Setelah lebih sebulan berpindah ke Sd Court Bandar Sri Damansara, kami masih lagi belum mengenali jiran tetangga, kerana semuanya terlalu sibuk bekerja. Oleh itu kami bercadang untuk mengadakan sedikit jamuan untuk keluarga dan jiran tetangga yang terdekat. Dengan keadaan rumah dan peralatan yang serba kekurangan, sebagaian utama dari barang untuk memasak dan menghidang ‘diimport’ dari Putrajaya.
Kami menyediakan sup daging dan tulang untuk dimakan dengan bihun sup ataupun nasi impit, sebagai soto. Mak ngah Adam membawa 2 jenis kuih talam manakala Acu Adam pula membawa spegetti dan juga bubur jagung. Uda pula membawa kek untuk ulang tahun ke 10 perkahwinan kami dan Untie dari Denai Alam juga membawa kek coklat yang dibuat sendiri.
Majlis yang cadangkan untuk jiran-jiran bertukar menjadi majlis keluarga. Agak meriah juga terutama dengan keriuhan kanak-kanak bermain. Setelah hari redup acara yang dinanti-nantikan oleh semua sepupu-sepupu Adam adalah mandi kolam.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dimajlis kami yang itu. Insya-Allah birthday Adam dan lepas raya nanti kami akan buat jamuan lagi.