambil dari dalam peri sejuk dan kemudian mengupas bawang besar. Sebilah pisau tajam dicapai, diikuti papan landas, piring dan mangkuk. Kabinet dibuka, sekali lagi dia tersenyum melihat bekas putih yang penuh berisi tepung gandum. Minyak masak lebih daripada mencukupi.

Senyuman lebar terukir di wajah kanak-kanak comel berusia 11 tahun itu. Dia ingin memulakannya sekarang. Ya sekarang, sebelum ibu dan ayahnya terjaga.
Dengan pantas Aisyah mencedok sesudu tepung tapi ketika hendak menuangnya ke dalam mangkuk…
PRRANGG! sudu itu terlepas daripada genggamannya. Lalu bertaburanlah tepung di atas lantaidan meja.

Aisyah cemas. Habis, habis kotor meja yang baru dibeli ayahnya. Dengan tergesa-gesa dia mengaut tepung itu, namun sisa-sisanya tetap mengotori meja tersebut. Tak apalah, kotor sikit saja, Aisyah menenangkan perasaannya. Sudu tadi dicuci dan Aisyah bersiap untuk memulakan impiannya.
Namun bila melihat meja yang kotor dan aneka bahan di depan matanya, Aisyah tiba-tiba jadi celaru. Mana satu yang patut dimulakan dahulu. Adun tepung? Potong cili? Hiris bawang? Minyak masak? Kuali? Garam?

“Macam mana ni?” Aisyah menggaru kepala.
Dia pandang ke luar. Alamak! Matahari pagi sudah menjengah, mungkin pukul 7.00 pagi. Badannya menggeletar, pasti sekejap lagi ibunya turun ke dapur. Selepas itu ayahnya pula muncul. Habis, habiiiiis! Aisyah perlu siapkan cepat! Dia perlu bersihkan segala kotoran itu sekarang!
“Macam mana ni? Macam mana ni?” Aisyah kian kalut.
Sudah banyak kali Aisyah lihat ibunya memasak makanan istimewa ini, nampak mudah saja tapi… Aaaahhhh!

Tangan Aisyah menggigil semasa menuangkan air ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Dikacaunya tepung itu hingga likat. Malangnya dalam sibuk menggaul, tangannya tersinggul cawan yang diletak di tepi meja!
PPRRAANGG”
Lalu berhamburanlah air membasahi lantai dan kain pelapik di bawah sinki. Lekas-lekas kain tersebut dibaling ke dalam bakul atas mesin basuh.
Sambil menggaul tepung bercampur cili dan bawang yang telah dihiris-hiris, berkali-kali Aisyah memandang ke luar jendela. Alamaaaak… dah siang!

“Aku kena siapkan cepat, kalau tidak…” Aisyah tambah kalut.
Malangnya baru menuang sedikit minyak ke dalam kuali yang telah diletakkan di atas dapur, Aisyah teringat sesuatu. Ah, dia sepatutnya mencampurkan adunan tadi dengan ikan bills. Tapi mana ikan bilisnya? Mana? Mana? Hari sudah cerah! Ikan bills perlu disiang, dibasuh.
Aisyah mengesat air matanya yang mula menitis. Dia takut dimarahi ibu kerana mengotori dapur, bimbang dipukul ayah kerana membuat sesuatu yang tidak disuruh. Mereka pasti berang melihat dia memasak seorang diri. Ibu dan ayahnya sudah banyak kali berpesan, ‘jangan main pisau, jangan main api’!

Dalam pada Aisyah kalut mengambil minyak masak, menyiang ikan bilis, membubuh garam ke dalam tepung likatnya, tiba-tiba hujung matanya melihat kelibat seseorang di belakangnya. Aisyah menoleh…

“Mama! Ayah!”
Aisyah gamam melihat ibu dan ayah berdiri memandangnya. Tubuh kanak-kanak comel itu menggigil, mukanya pucat lesi. Dia tunduk memandang meja yang kotor dengan ikan bilis, biji cili, kulit bawang…
Lantai pula comot dengan tepung dan minyak masak yang ditumpahkannya. Pinggan, cawan, pisau, piring dan papan landas berterabur di atas meja serta dalam sinki. Air mata Aisyah tak dapat disekat-sekat lagi. Digenggamnya jari-jemari yang penuh bercampur dengan tepung.
“Mmm… mmama… aa… ayah…” katanya tersekat-sekat, “maafkan Aisyah. Aisyah nak buatkan cekodok untuk ayah, tapiiii…”

Belum sempat dia menghabiskan kata-kata, si ayah duduk di depannya. Aisyah tunduk, tidak berani melihat wajah ayahnya.
“Aa… Aisyah nak… nak buat cekodok. Ayah kan suka cekodok,” ulang Aisyah sambil menahan tangisannya. Habis, pasti aku kena marah, pasti aku kena pukul, kata Aisyah di dalam hati.
Tapi tiba-tiba Aisyah merasa tubuh-nya dirangkul penuh erat, kemudian pipi dan dahinya dicium berkali-kali. Pelukan itu hanya dirungkai hampir seminit kemudian dan si ayah merenung wajah cornel anaknya itu. Pandangan dua beranak itu bertembung.
“Ma… maa… maafkan Aisyah ya, ayah…” rayu Aisyah tersedu-sedu.
“Ayah tak marah. Ayah tau Aisyah sayang ayah…” kata si ayah dengan suara sebak. Air matanya juga bergenang. Dipeluknya Aisyah sekali lagi.

Si ibu datang menghampiri. “Bila bunyi bising-bising kat bawah ni, mak dan ayah turun. Kami sejak tadi perhatikan Aisyah. Aisyah nak buat cekodok ni sebab hari ni hari jadi ayah, kan?” tanya pula si ibu sambil membelai rambut anaknya itu.
Aisyah mengangguk. Ya, sejak dua hari lepas sudah diberitahu hajat itu kepada ibunya. Itulah sarapan kegemaran ayahnya, orang yang amat Aisyah sayangi. Dia ingin meraikan hari lahir bapanya itu dengan suatu yang istimewa juga.

“Jom, mari kita buat sama-sama,” sambung si ibu lalu menarik tangan Aisyah.
“Okey… ayah kupas ikan bilisnya,” sambung si ayah sambil menyeka air mata anaknya itu. Senyuman manis terukir di wajah mereka.
Pembaca budiman, dalam menjalani hidup ini, kita cuba untuk melakukan yang terbaik tapi ia tidak semudah yang direncanakan. Kita berusaha menyediakan sesuatu yang paling istimewa untuk orang tersayang, tapi sering kali kita gagal melaksanakannya.

Kita berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak, namun bukan mudah melakukannya. Anak-anak pula cuba untuk meraih perhatian serta menunjukkan betapa mereka juga sayangkan ibu dan bapa, tapi bukan semua ibu bapa memahaminya…

Suami Boroi Tanda Bahagia!

wahai semua kaum adam selepas membaca artikel ini berusaha dan terus berusaha untuk memboroi kan perut anda.. hehehehe usaha dan tingkat kan keboroian anda!! hidup kaum boroi!! kuikuikui

—– Forwarded Message —-
From:
 
Salam & Hi [[name],

Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel menarik yang bertajuk "Suami Boroi Tanda Bahagia". Selamat membaca.

===
Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita.. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.

Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah.. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga. 

===

Sekian untuk kali ini, semoga bertemu lagi di email yang lain

Yang Benar,

www.maskahwin.com

 

Siapa penghibur suami anda

Maaf nak bertanya kepada para isteri sekelian.

Siapakah penghibur suami anda ?

Pabila suami pulang dari kerja tentunya dalam keadaan letih fizikal dan mentalnya. Paling tidak ia memerlukan segelas air sebagai penyejuk. Siapakah yang menghulurkan air untuknya ? Ambil sendiri atau kerahkan anak-anak anda ambilkan bagi pihak anda. Atau perintahkan pembantu rumah tuangkan air sejuk dan letakkan atas meja.

Pabila suami anda meletakkan punggungnya untuk merehatkan diri. Siapakah yang menemaninya ? TV diruang tamu atau ikan-ikan dalam akuarium ? Dimanakah anda ? Sibuk bersembang dengan jiran atau melayan siri TV yang anda tidak mahu ketinggalan.

Pabila suami masuk ke bilik menukar pakaian siapakah menemaninya ? Gambar-gambar anda di meja solek dan potret pemandangan di dinding.

Pabila suami merebahkan diri dikatil sebelum melelapkan mata dimanakah anda ? Sibuk di depan TV melayan persembahan realiti. Atau di dapur mengemas serta membasuh itu ini.

Pabila suami mula melelapkan mata siapa disampingnya ? Bantal peluk dan siling pengganti anda yang masih merenung kaca TV.

Bila suami anda masih tidak pulang ke rumah walaupun sudah jam 10 malam, dimanakah dia? Di kolam memancing ? Di warung mamak ? Di pusat karaoke ?

Bila anda sudah hampir mahu melelapkan mata dimanakah suami anda ? Masihkah dia diluar ? Atau didalam rumah melayan ruang sembang di internet ?

Siapakah penghibur suami anda ?

TV ? Ikan di kolam pancing ? Senarai lagu di pusat karaoke ? Atau wanita-wanita yang menjadi pengganti anda sebagai penghibur suami anda ?

Siapa penunduk nafsu suami anda ? TV? Ikan ? Kawan-kawan ? GRO ? Gadis-gadis di internet ?

Mengapa bukan anda ?

PAK KADRI

__._,_.___

Mahkota Untuk Ayah

qamar_muneera

“Ayah, maafkan Udin. Andai Udin tahu hasrat ayah. Andai Udin tahu impian ayah. Andai Udin tahu rahsia hati ayah. Udin takkan bantah cakap ayah. Udin akan mengaji Quran sungguh-sungguh dengan Ustaz Naim. Udin akan tunaikan impian ayah kala ayah masih disisi,” sayu kedengaran suara Ustaz Saifuddin. 

Jiwanya dibentur gundah. Dia baru usai menghadiahkan bacaan Yassin buat ayah. Ustaz Saifuddin mengusap-usap lembut batu nisan. Seakan-akan dia membelai kepala ayah. Raut wajahnya terpampang rasa terkilan.

” Udin buka kelas Al-Quran untuk orang-orang tua sekarang. Udin mengajar sepenuh masa di situ. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik datang mengaji. Seronok Udin tengok semangat mereka. Bersungguh-sungguh benar mereka mahu belajar Al-Quran. Kalau ayah ada…,” 

Udin tidak dapat meneruskan bicara. Kerongkongnya terasa perit. Air yang bertakung di tubir mata sudah lama berjujuhan.

“Ayah, semalam Udin mimpi. Udin lihat ayah dipakaikan mahkota yang sinarnya terang benderang. Lebih bercahaya dari sinar matahari. Wajah ayah berseri-seri. Ayah pandang Udin. Ayah senyum. Tak pernah Udin tengok ayah senyum semanis itu. Kalau boleh, waktu itu Udin tidak mahu celikkan mata. Biarlah Udin terus pejam dan menikmati senyuman ayah. Adakah ayah sudah ampunkan Udin? Ayah, Udin rindukan ayah,” Ustaz Saifuddin menyeka air mata yang kian tidak terbendung. 

**********************************************

Wajah Udin berkerut menahan sakit. Rasa tidak puas hati menyembur-nyembur dari anak matanya. Dikerling betis yang kini berbalar. Kesan-kesan merah tampak jelas. Air mata ditahan. Tidak dibenarkan walaupun setitis gugur. Menangis ertinya lemah. Ayah tidak adil. Kenapa dia sahaja yang selalu kena marah. Kenapa dia sahaja yang selalu dirotan. Ayah memang tidak sayangkan dia. Ayah hanya sayangkan Kak Sarah. 

Dia menjeling tajam ke arah Kak Sarah. Geram membuncah di hati melihat muka selamba Kak Sarah yang seolah-olah mengejek-ejeknya. Kak Sarah memang sengaja hendak kenakan dia. Kak Sarah memang gatal mulut. Kak Sarah tidak patut memaklumkan ayah tentang hal dia mandi di sungai hujung kampung sekaligus tidak menghadiri kelas agama. Kak Sarah memang menyibuk. 

Muqaddam dan papan rehal di atas meja diregut kasar. Kakinya sengaja dihentak-hentak ketika berjalan. Berdetap-detup bunyi papan lantai dipijak.

” Nanti!” Kak Sarah menahannya.

“Apa lagi!” sergah Udin. Mukanya merona merah.

“Tak mahu pakai kopiahkah?” Kak Sarah berlembut. Cuba menyiram api kemarahan adiknya. 

Cepat-cepat Udin merabut kopiah lusuh di tangan Kak Sarah. Ternyata Kak Sarah gagal menyejukkan hati Udin. Udin lemas selalu dileteri ayah. Ayah selalu membanding-bandingkan dirinya dengan Kak Sarah. Ayah selalu memuji-muji Kak Sarah. Memang dia tidak nafikan Kak Sarah punya banyak kelebihan berbanding dirinya. Darjah tiga Kak Sarah sudah khatam Al-Quran. Setiap tahun Kak Sarah naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang. 

Dengan keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR Kak Sarah dapat melanjutkan pelajar di sebuah sekolah menengah sains. Memang Kak Sarah menjadi kebanggaan ayah dan emak. Sebaliknya, Udin masih membaca Muqaddam walaupun kini sudah berusia sepuluh tahun. Namanya kerap juga dipanggil waktu perhimpunan kerana tidak siap tugasan yang diberi oleh guru ataupun ponteng kelas. 

Dia lebih suka menghabiskan sepanjang petang memancing ikan atau mandi sungai di hujung kampungnya daripada menghadiri kelas agama. Kadang-kadang dia berbasikal hingga ke kampung seberang semata-mata mahu bermain bola sepak. Pada malam hari, budak-budak lain terkocoh-kocoh pergi mengaji di rumah Ustaz Naim, Udin bersama-sama dua tiga rakannya yang lain seronok berlumba basikal di atas ban. 

Ayah rungsing memikirkan tentang anak jantannya yang seorang ini. Degilnya bukan sedikit. Puas Udin dirotan dan dihukum oleh ayah. Pernah ayah mengikat Udin pada batang pokok rambutan di belakang rumah kerana ponteng kelas mengaji. Habis badan Udin merah-merah digigit kerengga. Pernah juga Udin dikurung di luar rumah kerana pulang dari bermain lewat petang. Namun, insafnya hanya bertahan beberapa hari sahaja. Kemudian Udin kembali dengan sikap bebalnya. 

Lantaran itu, Udin acapkali dimarahi dan dileteri ayah. Tiada hari yang dilalui Udin tanpa bebelan dan jalur-jalur merah pada tubuh kecilnya. Mujur ada emak. Emaknyalah yang selalu mempertahankannya apabila dia dimarahi ayah. Ketika ayah mengangkat rotan, Udin cepat-cepat berlindung di belakang emaknya. 

” Esok kita akan bertolak selepas subuh. Pakaian dan barang-barang keperluan dah siap dikemas Udin?” suara garau ayah mengejutkan Udin. Lamunannya terganggu. Raut wajah ayu Fatimah, anak Haji Hussain yang bermain-main dalam anak matanya sebentar tadi pecah berkecai.

” Sudah ayah,” Udin gugup. Matanya disapa sayu. 

Esok Udin akan berpisah dengan Fatimah. Udin akan dihantar melanjutkan pelajar di sebuah pondok di Kelantan. Keputusan UPSR yang corot menyebabkan dia tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana sekolah menengah berasrama penuh mahupun sekolah menengah sains. Ayah mengambil keputusan menghantar Udin mendalami ilmu agama. Itu memang impian ayahnya selama ini. Ayah tidak mahu Udin bergaul lagi dengan rakan-rakan yang biadap tingkahnya. 

Pada mulanya Udin berasa tertekan amat. Udin terkongkong dengan pelbagai peraturan dan pantang larang sepanjang berada di pondok. Kebebasan bermain dan merayau-rayau bersama rakan-rakan yang pernah dinikmati suatu masa dulu tidak dapat dilaksanakan lagi kini. Setiap hari, Udin perlu menghadap Al-Quran. Bukan sekadar membaca, menghafal malah! Udin juga perlu mengulit pelbagai kitab-kitab tebal seperti Fathul Muin, Riyadhus Salihin dan Ihya Ulumuddin. 

Segala kerja rumah harian seperti membasuh, melipat dan menyeterika baju terpaksa dilakukan sendiri. Udin agak ketinggalan berbanding sahabat-sahabat lain kerana Udin masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran. Lantaran itu, dia tidak dapat menghantar banyak hafalan baru sewaktu tasmi dengan ustaz. Penguasaan bahasa arabnya juga lemah. 

Pernah disuarakan pada ayahnya untuk berhenti belajar di pondok dan menyambung saja pengajian di sekolah menengah biasa. Namun ayah tidak ambil pusing. Mahu tidak mahu, Udin cuba menyesuaikan diri. Dia cium tangan, pipi dan dahi panas ayah seperti biasa pagi Jumaat itu sebelum bertolak pulang ke pondok selepas menghabiskan cuti beberapa hari di rumah. 

Ketika usai solat asar petang hari yang sama, mudir madrasah, Ustaz Syukri tergesa-gesa berjumpanya. Dia terjelepuk longlai mendengar berita pemergian ayah. Petang itu juga dia pulang semula ke kampung halamannya. Bagai mimpi. Sabtu keesokan hari Udin mencium pipi dan dahi sejuk ayah yang tidak lagi bernyawa. 

Kata emak ayah meninggal ketika menanti waktu asar menjelang. Tiba-tiba sahaja jantungnya gagal berfungsi.Wajahnya masih dibasahi titisan air wudhuk kala malaikat maut bertandang. Udin harapan ayah. Udin sandaran ayah. Suatu hari nanti, apabila Udin sudah pandai mengaji dan mahir ilmu Al-Quran ,ayah mahu belajar dengan Udin. Ayah tidak tahu baca Quran. Ibu hendak ajarkan dia tidak mahu. Ayah hendak Udin yang ajarkan dia. 

Setiap hari dia panjatkan doa agar Allah lembutkan hati Udin dan mudahkan Udin belajar Quran. Ayah malu untuk berguru dengan Ustaz Naim. Katanya sudah senja sangat untuk berguru lagi. Bicara ibu beberapa hari selepas ayah dikebumikan bersimpongang di indera dengar Udin. Tiada air mata yang tumpah kala itu. Bukan Udin tidak sedih. Bukan Udin tidak tersentuh. Cuma segala-galanya berlaku tanpa diduga. 

“Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran,tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya yakni dia belum lancar, dia akan mendapat dua pahala. Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka,” Ustaz Syukri menyejukkan hati Udin tika Udin mengadu kesukarannya membaca Al-Quran apatah lagi menghafalnya.

” Ustaz, bagaimana mungkin saya lakukan untuk membantu ayah yang tidak mengenal huruf-huruf Quran jauh sekali membacanya?” udin melontar pertanyaan yang terbuku dalam hatinya. Ustaz Syukri mengelus-elus janggutnya yang kian memutih. Air mukanya tenang. Hati pasti akan damai memandang kejernihan wajahnya. 

” Udin ajarlah ayah. Di sini Udin belajar sungguh-sungguh ilmu Quran. Kemudian bila pulang ke kampung Udin kenalkan ayah dengan Kalamullah ini. Ingat, sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Orang tua ini selalunya ego. Dia segan nak pergi belajar dengan orang lain. Tentu dia malu. Mungkin dia akan lebih selesa jika yang mengajarnya itu darah dagingnya sendiri,” Ustaz Syukri menepuk-nepuk lembut belakang badan Udin.

“Tapi ayah Udin sudah tiada lagi…”Udin bersuara. Perlahan.Dia menekur hamparan hijau yangdijadikan alas duduk. Angin yang menyembung dari ruang tingkap bertiup kasar menampar-nampar tubuh Udin. Angin seperti mengutuk Udin kerana dosa-dosa lampau pada ayah. Sedih mengasak-ngasak sukma. 

“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini,” Ustaz Syukri memetik kembali hadis riwayat Abu Dawud yang pernah dibaca sewaktu dalam kelas Al-Quran. 

Ketika itu mereka sedang menekuni kitab At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran karangan Imam Nawawi. Udin tertegun. Udin menyeka air matanya. Wajah Ustaz Syukri direnung. Ada semangat menyelinap dalam lipatan hatinya. Biar dia masih bertatih membaca Kalam Allah. Biar dia tidak hebat seperti Kak Sarah dalam pelajaran. Biar sahabat-sahabat jauh meninggalkannya di belakang. Dia tidak akan putus asa.Dia akan mendalami bersungguh-sunggguh ilmu Quran dan mengamalkannya. 

Dia mahu hadiahkan ayah mahkota itu. Dia mahu ayah miliki mahkota itu dan menghuni syurga Ilahi walau ayah tidak pernah menyelak lembaran Quran apatah lagi membacanya. Angin kembali berpuput mesra. Seolah-olah memujuk udin. Seolah-olah merestui impiannya.

"Selamat Hari Bapa"

Tip Menyelesai Masalah Rumahtangga

Lazimnya bila sepasang suami isteri bergaduh, salah faham timbul dan kebanyakan pasangan mengambil jalan singkat dan berkata pada diri mereka bahawa perhubungan ini tidak akan berhasil. Antara luahan yang kerap keluar dari mulut sama ada isteri mahupun suami ialah, 'kita tidak lagi serasi bersama'.

Tetapi satu artikel dari majalah berbahasa Inggeris tulisan Judith dan Jim menyatakan perkara yang berbeza. Mereka melihat daripada perspektif bahawa cinta sejati itu sebenarnya wujud dan hanya menunggu masa untuk dibajai.

Yang pasti salah seorang daripada anda perlu mempunyai komitmen, keberanian dan kesediaan untuk mengubah perangai keras kepala anda supaya menjadi seorang yang lebih fleksibel dan terbuka.

Salah satu teknik yang dipraktikkan oleh Judith dan Jim ialah dengan teori Conscious Creativity.

Ia merangkumi sembilan proses untuk memulihkan hubungan yang berkonflik dan melupakan untuk 'lari saja' daripada masalah.

Apa yang penting, ingat matlamat utama anda untuk membina semula dan mencari jalan untuk bersatu kembali. Pastikan anda berdua membuat satu resolusi yang boleh memuaskan hati kedua belah pihak.

Justeru, perbincangan terbuka adalah amat penting dan pastikan setiap daripada anda mendengar dan menghormati permintaan serta pandangan yang masing-masing kemukakan.

Kenal pasti isu

Luahkan apa yang mengganggu anda dalam cara yang paling baik. Pastikan setiap perkara yang anda tidak puas hati disampaikan dengan tenang dan teratur.

Rasai perasaan anda

Cuba berkomunikasi dengan perasaan dan diri anda secara jujur.

Mengambil berat.

Beritahu kepada diri anda bahawa anda mengambil berat dengan perkara yang melibatkan hubungan anda berdua

Ketahuilah bahawa kehidupan berpasangan ada pelbagai onak duri dan ranjau yang harus ditempuhi. Beri keutamaan kepada hubungan dan pasangan anda sebelum perkara-perkara lain.

Jangan sabotaj diri sendiri

Buang sifat negatif yang menguasai diri anda semasa hubungan keruh anda dan si dia. Jangan biarkan perangai buruk lama anda mengeruhkan suasana perbincangan anda berdua.

Ubah cara berfikir

Cakap kepada diri anda bahawa anda mampu untuk memahami pelbagai isu dan boleh menginterpretasinya dengan banyak cara. Jika tidak, anda akan semakin dibebani dengan masalah tersebut dan mungkin ia akan menjadi lebih teruk.

Pikul tanggung jawab

Tanya diri anda apa yang telah anda lakukan dalam masa anda betul-betul berasa tertekan. Biasanya perselisihan antara pasangan timbul kerana sikap salah seorang dari pasangan tersebut..

Ingatlah bahawa pasangan anda bukan sama seperti anda

Belajar untuk memahami diri pasangan dan ingatlah bahawa pemikiran dia berbeza daripada anda. Janji anda berdua untuk hidup dengan lebih baik hanya akan berjaya sekiranya masing-masing mengemukakan pandangan dan menghormati pandangan tersebut.

Jadilah lebih peka

Cuba dengar setiap masalah yang diluahkan pasangan dan menghormati pengalaman yang mereka lalui. Ingatlah pengalaman yang mereka lalui tidak semesti sama dengan anda walaupun anda merasakan anda pernah berhadapan dengan situasi yang sama.

Biar dia rasa andalah orang yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan dan percaya bahawa anda bukanlah pasangan yang akan menjatuhkan pasangan anda.

Cari penyelesaian untuk diri atau pasangan

Sementara anda mencari penyelesaian terhadap masalah anda berdua, ingatlah anda berdua adalah insan yang berbeza. Ikrar untuk menjadi yang terbaik untuk sama satu lain bukanlah bermakna anda ingin 'memenangi 'pertandingan' tersebut. Buang jauh-jauh perasaan negatif bahawa anda tidak boleh teruskan hubungan tersebut, sebaliknya cakap pada diri anda bahawa hubungan anda memang sentiasa mempunyai harapan.

Petua Kekal Kebahagiaan

Mengekal rumah tangga yang dibina bukan sesuatu yang mudah jika tiada
persefahaman.

Bahkan rumah tangga yang bermasalah bukan hanya di tandai perkara
besar namun hal kecil dan remeh-temeh boleh menjadi punca masalah pada
hubungan yang sedang mekar.

Bagaimana mengekalkan kebahagiaan yang sedang di nikmati?
Kebijaksanaan wanita barangkali menjadi pemacu kepada kebahagiaan yang
sedang dibina.

Cubalah petua berikut jika ia mampu memberi makna tersendiri kepada
kebahagiaan yang terus dikecapi:

Sambut kepulangan suami. Sentiasa bergembira dan tersenyum apabila
menanti suami pulang serta menghantar pemergiannya dengan hati yang
sedih. Jangan lupa mencium tangan apabila menghantar dan menyambutnya
pulang.

Banyak membantu suami. Apabila suami mempunyai masalah, usah terlalu
meminta-minta kerana ia boleh me nyebabkan suami bersedih. Walaupun
bekerja, usah terlalu boros berbelanja dan rancang masa depan bersama
suami.

Beritahu anda sayang kepadanya. Ia patut dilakukan setiap hari
walaupun selepas usia tua. Usah menganggap diri terlalu tua untuk
menyatakan rasa sayang.

Mandi bersama. Ia bukan bertujuan untuk seksual se mata-mata tetapi
lebih kepada merapatkan kasih sayang.. Apabila mandi, jangan berkata
suami busuk atau pengotor kerana suami akan tersentuh apabila isteri
berkata sede mikian.

Etika di bilik tidur. Apabila tidur, sentiasa menghadap suami. Jika
anda mahu membelakangkannya, minta izin atau anda berpusing sambil
menyentuhnya. Cuba tidur ber bantalkan bahu suami, pasti ada hikmah
dan nikmatnya.

Sentuh suami. Apabila mempunyai kesempatan, belailah suami atau
curi-curi menciumnya ketika tidak dilihat orang lain. Anda boleh
memegang tangan atau bahunya apabila berjalan-jalan.

Tidurkan anak lebih awal. Selepas berbuat demikian, amalkan masuk
tidur bersama suami kerana itu saat manis dalam kehidupan berumah
tangga.

Sentiasa berterima kasih. Apabila meminta bantuan suami dan
pertolongan diberikan tidak sempurna, jangan berleter atau marah
kerana ia boleh menyebabkan si dia jauh hati atau merajuk..

Elak marahkan anak. Elak memarahi anak sebaliknya gunakan strategi
memujuk. Jika anda selalu memarahi anak di hadapan suami, ini mungkin
menyebabkan suami kurang senang.

Simpan rahsia suami. Elakkan bercerita mengenai suami kepada orang
lain terutama perkara yang bersifat peribadi. Jika perlu, ceritakan
perkara yang baik kerana itulah tanda anda mengasihi suami.

Layan kehendak seksual suami. Jika suami berhajat untuk bersama anda,
layan dia dengan baik walaupun anda mungkin sibuk atau letih. Banyak
kes perceraian atau poligami di sebabkan isteri tidak mahu faham
keperluan suami dari segi seks.

Kurang layanan dan banyak alasan untuk mengelak bersama menyebabkan
suami mudah bosan serta merajuk.

Tunjuk sifat prihatin. Jika suami sakit, tunjukkan kesungguhan anda
untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya dengan harapan
dia cepat sembuh.

Dia akan sentiasa ingatkan anda kerana suami tahu anda bukan saja
sayangkannya ketika sihat tetapi sanggup bersama dalam sebarang
keadaan.
________________________________

PETUA IMAM SYAFI’E

PETUA IMAM SYAFI'E

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
Langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
Terjaga untuk solat malam…

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
Makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Renungan Berkeluarga

Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI
ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

JIKA KAMU

Jika kamu memancing ikan….
setelah ikan itu terlekat  dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata  kailmu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup. 

 

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan 
kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu  menjaga hatinya…. janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu  sahaja…. 
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak  dapat melupakan segalanya selagi  dia
mengingatimu…. 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap  pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh…. cukuplah  sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu  menampalnya 
semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika
kamu cuba   membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan  lagi….
 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya….Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya  begitu istimewa…. anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia  melakukan 
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya….
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh  jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya…. 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu
pasti baik untuk  dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari  makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan  basi dan  kamu 
tidak boleh memakannya. Kamu akan  menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan… yang kamu  pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.  Mengapa  kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu  mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal  apabila 
dia beralih arah.

 

 

Rahsia disebalik ciuman lelaki

Rahsia disebalik ciuman lelaki Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahasia yg berbeda lagi tersendiri.

Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya….Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.

Ciuman di Dahi
Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan didahi itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.

Ciuman Sayang
itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.

Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.

Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!

Kucupan Lutut
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.

Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda. Anda boleh menganggap sidia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.

P/S: Pastikan pencium anda di tanggung halal 🙂

Nasihat Kehidupan berkeluarga

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita
semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kep ad a anak ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu
bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak
didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Kisah ini amat bermakna untuk dijadikan pedoman buat suami isteri….

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya
esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang
harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Puaskah Siti sayangku..?”

“Jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan,
maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

KASIH ADIELA

“Assalamualaikum, sayang. Dah lama tunggu?!”
Sapaan Tuah mengejutkan Adelia yang telah lama menanti.
“Waalaikumsalam. Kenapa awak selalu lambat? Ada date ngan orang lain ke?”
“Hmm..”
“Tuah…”
Adelia merengus.
“Selalu macam ni, dari kampus lagi. Awak nak makan apa?”

“Masa kampus, saya lambat sebab saya nak layan ramai aweks. Sekarang saya ada sorang kekasih aje. Jadi sekarang saya sibuk uruskan pasal majlis pertunangan kita. Nak makan apa, sayang?!”
“Sayanglah order dulu, Lia ikut sayang aje.”

Adelia menjawab lembut. Dengan senyuman manja, Adelia boleh menggegarkan iman Tuah. Sejak 4 tahun mereka berkawan, 2 tahun lepas. Adelia dan Tuah saling menerima diri masing-masing. Mengikat janji setia sebagai pasangan kekasih. Adelia adalah segala-galanya bagi
Tuah. Walaupun Adelia, anak yatim dan serba kekurangan. Tuah tidak pernah kisah, bagi Tuah. Hanya Adelia insan yang boleh menceriakan hidupnya.

“Tuah beruntung sebab ada sayang.”
“Lia pun, Lia sayang Tuah.”
“Kita kahwin.”
“Memanglah, kitakan dah janji.”
“Lia, hari raya keempat kita bertunang. Hari raya kelima lepas tu kita kahwin. Amacam?!”
“Tuah, kan ke kita nak ikut planning umi? 3 bulan lepas tu baru kahwinlah.”
“Tak bolehlah, lama sangat. Tak sabar nak memiliki Lia.”
“Iyalah tu!”
“Lepas tu kita dapat baby, Tuah nak anak kembar. Boleh ke, sayang?!”
“Boleh… Tapi ada syarat. Lia nak majlis tunang Lia nanti. Lia nak mawar putih dalam setiap hantaran. Lia tak nak Tuah datang. Biar Umi aje yang datang. Sarungkan cincin, Tuah takyah datang ya.”
“Tuah nak datang, nak tengok sayang.”
“Boleh… Tapi tak boleh anak kembar lah.”
“Adelia.”

Adelia ketawa, seronok mengenakan buah hati kesayangannya. Tuah menjuih bibir. Hubungannya dan Tuah dibajai Adelia dengan kejujuran dan ketulusan. Malah dia dan Tuah sama-sama menjaga batas-batas hubungan dan kepercayaan antara mereka. Itulah yang mengukuhkan cinta yang disemai sejak 2 tahun lalu.

* * *

“Terima kasih, Tuah. Penuhi permintaan Lia.”
“Kalau tak sebab nak anak kembar, abang terpaksa batalkan niat nak tengok Lia jadi milik abang.”
“Abang?!”
“Iyalah, sayang. Dah jadi tunang. Sayang kena panggil abang tau. Abang pulak akan panggil Adelia, sayang.”
“Abang, Lia sayang abang. Lia suka mawar putih tu. Lia nak simpan sampai bunga tu layu dan kering. Selagi bunga tu tak hancur, selagi itulah cinta Lia pada abang.”
“Terima kasih, sayang. Abang bagi 8 kuntum kan?”
“Apalah abang ni, 12 kuntum. Lia nak tanya abang, kenapa bagi gelang dan rantai sekali? Membazir aje.”
“Untuk sayang, nyawa pun abang sanggup gadaikan. Oklah sayang. Abang ada kerja sikit. Sayang bila nak balik KL? Abang rindu.”
“Lia ada cuti 6 hari lagi. Esok Lia nak ke hospital.”
“Kenapa?!”

Tuah cemas. Terdengar tawa manja Adelia.

“Lia nak buat medical check up. Nak kena hantar masa pendaftaran Master nanti.”
“Ooo… Sayang buat abang risau. Jaga diri, sayang. Tidur awal tau.
Jangan buat kerja berat-berat. I love you.”
“Lia pun.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

Tuah mematikan talian, video yang diambil Tajol di hari pertunangan Adelia ditonton lagi. Sejak Tajol dan keluarganya kembali ke KL semalam, video itu hampir setiap hari ditontonnya, kemanisan dan keayuan Adelia di hari pertunangannya. Adelia sudah memakai tudung, itu janjinya andai dia dan Tuah bertunang. Segala-galanya milik Tuah, Tuah bersyukur. Adelia insan yang paling memahaminya. Malah hubungan mereka direstui oleh adik beradik Adelia dan keluarga Tuah. Busana putih susu yang digandingkan dengan warna keemasan, menambahkan
keayuan dan kecantikan Adelia. Tuah tersenyum, bangga bila mengenangkan Adelia sudah bergelar tunangannya. Dulu dia tidak pernah menghargai Adelia. Adelia hadir di sisinya
sebagai teman paling rapatnya sejak di semester satu. Dia dan Adelia saling menjaga antara satu sama lain. Adelia tidak pernah berkecil hati dengan Tuah bila Tuah mendampingi gadis lain. Bagi Adelia, Tuah tidak lebih dari seorang kawan, begitu juga Adelia. Hinggalah di tahun akhir pengajian, Tuah mulai menyedai kehadiran Adelia, itupun tatkala Adelia sering menceritakan tentang perancangan Along nya untuk menjodohkannya dengan Dr Hakimi. Sepupunya. Tuah mulai cemburukan Adelia. Lantas sebaik mereka menerima Ijazah di hari graduasi, Tuah
menyatakan hasrat hatinya pada Adelia, ternyata cinta Tuah disambut gembira oleh Adelia. Tuah bersyukur.

“Lia, Tuah rindu.”

* * *

“Maafkan Lia, Tuah.”
“Kenapa?! Kenapa?! Buat abang macam ni?!”
“Lia tipu awak selama ni, Lia tak pernah sayangkan awak. Lia hanya anggap awak macam kawan. Tak lebih dari tu.Lia dah tak boleh menipu diri Lia lagi. Lia penat membohongi perasaan Lia dan mainkan perasaan Tuah.”
“Tipu?!! Kau tipu aku!!! 2 tahun kau kata kau main-main. Jangan bodohkan aku, Lia!!!”
“Lia memang tipu kau, Lia sayangkan Hakimi. Lia baru sedar yang selama ni, hati Lia untuk Hakimi bukan untuk Tuah. Maafkan Lia, Tuah.”
“Kau malukan Umi, kau malukan keluarga aku. Apa salah kami kau buat kami macam ni?!”
“Lia tak sanggup menipu lagi, Lia tak sanggup hidup susah dengan Tuah.”
“Adelia!!!”
“Lia orang susah, Lia dah serik hidup susah selama ni. Bisnes Tuah belum tentu boleh menampung hidup Lia dan anak-anak nanti.”
“Cukup!!! Aku tak nak dengar semua tu lagi.”
“Ni jemputan Lia. Lia harap Tuah boleh datang.”

Adelia cuba berlalu, Tuah merentap lengan Adelia. Kasar.

“Aku akan miliki kau sebelum kau jadi milik Hakimi.”
“Jangan jadi bodoh, Tuah! Aku jijik dengan sentuhan dan perbuatan kau.Aku jijik!!”

Tuah cuba mencium wajah Adelia dengan rakus. Namun tolakan kasar Adelia mematikan perbuatan Tuah. Adelia merenung wajah Tuah.

“Pandang muka kau pun aku jijik, Tuah. Masakan aku boleh membiarkan kau menyentuh aku, sebab itu selama ini aku haramkan kau sentuh anggota badanku. Walaupun tangan sekalipun. Aku jijik dengan kau dan keluarga kau. Aku jijik!!!”
“Pang!!!”

Airmata yang ditampung sebentar tadi merembes keluar. Bersama keperitan pipi kirinya yang baru disentuh kasar oleh Tuah. Adelia cuba bertahan. Biar pipi kirinya hancur sekalipun, Baginya Tuah tidak memberi makna apa-apa. Tuah insan jijik di pandangan Adelia. Tuah menangisi nasib dirinya, dihina oleh insan yang amat disayanginya. Adelia berlalu tanpa simpati. Tuah memandu pulang, sebaik Umi melihat Tuah. Seisi keluarga menyerbu kearah Tuah.

“Alang, kenapa Adelia pulangkan semua ni? Apa dah jadi?”
“Dia nak putuskan pertunangan, dia dah ada pengganti yang lebih baik.”
“Kenapa malukan kita macam ni?! Apa kita nak buat dengan barang-barang ni?”

Dulang hantaran yang pernah diberikan pada Adelia sebulan lepas masih berbungkus rapi. Tuah semakin baran melihatkan hantaran yang lansung tidak terusik.

“Buang semua ni! Aku tak nak tengok semua ni lagi!!”

Serentak itu, Tuah menyepak dan menghancurkan hantaran yang tersusun di ruang tamu rumahnya. Umi dan adik beradiknya cuba menghalang. Namun gagal, segalanya hancur dikerjakan Tuah.

“Betul kau nak pergi Tuah?!”
“Aku nak tengok dari jauh. Aku nak tengok kebahagian Adelia mengahwini Hakimi.”
“Tuah, kau jangan menyesal tau. Nanti kau menangis, sapa nak pujuk.”

Zali mengusik, mereka tiba di rumah Adelia di waktu tengahari. Penuh kenderaan di susur masuk ke rumah Adelia. Tuah mulai memendam rasa. Zali dan Samad tersengih melihatkan Tuah yang tidak senang duduk. Mereka yang datang berkonvoi 2 buah kereta dari Kuala Lumpur, mulai mencari parking.

“Aku rasa pelik lah, Win.”

Shahira dan Azwin mulai pelik bila, melihatkan beberapa orang yang berselisih dengan mereka berkopiah dan kesedihan. Samad dan Zali tidak putus-putus memujuk Tuah.

“Kalau kau tak nak masuk, kau tunggulah. Aku dan Samad nak isi perut. Lantak kaulah Tuah. Sapa suruh datang.”

Kawan-kawan Adelia disambut Azim dimuka pintu. Pelik Shahira, Rosma dan Azwin bila tiada pelamin ataupun khemah pengantin. Azim membawa rakan-rakan Adelia ke bilik.

“Abang… Abang Tuah tak datang?! Kak Lia nak sangat jumpa abang Tuah.”
“Adelia…”

Terduduk Rosma bila melihatkan tubuh kaku temannya. Hakimi menyambut.

“Lia dah tak nampak dan tak boleh bergerak macam dulu.”
“Ya allah! Sejak bila dia macam ni?!”

Samad kembali ke kereta selepas mengetahui keadaan Adelia. Diambilnya yassin dan kopiah.

“Kau nak ikut aku atau tak, Tuah?!!”
“Kenapa pulak?! Kau nak paksa-paksa aku?”
“Aku ulang Tuah, kalau kau tak nak menyesal kau ikut aku Tuah. Adelia dah teruk sangat.”
“Mengarutlah. Kau pergilah, sampaikan salam aku pada dia kerana pernah melukakan hati aku.” “Kau jangan menyesal!!!”

Tuah kembali menyandar, hairan dengan sikap Samad yang emosional. Sedang asyik Tuah mendengar alunan muzik dari radio. Tingkap kereta diketuk seseorang. Azim?! Tuah pelik.

“Kenapa abang tak masuk?!”
“Abang…. Abang…”
“Kak Lia nak sangat-sangat jumpa abang. Tolonglah, bang. Azim rayu kat kaki abang. Masuklah jenguk Kak Lia. Mungkin ini untuk kali terakhir.”
“Abang tak sanggup, dik.”

Tuah meraup mukanya.

“Azim tahu, abang dan Kak Lia masih menyayangi antara satu sama lain. Kak Lia kecewakan abang. Azim minta maaf. Tapi Azim minta sangat-sangat, sebelum Kak Lia ‘pergi’ abang jenguklah dia. Tolonglah.”

Azim menangis dan merayu. Tuah pelik, takkan Adelia sekejam ini. Memaksa dirinya untuk menghadiri majlis bahagianya dengan Hakimi. Tuah tak sanggup melihat Adelia bersanding di pelamin bersama Hakimi. Jiwanya hancur setelah diketahui Adelia memainkan perasaannya selama ini. Kali ini, apa pula lakonan Adelia?! Azim masih merayu. Tuah kaku.

“Kak Lia dah nak mati, abang Tuah.”

Suara Achik mengejutkan Tuah. Tipu?! Adelia gadis riang, yang tak pernah bersedih. Tak pernah menangis atau kecewa. Adelia gadis riang yang hanya tahu ketawa dan tersenyum. Mana mungkin Adelia akan mati. Tak mungkin?! Ini hari bahagia Adelia dan Hakimi.

“Abang tak percaya?! Kak Lia dah nazak. Kak Lia nak jumpa abang. Untuk kali terakhir.”
“Adelia!!!”

Tuah meraung, tangga kayu rumah Adelia dipanjat. Semua orang pelik dengan tindakan Tuah. Mencari-cari Adelia, Tuah semakin lemah bila kedengaran bacaan Yassin dalam segenap ruang di rumah usang milik Adelia. Tuah gagahkan diri, bertahan menghadapi kenyataan. Hakimi
memeluk Tuah. Erat. Seolah antara mereka berkongsi kesedihan yang sama. Tuah cuba menghampiri bilik Adelia.

“Kau jangan tipu aku, Kimi. Jangan mainkan aku seperti mana Adelia mainkan perasaan cinta aku padanya.”
“Sabar, Tuah. Adelia bukan milikku. Dan bukan jua milikmu. Adelia akan tinggalkan kita bila-bila masa.”
“Lia….”

Tuah terjelepok di lantai. Hakim membantu Tuah menghampiri Adelia yang kaku. Tanpa suara ataupun pergerakan, hanya mata membuntang memandang ke atas. Adelia masih mampu tersenyum.

“Lia… Tuah datang.”

Rosma dan Azwin yang menemani Adelia di kiri dan kanan berbisik ke telinga Adelia, airmata Adelia menitis. Menyambut kehadiran Tuah. Tuah kaku, takut menerima hakikat Adelia akan pergi untuk selamanya. Along, Angah dan beberapa orang lain hanya mampu mengalirkan airmata.

“Tuah…. Tuah….”

Bibir Adelia bergerak-gerak memanggil Tuah. Tuah mengucup tangan Adelia. Jutaan keampunan Tuah rayu dari Adelia, namun hanya kesepian yang melanda.

“Lia, Tuah datang. Berbicaralah dengan Tuah, sayang. Kenapa Lia tak beritahu semua ni pada Tuah?!”
“Tuah… Maafkan Lia.”

Gerakan bibir Adelia menambah sebak di dada Tuah. Airmatanya mengalir. Tiada lagi suara manja Adelia.

“Sejak 2 hari lepas Lia dah tak boleh bercakap, Tuah. Malah Lia dah tak boleh melihat. Sekarang Lia hanya boleh mendengar. Berbicaralah dengan dia, Tuah. Dia nak sangat jumpa kau.”

Hakimi memegang bahu Tuah. Hakimi membawa diri, keluar dari bilik Adelia. Tak sanggup melihat kemesraan antara Tuah dan Adelia.

“Lia, aku minta maaf. Jangan tinggalkan aku, Lia.”

Pipi Adelia yang cengkung, diusap lembut oleh Tuah. Menyesal, kerana pipi itu pernah menjadi tempat singgahan tamparan kasarnya.

“Tuah… Terima kasih kerana datang.”

Adelia tersenyum, bibir yang dulunya sentiasa merah dan tersenyum. Kini ianya pucat dan kering. Malah pecah-pecah akibat Adelia yang terlantar sejak beberapa minggu lalu. Adelia menarik nafas. Masing-masing mulai khuatir. Hakimi kembali ke bilik, bila Along mulai
memanggil.

“Izinkan Lia pergi. Masa Lia dah sampai, Lia nampak abah dan ibu. Along… Angah… Maafkan Lia.”
“Mengucap Lia. Mengucap. Along maafkan Lia. Along halalkan semuanya.”

Masing-masing menangis hiba. Sukar untuk dilepaskan pemergian seorang teman sebaik Adelia. Rosma memeluk Adelia erat. Pipi Adelia dicium, airmata sudah berhamburan keluar. Tiada kata-kata yang boleh diluahkan lagi, melainkan melepaskan Adelia pergi dengan aman. Selesai kalimah syahadat di lafaz oleh Adelia, Adelia terus menutup mata. Tuah menangis hiba. Azim dan Achik terus menghilang. Akhirnya Adelia pergi jua.

“Dia tunggu Tuah datang. Dia nak sangat jumpa Tuah. Terima kasih Tuah, sebab sudi datang jenguk Adelia.”
“Kenapa Along tak bagitahu Tuah awal-awal lagi?!”
“Adelia tak kasi. Dia kata kau akan datang, aku pernah bagitahu aku akan call kau. Tapi Adelia menegah, dia yakin kau datang. Dia nak minta kau maafkan dia. Dia bagi surat ni untuk kau.”
“Aku tak pernah marahkan Lia, Kimi. Aku tak boleh nak benci dia. Dia terlalu baik. Tapi aku yang bodoh! Aku tergamak tampar dia. Aku bodoh!!!”
“Sabar Tuah, kita sama-sama doakan dia. Semoga rohnya aman dan sejahtera di sana.”

Angah menghulur Yassin dan kopiah pada Tuah dan Hakimi. Semua teman Adelia sebanyak mungkin menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci buat Adelia. Sebaik jenazah selesai ikebumikan, teman-teman Adelia masih setia membantu keluarga Adelia menguruskan majlis arwah untuk Adelia. Tuah dan Azim membersihkan bilik Adelia selepas sehari pengebumian Adelia.

“Azim… Kenapa dengan bunga-bunga kering ni? Mana Kak Lia dapat?!”

Kuntuman bunga-bunga mawar kering tersebut dikutip Tuah. Satu persatu.

“Abang lupa ke?”
Tuah hairan dengan jawapan Azim, kuntuman bunga-bunga kering yang berteraburan di bilik arwah Adelia menjadi tumpuan Tuah.

“Ini 12 kuntuman mawar putih yang abang bagi bersama hantaran pertunangan abang. Abang lupa ke?!”
“Ya allah!”

Tuah meraup muka, kesal kerana tidak pernah terlintas tentang ketiadaan kuntuman mawar putih di setiap dulang hantaran, ketika arwah memulangkan kembali hantaran pertunangan mereka. Tuah cuba menahan diri. Terimbas kembali suara gembira arwah dengan pemberian 12
kuntuman mawar putih tersebut di hari pertunangan mereka.

“Abang, Lia sayang abang. Lia suka mawar putih tu. Lia nak simpan sampai bunga tu layu dan kering. Selagi bunga tu tak hancur, selagi itulah cinta Lia pada abang.”
“Lia… Kenapa seksa abang macam ni?!”

Azim mendekati Tuah. Sukar dimengertikan bagi Azim bila melihatkan reaksi Tuah. Sejak arwah tiada, Tuah lah yang menggunakan bilik arwah. Semua barang-barang arwah dikemaskan oleh Tuah.

“Kalau Azim tahu, Kak Lia dan abang saling menyintai. Azim takkan setuju dengan Along. Azim takkan paksa Kak Lia terima abang Kimi. Sejak Kak Lia putuskan hubungan dengan abang. Kak Lia banyak termenung. Kekadang airmatanya menitis. Kak Lia kerap termenung di beranda. Azim tak tahu, itu petanda bahawa Kak Lia akan tinggalkan kami. Kalaulah Azim tahu, tak sesekali Azim biar Kak Lia menangis. Maafkan kami, abang. Maafkan Along dan Achik. Kami tak tahu.”
“Entahlah, Azim. Abang pun buntu. Abang menuduh Kak Lia macam-macam, malah… Malah…Tangan abang singgah ke pipi Kak Lia. Abang bodoh!!”
“Abang…”
“Abang kesal, abang tampar Kak Lia. Abang tak tahu dia sakit. Kalaulah abang tahu.”
“Hanya Allah swt Yang Mengetahui, bang. Kita banyak silap dengan Kak Lia. Tapi Kak Lia tak pernah marah, tak pernah berkecil hati.”

Selepas seminggu Tuah berada di kampung Adelia, Tuah kembali ke Kuala Lumpur. Bersama surat terakhir pemberian Adelia dan 12 kuntum bunga kesayangan Adelia.

‘Assalamualaikum Tuah…
Maafkan Lia, maafkan Lia, Tuah. Setiap malam Lia menyesali kebodohan Lia. Lia hancurkan hati dan impian Tuah. Hidup Lia tak aman, tidur Lia tak lena. Setiap hari Lia ingat tentang pertemuan terakhir kita, pertemuan yang membuatkan Tuah membenci Lia seumur hidup. Hati Lia hancur melihat airmata Tuah tika itu. Tapi apakan daya, biarlah Tuah kecewa hari tu daripada Tuah sama-sama menderitai penyakit yang Lia hidapi tika ini.
Tuah…
Lia minta dari Tuah, lepaskan cinta Tuah kepada Lia. Kita tiada jodoh Tuah. Walau segunung kasih dan cinta Tuah pada Lia. Kuasa Allah swt membataskan segalanya. Lia harap Tuah dapat menerima semua ini. Kita hanya sahabat akrab, dan itulah takdir Allah swt. Pada umi dan
keluarga Tuah, Lia susun 10 jari memohon maaf dari mereka. Andai berkesempatan ingin Lia sujud di kaki setiap ahli keluarga Tuah memohon maaf. Lia kecewakan mereka, Lia minta maaf. Setiapkali Lia sujud menyembahNya, Lia memohon agar tindakan Lia pada Tuah dan
keluarga akan dimaafkan. Masa Lia tidak panjang. Lia memang sayangkan abang Kimi. Abang Kimi separuh dari kehidupan Lia.. Dari Lia mengenal ABC, hingga Lia bergelar graduan. Abang Kimi yang banyak membantu Lia. Lia terlalu sayangkan abang Kimi, seperti Lia sayangkan Angah. Lia sakit Tuah, hidup Lia tak panjang. Esok ataupun lusa, ataupun sebulan akan datang. Lia mungkin akan mengadap Yang Maha Esa. Menghitung dosa dan pahala. Lia di alam sana, Tuah. Sepanjang hidup Lia hanya menerima dari abang Kimi. Kali ini Lia minta Tuah memahami, Lia Cuma mahu abang Kimi menerima sesuatu dari Lia. Lia mahu abang Kimi bahagia dengan memiliki Lia. Ampunkan Lia Tuah. Lia diberi peluang singkat dalam hidup Lia. Dan peluang ini Lia tahu, abang Kimi lebih layak. Maafkan Lia. Dikesempatan ini, Lia tidak tahu bagaimana nasib Lia. Lia masih derita dengan penyakit ini, ataupun Dia telah menjemput Lia. Maafkan Lia dan halalkan segala-galanya.

Sahabatmu,
Adelia.

Tuah melipat surat tersebut. Diselitkan di dalam sebuah kotak beserta 12 kuntuman bunga milik arwah Adelia.

“Tenanglah kau, sahabatku Adelia. Insyaallah. Cinta dan sayang aku pada kau takkan sesekali padam. Maafkan aku Adelia, takkan sesekali aku melepaskanmu.”

‘Andai tibanya waktu…
Aku harus tinggalkanmu…
Akan aku berlalu bila tiba saat itu…
Tak perlu kau merayu dan tak perlu menahanku…
Segala yang terjadi kehendakNya…’

Tuah memperlahankan radio, senikata lagu tersebut mengayat hati Tuah.
Mengingatkan memori cinta dan persahabatannya dengan arwah Adelia.

Cemburu tanda sayang?

PERASAAN cemburu adalah salah satu punca pertengkaran dan pergaduhan antara suami isteri. Kata orang tua-tua “cemburu tanda sayang”. Adakah kata-kata itu benar? Apakah maknanya apabila seseorang itu berasa cemburu?

Cemburu

Kita boleh berasa cemburu kepada seseorang walaupun antara kita dan orang itu tidak ada apa-apa ikatan hubungan yang mesra. Dalam erti kata yang lain kita boleh berasa cemburu walaupun kita baru mengharap-harapkan sahaja akan hubungan itu.Maksudnya, kita baru
tertarik dengan orang itu sahaja.

Emosi cemburu dalam keadaan itu dipenuhi oleh perasaan mengharap-harapkan orang itu, cintanya kemesraannya dan kehadirannya. Kita juga sangat meng-ingini apa yang dimiliki oleh orang itu. Lazimnya kita berasa malu kerana mencemburuinya. Kita tidak menaruh apa-apa kecurigaan dan syak ke atasnya. Kita juga tidak menaruh perasaan tidak percaya kepadanya. Kita juga tidak mengalami takut kehilangannya dan sakit hati kerana dimungkiri.

Kuasa Tarikan

Salah satu teori psikologi yang cuba menerangkan gejala perasaan cemburu ialah teori kuasa tarikan. Kuasa tarikan ialah faktor yang menyebabkan seseorang itu mempunyai keupayaan menarik minat orang lain kepada dirinya. Setiap individu memiliki kuasa tarikan. Setengah-setengah isteri memiliki kuasa tarikan yang amat tinggi ke atas suami mereka dan juga ke atas lelaki-lelaki lain. Ertinya, sebagai mana suaminya tertarik kepadanya, begitu juga lelaki-lelaki lain. Hal yang sama juga berlaku di kalangan lelaki. Walaupun sudah beristeri, ramai wanita lain masih amat tertarik kepada mereka. Namun ada pula isteri yang tidak memiliki daya tarikan langsung ke atas suami mereka. Begitu juga di kalangan suami. Tetapi tidak ada orang yang memiliki kuasa tarikan ke atas semua orang. Dalam erti kata yang lain, kita hanya dapat menarik minat orang-orang tertentu sahaja.

Kuasa tarikan adalah sesuatu yang boleh timbul dan boleh hilang. Ia juga boleh timbul semula, atau hilang semula. Ia juga boleh dinaikkan dan boleh diturunkan. Sewaktu kita baru-baru jatuh cinta dulu, pasangan kita mempunyai kuasa tarikan yang kuat ke atas kita. Itulah sebabnya kita amat tertarik kepadanya. Selepas berkahwin beberapa lama, iaitu selepas kita melihat perangai-perangainya yang buruk, dan selepas selalu berkrisis dengannya, kuasa tarikannya ke atas diri kita turun. Kita tidak lagi seronok memandang wajahnya dan tidak lagi suka berada dekat di sisinya. Tetapi keadaan itu boleh dipulihkan dengan membuang faktor-faktor yang menyebabkan kita benci kepadanya, serta mewujudkan faktor-faktor yang menyebabkan kita suka semula kepadanya. Kuasa tarikan hapus sama sekali apabila kita mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan yang ada dan tidak mahu rujuk kepadanya lagi.
Ramai pasangan tidak memiliki kuasa tarikan yang sama tinggi, di mana si suami mungkin jauh lebih menarik daripada si isteri, ataupun sebaliknya. Antara faktor-faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan itu ialah perbezaan pada rupa paras, taraf pendidikan, bakat, pendapatan, populariti, usia, keturunan, kerjaya, status sosial dan lain-lain lagi.

Pakar-pakar psikologi mengatakan ketidakseimbangan kuasa tarikan mempunyai kesan ke atas emosi, khususnya emosi cemburu. Isteri yang rendah kuasa tarikannya berasa seolah-olah dia teramat mencintai suaminya. Sebaliknya, si suami yang tinggi kuasa tarikannya berasa seolah-olah dia tidak berapa mencintai isterinya. Ini berbeza dengan pasangan yang mempunyai kuasa tarikan seimbang. Mereka berasa mereka mencintai pasangan mereka sebagaimana yang sebenarnya mereka rasakan.

Sebagai contoh, isteri yang tidak berpendidikan tinggi tetapi mempunyai suami yang profesional, akan berasa seolah-olah dia teramat mencintai suaminya. Manakala si suami pula berasa seolah-olah dia tidak berapa mencintai isterinya. Dalam keadaan begini, emosi yang biasanya dialami oleh si isteri ialah rasa cemburu. Perasaan cemburu bukanlah tanda cinta, tetapi lebih kepada tanda perasaan ragu, curiga, khuatir, syak, bimbang, takut dan tidak selamat. Ia adalah juga manifestasi orang yang cemburu mempunyai hasrat mahu menguasai orang yang dicintai. Jadi, isteri yang cemburu adalah isteri yang mahu menguasai dan mengongkong suaminya, begitu
juga halnya dengan suami yang cemburu.

Isteri yang cemburu berhasrat mahu mengawal tingkah laku, fikiran dan emosi suaminya. Dia tidak mahu suaminya melakukan perkara-perkara tertentu, umpamanya dia tidak mahu suaminya balik lambat. Dia tidak mahu suaminya memikirkan perkara-perkara tertentu,
umpamanya dia tidak mahu suaminya memikirkan hendak kahwin lain. Dan dia tidak mahu suaminya merasakan emosi-emosi tertentu, umpamanya dia tidak mahu suaminya tidak kasih kepadanya lagi, kerana itu semua membahayakan kedudukannya sebagai isteri.

Emosi Cemburu

Orang yang cemburu mengalami bermacam-macam emosi. Dia mudah hendak marah, cepat naik angin. Otot-otot badannya berasa tegang, dada rasa macam sesak. Dia berasa bagaikan hendak mengamuk, tetapi dia cuba mengawalnya. Dia berasa hendak menyakitkan hati orang itu sesakit-sakitnya. Dia ingin membalas dendam. Fikirannya tertumpu pada satu perkara sahaja, dia tidak dapat memikirkan apa-apa yang lain. Dia takut hendak melepaskan perasaannya, oleh itu dia cuba mengawal emosinya yang hendak meluahkan segala-galanya. Dia juga banyak memikirkan akibatnya kalau dia mengamuk. Dia cuba menyembunyikan perasaannya kerana dia takut orang lain tahu. Ada kalanya dia cuba melupakan perkara itu, oleh itu dia cuba memikirkan perkara-perkara lain.

Reaksinya melebih-lebih sangat. Dia asyik memikirkan apa yang pasangannya dapat. Dia memikirkan nasib pasangannya yang lebih baik daripada nasibnya sendiri. Dia mungkin berasa tidak berdaya hendak mengatasi keadaan yang sedang berlaku ke atas dirinya. Dia hilang keyakinan yang dia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dia berasa dirinya tidak dapat mengawal keadaan. Dia ragu kepada dirinya sendiri. Dia hilang keyakinan. Fikirannya berkecamuk, haru-biru. Macam-macam perkara melintas dalam kepalanya. Dia asyik memikirkan apa yang sudah terjadi sampai dia jadi begini. Dia macam tidak percaya. Dia sangat ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi. Dia berasa kehilangan dan kerugian. Dia rindukan pasangannya, dia inginkan pasangannya kembali kepadanya seperti sedia kala. Dia memikirkan apa yang boleh dibuatnya untuk mengubah keadaan. Dia tertanya-tanya dan tercari-cari jawapan. Dia asyik berfikir ‘mengapa’ perkara itu terjadi. Dia tidak tahu hendak bertindak ataupun tidak. Dia berasa dirinya ditinggalkan begitu sahaja. Dia berasa dirinya dikhianati. Dia berasa dirinya dikecewakan. Dia juga asyik memikirkan dirinya sahaja. Dia berasa sepi, tersisih, tidak tahu ke mana hendak pergi. Dia berasa dunia seperti tidak pedulikannya. Ada kalanya dia berasa sedih, murung, dan kasihan kepada dirinya sendiri. Dia berasa dirinya kecil, tidak penting dan tidak berharga. Bagaimanakah tindak balas orang yang cemburu? Kajian menunjukkan tindak-balas mereka boleh dikelompokkan kepada lapan jenis:

Kehancur-luluhan emosi

Kesan ini sangat buruk, dan wanita lebih teruk mengalami kesan jenis ini. Mereka terkejut dengan apa yang terjadi. Mereka sukar percaya perkara itu benar terjadi. Mereka tidak tahu apa yang sepatutnya dibuat. Mereka tidak dapat memikirkan perkara lain lagi. Mereka juga
tidak dapat membuat kerja-kerja lain. Mereka rasa demam, badan jadi lemah, tidak berdaya. Mereka berasa takut. Mereka sedih dan murung. Mereka keliru. Mereka berasa diri mereka diperalatkan. Mereka menangis apabila bersendiri.

Membalas dendam

Tingkah laku ini dilakukan baik oleh lelaki mahupun wanita, tetapi lelaki lebih cenderung melakukannya. Mereka menjalin hubungan dengan orang lain. Mereka sengaja melakukan perbuatan-perbuatan yang membuat pasangan mereka cemburu. Mereka menunjukkan sikap tidak pedulikan pasangan. Mereka mengkritik dan memburuk-burukkan pasangan kepada orang lain. Mereka cuba meminta pihak ketiga bercakap dengan pasangan mereka.

Kebangkitan emosi

Kesan ini berlaku kepada lelaki dan wanita. Mereka cuba memperbaiki hubungan, biasanya dengan cara memberi perhatian yang lebih banyak kepada pasangannya. Mereka mengadakan lebih banyak seks dengan pasangan. Mereka memonopoli masanya. Mereka lebih mudah terangsang oleh pasangannya.

Mencari sokongan sosial

Kesan ini lebih banyak dilakukan oleh wanita. Mereka bercakap dengan orang-orang yang rapat, seperti kawan baiknya tentang apa yang sedang mereka rasakan. Tetapi ada masanya mereka tidak mahu bercakap langsung, ini lebih banyak dilakukan oleh lelaki. Mereka cuba lari daripada keadaan itu dan menjalin interaksi yang pihak-pihak lain.

Menghukum diri sendiri

Kesan ini lebih banyak dialami oleh lelaki. Mereka berasa bersalah dan malu kerana cemburu. Mereka marah kepada diri sendiri. Mereka berasa seperti hendak membalas dendam. Mereka mendoakan mudah- mudahan pasangan mereka menderita.

Bersemuka

Tingkah laku ini lebih banyak dilakukan oleh lelaki. Mereka memaksa pasangan mereka menerangkan apa yang sebenarnya sudah terjadi. Mereka juga pergi bersemuka dengan orang ketiga. Ada kalanya mereka berlagak supaya pasangannya dan orang lain menyangka dia tidak peduli.

Marah

Kesan ini lebih banyak dialami oleh wanita. Mereka sangat marah kepada pasangannya dan kepada orang ketiga. Mereka menganggap pasangannya melakukan kesilapan. Mereka merasai diri mereka dikhianati. Mereka sangat kecewa kepada pasangannya. Timbul niat hendak membalas dendam.

Menjaga air muka

Mereka cuba berlagak dengan cara-cara supaya pasangan mereka menyangka mereka tidak peduli. Tingkah laku begini lebih banyak dilakukan oleh wanita. Mereka menjadi cepat marah kepada orang lain. Mereka takut hendak marah-marah kepada pasangan kerana takut hal itu merosakkan hubungan yang ada. Ada kalanya mereka terpaksa berlakon untuk menutup kecurangan suami.

Seseorang yang berasa cemburu mungkin mengalami semua jenis tingkah laku itu pada waktu yang sama. Ada kalanya mereka mengalami sebahagian daripada tingkah laku dan emosi itu. Seseorang mungkin berasa marah dan sedih serentak. Ataupun dia terasa hendak menghukum pasangannya tetapi pada waktu yang sama dia juga berasa bersalah. Ataupun dia cuba menutup rahsia itu, tetapi ingin bercerita kepada kawan baiknya.

Komitmen dan Cemburu

Perasaan cemburu tidak muncul sendiri tanpa ada apa-apa sebab dan alasan. Bagi membolehkan perasaan cemburu muncul, pra syarat yang pertama kita mesti mempunyai rasa cinta dan kasih kepada orang itu. Kita tidak mungkin mencemburui orang yang tidak kita kasihi.

Pra syarat yang kedua ialah kehadiran ancaman daripada pihak ketiga. Kita hanya berasa cemburu apabila kita takut kehilangan orang yang kita kasihi kepada pihak lain. Kita mungkin kehilangan orang itu apabila dia mati, atau apabila dia meninggalkan kita tanpa adanya orang ketiga. Dalam keadaan begitu, kita tidak cemburu meskipun kita kehilangannya.

Pra syarat yang ketiga adalah komitmen. Istilah komitmen merujuk kepada hubungan saling bergantungan. Apabila kita berasa kita sangat memerlukan pasangan kita, maka kita dikatakan mempunyai komitmen yang tinggi kepada pasangan kita dan juga kepada perhubungan antara kita dan dirinya. Dalam erti kata yang lain, apabila kita mempunyai komitmen kepada pasangan, kita memberikan nilai yang tinggi kepada perkahwinan kita. Bukti-bukti komitmen yang tinggi adalah kita tidak akan melakukan apa-apa yang menguntungkan diri kita. Pada waktu yang sama ia merugikan pasangan kita. Oleh yang demikian kita tidak menyisihkan kepentingan pasangan kita dalam sebarang perancangan yang kita buat.

Jadi, komitmen adalah pra syarat kepada emosi cemburu. Tanpa komitmen, tidak ada cemburu. Bagi kita yang mempunyai komitmen, perkahwinan kita adalah suatu pelaburan, di mana ia mempunyai potensi ganjaran masa depan, dan ganjaran mungkin hilang jika perhubungan itu berakhir. Perkahwinan menjanjikan banyak pulangan, antaranya anak-anak, kasih sayang, harta, kedudukan sosial dan banyak lagi. Jadi, sebarang perkara yang mengancam perkahwinan kita akan menimbulkan rasa tidak selamat dalam diri kita. Sebenarnya rasa tidak selamat yang dialami oleh ramai isteri bukan datang daripada sumber-sumber luar, khususnya wanita-wanita lain.

Sehubungan dengan hal ini, kita selalu mendengar wanita berkata, “Musuh perempuan ialah perempuan.” Kita juga selalu melihat bagaimana wanita menaruh curiga kepada wanita-wanita lain, sebagai contoh, isteri-isteri tidak mahu suaminya mengambil janda muda sebagai setiausahanya. Kedua-dua contoh itu memperlihatkan sikap dan kepercayaan yang rasa tidak selamat berpunca daripada orang-orang lain. Menurut pandangan kebanyakan wanita, jika tidak ada wanita lain yang cuba merampas suami mereka tentulah mereka berasa selamat, oleh itu mereka tidak akan cemburu. Ataupun, jika suami mereka sendiri tidak tergoda dengan wanita lain, mereka juga tidak akan berasa cemburu.

Anggapan punca rasa selamat atau tidak selamat ada di luar diri kita sendiri adalah anggapan yang salah. Menurut pakar-pakar psikologi, rasa selamat datang daripada diri orang itu sendiri. Ia datang daripada fikiran orang itu terhadap orang-orang lain dan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Jadi, jika kita berasa tidak selamat, perasaan itu datang daripada fikiran kita sendiri.

1.Rasa tidak selamat datang daripada penilaian yang kita sendiri buat ke atas komitmen pasangan kita kepada diri kita dan kepada perhubungan kita dengannya. Jika pada penilaian kita suami kita mempunyai komitmen yang sangat tinggi kepada diri kita, maka kita akan berasa selamat. Jika pada penilaian kita, suami kita tidak komited kepada diri kita, maka kita berasa sangat tidak selamat.

Apabila kita sendiri mempunyai komitmen, dan kita juga berasa selamat, kita tidak akan berasa cemburu terhadap pasangan kita. Jadi, seseorang isteri yang sangat kasih kepada suaminya, dan dia juga berasa kedudukannya sebagai isteri adalah sangat terjamin, maka dia tidak berasa cemburu. Sebaliknya apabila dia sangat kasih kepada suaminya, dan dia berasa tidak selamat, barulah dia berasa cemburu.

2.Perasaan selamat datang daripada keyakinan di mana pasangan kita sangat bergantung dan amat kasih kepada kita. Jadi, jikalau suami kita mempunyai hubungan lain, tetapi kita tidak tahu, kita akan terus berasa selamat dan tidak menaruh cemburu kepadanya. Begitu juga sebaliknya, jikalau suami kita tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan wanita lain, tetapi kita sangka sebaliknya, kita akan berasa sangat tidak selamat dan kita menjadi cemburu.
Yang menjadi masalah adalah kita tidak boleh betul-betul tahu sejauh mana dia bergantung kepada kita, dan sebanyak mana kasih sayang dan komitmennya terhadap diri kita. Kita tahu dia kasih kepada kita, tetapi sejauh manakah kasihnya? Inilah salah satu faktor yang boleh
membuatkan kita berasa tidak selamat. Akibatnya, semakin kita berasa komitmennya kepada kita kurang, semakin kita berasa tidak selamat, semakin mudah kita mencemburuinya.

Tetapi apakah faktor-faktor yang menyebabkan kita berasa selamat ataupun tidak selamat? Kajian menunjukkan, rasa tidak selamat muncul apabila kita anggap pasangan kita tidak mempunyai komitmen yang kuat kepada diri kita dan kepada perhubungan antara kita dan dirinya. Sebenarnya, pasangan kita mungkin sangat komited kepada kita, tetapi apabila kita percaya dia tidak ada komitmen, maka kita akan cemburu. Ini soal sangkaan kita, soal apa yang kita fikir berkenaan komitmen pasangan kita. Ini bukan soal realiti. Jadi, realiti lain, sangkaan kita lain. Rasa cemburu datang daripada persepsi atau fikiran kita semata-mata.

Apakah faktor-faktor yang membentuk persepsi kita terhadap pasangan kita, maka kita sangka dia tidak mempunyai komitmen tinggi kepada kita? Persepsi itu datang daripada perkara-erkara dan peristiwa-peristiwa yang kita anggap boleh mengurangkan komitmennya kepada kita.

1.Faktor utama yang boleh menyebabkan kita percaya pasangan kita tidak mempunyai komitmen yang tinggi adalah berapa sifat yang ada kepada diri sendiri. Sifat-sifat itulah yang menyebabkan kita selalu berasa tidak selamat, lalu mudah cemburu. Antara sifat-sifat yang
menjadi punca kita berasa tidak selamat ialah estim-diri yang rendah. Estim-diri yang rendah membuat kita berasa hodoh, bodoh, kecil dan tidak penting. Keadaan ini datang apabila kita berasa diri kita tidak memiliki kejelitaan atau penampilan yang menarik di mata pasangan kita. Ia juga datang apabila kita berasa diri kita tidak memiliki sebarang keistimewaan.

Sebagai contoh, kita tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, bakat yang dihargai masyarakat, wang, kedudukan, jawatan dan kejayaan yang boleh dibanggakan oleh pasangan kita. Apabila dia yakin kita tidak memiliki daya tarikan yang tinggi ke atas pasangan kita, akibatnya, kita pun mula berfikir keadaan diri kita itulah menyebabkan komitmen pasangan kita berkurangan, oleh itu kita pun berasa tidak selamat, lalu mudah cemburu.

2.Kita berasa tidak selamat apabila kita berasa pasangan kita adalah seorang yang sangat menarik, barangkali kerana penampilannya, kelulusannya yang tinggi, jawatannya yang penting, wangnya yang banyak, kejayaannya dan statusnya dalam masyarakat. Keadaan ini boleh menyebabkan kita percaya komitmen pasangan kita kepada diri kita akan berkurangan.

3.Kita juga boleh berasa tidak selamat apabila pasangan kita selalu bercampur gaul dengan orang-orang yang menarik. Bayangkan kedudukan seorang isteri yang mempunyai suami yang bertugas di tempat di mana di situ terdapat ramai rakan sekerjanya yang terdiri daripada wanita-wanita yang cantik-cantik dan menarik.

4.Apabila kita menganggap pasangan kita sudah tidak banyak lagi melibatkan dirinya dengan kita. Sebagai contoh, dia kini terlalu sibuk dengan kerja-kerjanya sahaja dan tidak ada masa lagi untuk bersama-sama kita. Ataupun, dia kini tidak meminati lagi apa yang kita minati, umpamanya dulu dia suka membantu kita membuat kerja-kerja yang kita buat, tetapi kini tidak lagi. Akibatnya, kita boleh mula mengesyaki dia tidak lagi mempunyai komitmen yang tinggi kepada diri kita.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku juga boleh menimbulkan rasa tidak selamat dan cemburu di hati kita. Antara ciri-ciri peristiwa-peristiwa itu adalah:

1.Ia mengancam komitmen pasangan kita. Sebagai contoh, suami kita mengambil setiausaha baru, seorang janda, bekas isteri ketiga seorang jutawan, yang cantik dan mempunyai banyak harta yang diterima selepas perceraiannya.

2.Ia membayangkan perubahan sudah berlaku. Sebagai contoh, memang telah berlaku peristiwa-peristiwa yang dengan jelas menunjukkan suami kita sudah berubah. Kalau dahulu dia tidak cerewet dengan penampilannya, kini dia sangat mengambil berat serba-serbi berkaitan
penampilannya. Umpamanya, dia menukar potongan dan pilihan warna pakaiannya. Dia menukar stail menyikat rambutnya dan kasutnya. Malah dia kini memakai minyak wangi.

3.Ia membayangkan pasangan kita kini lebih banyak mendahulukan kepentingannya sendiri. Dia kurang peduli kepada perasaan dan fikiran kita apabila membuat keputusan.

Beberapa perkara yang dilakukan oleh pasangan kita juga boleh menyebabkan kita berasa tidak selamat, walaupun perkara-perkara itu tidak langsung melibatkan kehadiran orang ketiga. Ciri-ciri perkara itu adalah:

1.Apabila apa yang dilakukannya menyebabkan perubahan ke atas komitmennya terhadap diri kita. Sebagai contoh, dia lebih seronok melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak membolehkan kita ikut serta di dalamnya. Sebagai contoh, beliau lebih seronok menjalankan tugas-tugas perniagaan korporatnya sehingga dia kurang berada di rumah, dan seolah-olah tidak ada ruang bagi kita dalam jadual hariannya. Keadaan ini boleh menimbulkan rasa tidak selamat lagi dan seterusnya perasan cemburu.

2.Apabila hasil aktiviti yang dilakukannya itu tidak membawa keuntungan bersama. Dalam lain perkataan, hasil aktivitinya itu tidak ikut menguntungkan kita.

3.Apabila dia membuat aktiviti-aktiviti itu tanpa mengambil kira kepentingan kita. Ertinya, dia hanya mementingkan kepentingannya sendiri sahaja. Ataupun, dia lebih banyak mengutamakan kepentingannya daripada kepentingan kita.

Cemburu Buta

Ramai lelaki tidak faham mengapa isteri mereka sangat cemburu kepada mereka. Mereka juga tidak selesa dengan keadaan di mana mereka dicemburui isteri.

Walaupun emosi cemburu dialami baik oleh lelaki mahupun wanita, tetapi tingkah laku cemburu lelaki dan wanita mempunyai perbezaan di sana sini. Cara-cara mereka mengalami perasaan cemburu itu juga ada perbezaannya. Lazimnya, wanita lebih banyak merasakan emosi cemburu daripada lelaki.

Cemburu ialah salah satu punca konflik yang serius antara suami isteri. Perasaan cemburu timbul apabila kita berasa perkahwinan kita sedang menghadapi ancaman. Kita berasa ada kemungkinan kita akan kehilangan suatu perhubungan yang sangat besar maknanya kepada diri kita. Dan perkahwinan adalah suatu perhubungan yang sangat besar ertinya kepada kita. Kehilangan itu pula adalah kehilangan kepada pihak lain. Jadi, adanya pihak lain adalah pra syarat kepada perasaan cemburu. Kalau tidak ada pihak lain, kita tidak akan cemburu. Sebagai contoh, apabila kita kehilangan perhubungan itu kerana pasangan kita meninggal dunia, ataupun pergi bertugas di tempat lain, ataupun meninggalkan kita tanpa dia menjalin hubungan baru dengan orang lain, maka kita tidak berasa cemburu kepada kehilangannya.

Daripada satu sudut, cemburu mestilah didahului oleh wujudnya rasa terancam, dan ancaman itu mesti datang daripada pihak lain, iaitu yang diistilahkan sebagai `pesaing’. Salah satu punca tercetusnya rasa cemburu adalah apabila kita mengesyaki kasih sayang dan perhatian yang kita terima selama ini daripada pasangan kita akan diterima oleh orang lain, iaitu pesaing kita.

Apabila kita kehilangan pasangan tetapi bukan kepada pesaing lain, maka kehilangan tidak menimbulkan rasa cemburu. Sebagai contoh, kita tidak mengalami rasa cemburu apabila kita kehilangan pasangan kerana dia pindah bertugas ke tempat lain, meninggal dunia, atau kita bercerai tetapi pada waktu itu dia tidak mempunyai hubungan dengan orang lain. Jadi, ancaman itu mesti datang daripada pesaing. Jadi cemburu sentiasa melibatkan hubungan tiga segi.

Ancaman yang kita alami itu mungkin setakat suatu ketakutan semata-mata. Ketakutan itu mungkin tidak mempunyai asas sama sekali. Asal sahaja kita berasa takut kita mungkin akan kehilangan pasangan kita kepada orang lain, maka kita akan mengalami rasa cemburu.

Ketakutan itu mungkin juga ketakutan yang betul-betul ada kerana ancaman itu sedang berlaku, ataupun ancaman itu telah berlaku pada masa lalu. Sebagai contoh, kita tahu dengan pasti pasangan kita mempunyai hubungan dengan orang lain, ataupun, pada masa lalu dia pernah mempunyai hubungan seperti itu dan dia pernah meninggalkan kita buat sementara.

Cemburu sentiasa melibatkan ancaman kehilangan perhatian yang selama ini kita terima daripada pasangan kita. Perhatian itu ialah perhatian yang penting bagi pembentukan konsep-diri kita. Sebagai contoh, perhatian yang diterima oleh seorang wanita daripada suaminya menentukan bagaimana wanita itu menilai dirinya sendiri. Umpamanya, hasil daripada perhatian daripada suaminya si wanita menganggap dirinya seorang isteri yang menarik, baik, istimewa, dihargai, mulia dan lain-lain lagi konsep-diri. Daripada satu sudut lain, pasangan kita itu sendiri merupakan orang yang sangat penting bagi konsep-diri kita. Sebagai contoh, kita berasa diri kita seorang wanita yang mulia kerana suami kita adalah seorang yang mempunyai status tinggi dalam masyarakat. Sebagai contoh, kita menjadi ‘datin’ kerana menumpang status suami kita sebagai ‘datuk.’

Tanpa memiliki perkahwinan, kita tidak mungkin menjadi seorang yang dipanggil `teman hidup’ ataupun `isteri’. Kita sangat takut kehilangan perhatian yang diberikan oleh suami kita kerana tanpa perhatian itu kita tidak lagi boleh menganggap diri kita seorang `isteri yang dikasihi’. Kita juga takut kehilangan suami kita itu sendiri kepada orang lain, kerana dengan kehilangannya, kita kehilangan satu lagi sumber utama konsep-diri kita sendiri. Dalam erti kata yang lain, tanpa kedua-duanya, kita tidak lagi boleh mengatakan diri kita seorang wanita yang istimewa ataupun mulia. Tanpa mempunyai seorang ‘datuk’ sebagai suami, kita kehilangan kemuliaan status sebagai seorang ‘datin.’

Selama ini, kerana kita menerima perhatiannya, maka dengan itu kita terus-menerus dapat menganggap diri kita sebagai seorang isteri yang baik dan pandai menjaga suami. Beberapa ciri pada peribadi suami kita mungkin membantu kita menjadi lebih baik daripada kita yang
dahulu. Sebagai contoh, kerana suami kita seorang yang berpendidikan dan berstatus tinggi dalam masyarakat, hasilnya kita banyak belajar daripadanya cara-cara orang kelas atasan bercakap dan bercampur gaul. Dengan hal yang demikian kita mula menganggap diri kita adalah salah seorang daripada anggota kelas atasan itu. Oleh kerana dia mendapat banyak penghormatan, maka kita sendiri ikut menerima penghormatan itu semata-mata kerana kita adalah isterinya. Ertinya, perkahwinan kita itu sangat besar peranannya dalam membentuk siapa diri kita sekarang. Maka itulah sebabnya, sebarang ancaman terhadap perkahwinan itu sangat menghancurkan diri kita.

Jadi, ditinjau daripada satu segi, inti pati cemburu adalah keperluan untuk diperlukan. Kita memerlukan perkahwinan itu kerana ia mencipta konsep-diri kita sekarang. Setengah-setengah aspek daripada konsep-diri kita hanya muncul dalam konteks hubungan perkahwinan. Kita mungkin melihat diri sendiri sebagai seorang pasangan yang menyeronokkan ataupun sebagai seorang isteri yang solehah. Kita tidak mungkin menjadi seorang isteri yang menyeronokkan tanpa adanya suami yang seronok, dan begitu juga, gelaran isteri yang solehah tidak ada makna jika tidak ada suami.

Kita juga memerlukan perkahwinan kerana ia mengesahkan aspek-aspek tertentu pada diri kita. Sebagai contoh, sebelum berkahwin, kita memang yakin kita seorang yang menarik, dan memiliki bakat menjadi isteri yang baik. Maka, kehadiran seorang suami mengesahkan kepada kita keyakinan kita itu betul. Sekiranya tidak ada siapa yang memerlukan diri kita, maka konsep-diri kita tidak mungkin serupa seperti konsep-diri kita sekarang. Tanpa seorang suami, kita tidak mungkin melihat diri kita sebagai seorang `isteri’. Jadi, perkahwinanlah yang mencipta konsep-diri kita sebagai pasangan yang menyeronokkan dan isteri yang solehah. Oleh itu apabila seseorang wanita kehilangan suami, dia bukan hanya kehilangan suami dan sebahagian daripada harta kekayaan, dia sebenarnya kehilangan lebih banyak daripada itu. Oleh itu kita dapat memahami mengapa wanita sangat takut kehilangan suami.

Cemburu mungkin timbul walaupun punca ancaman itu tidak wujud, ataupun punca itu tidak jelas, iaitu punca itu mungkin betul mungkin tidak, ataupun ancaman itu memang betul-betul wujud dan kesan-kesan ancaman itu sudah pun dialami.

9 perkara yg tak boleh dibincangkan dgn lelaki

  1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.
  2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.
  3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya
  4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.
  5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.
  6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.
  7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.
  8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.
  9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Hati2 pilih pasangan

PERCINTAAN di kalangan remaja sering membimbangkan ibu bapa. Bagaimanapun, remaja tidak dapat dihalang daripada bercinta kerana sememangnya itu fitrah manusia. Apatah lagi remaja yang baru mengenali cinta yang cukup seronok dimainkan perasaan dalam bercinta.

Apa yang penting ialah setiap remaja perlu tahu mengapa mereka bercinta. Adakah kerana kesepian, cuba meningkatkan keyakinan diri atau anda sememangnya gatal mahu bercinta?

Mereka juga perlu bijak mengendalikan cinta dengan positif kerana cinta remaja tidak semestinya membawa kesan yang negatif. Sebaliknya, cinta yang dikendalikan dengan baik dapat dijadikan dorongan untuk remaja meningkatkan perkembangan sahsiah diri mereka.

Apa saja alasan anda untuk bercinta, berhati-hatilah dalam memilih pasangan. Berikut antara alasan yang kerap terjadi kepada remaja apabila mahu bercinta. Ia mungkin boleh membantu anda supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan dan mengelak mereka yang sebegini.

1. Bercinta kerana kasihan

– Cinta yang didasari oleh rasa kasihan boleh menidakkan rasional. Mereka mungkin tahu mempunyai pasangan yang tidak sesuai, tetapi kerana dipengaruhi rasa kasihan, perasaan itu akan lenyap begitu saja.

Cinta begini mudah retak jika perasaan kasihan itu semakin berkurangan. Jika ini berlaku, si gadis lebih terasa kesannya kerana mereka insan yang paling mudah menaruh kasihan berbanding lelaki.

2. Terikut-ikut untuk bercinta

– Golongan ini bercinta kerana tekanan daripada orang lain. Remaja itu berasa tertekan kerana semua kawan-kawan sudah mempunyai kekasih sedangkan dia masih solo. Keadaan ini mendorongnya untuk mencari kekasih sambil lewa saja. Dalam erti kata lain, asalkan ada kekasih saja.

3. Bercinta kerana mahu menguasai

– Ada sebahagian remaja mendapat dorongan kuat untuk menguasai orang lain. Kebiasaannya ia berlaku pada seseorang yang suka membuat peraturan, memaksa ideanya dan terlalu memburu cita-cita. Berikutan itu, mereka mudah meninggalkan pasangan jika kehendak mereka tidak
dituruti.

4. Bercinta kerana nafsu

– Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh tarikan seksual. Misalnya, lelaki akan memilih pasangan yang seksi manakala si gadis lebih kepada lelaki sasa, tampan dan gagah.

Pasangan seperti ini akhirnya akan membawa diri kepada satu peringkat kesedaran bentuk fizikal bukanlah segala-galanya dalam percintaan.

5. Bercinta untuk bersaing

– Kerap berlaku kepada remaja yang sanggup bersusah-payah untuk merebut kekasih demi untuk mengalahkan pesaingnya. Dia cuma mahukan kemenangan dan bukannya demi kekasih. Malah, ia juga disulami sifat dendam dan sakit hati. Kejayaan merebut kekasih pula dianggap
sebagai simbol kemenangan walaupun dia sebenarnya tidak mencintai pasangannya.

6. Bercinta kerana memberontak

– Kebanyakan remaja tidak suka apabila ibu bapa menganggap mereka seperti anak kecil dan perlu mengikut pelbagai peraturan. Sehubungan itu, remaja ini mencari pasangan sekadar untuk menunjukkan tanda protes terhadap ibu bapanya supaya dia dilihat lebih dewasa.

Amalan 8P – Ustazah Siti Nur Bahyah

Amalan suami isteri sepajang masa. Insya Allah mendapat keredhaan Allah dan membina keluarga bahagia.

Amalan 8P-  Uztazah Siti Nur Bahyah

  1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
  2. P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
  3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
  4. Perhatian adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
  5. P seterusnya mewakili ‘persefahaman‘ kerana kerjaya sebagai artis memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
  6. satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana artis perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin
  7. P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga”

Doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

[31] Al-Imran

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[200] Al-Imran
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di

medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

“All hard work brings a reward”