Hari isnin 17/1/2011, kami terlibat dalam satu kemalangan, betul-betul di hadapan Masjid Bandar Sri Damansara. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 10.30 malam. Kami baru sahaja membayar deposit dan sewa bulan Februari untuk rumah baru kami di SD Court Apartment. Kami rasa bersyukur sangat bila menyedari kawasan apartment kami bersebelahan dengan kawasan masjid, dan telah merancang bahawa kami boleh berjemaah dengan berjalan kaki sahaja. Suami membawa kereta dengan kelajuan 20km/j kerana sedang naik bukit. Sedang kami asyik berbual sambil berangan, tetiba saya terdengar dan terasa hentakan yang begitu kuat. Saya ingatkan suami terlanggar lopak dijalan, sebaliknya suami ingatkan dia terlanggar jemaah yang baru pulang dari masjid.
Kemudiannya baru kami sedar bahawa kereta kami telah dilanggar oleh sebuah Perodua Kelisa berwarna biru. Adam menangis dengan kuatnya, dan mengadu sakit, sebab kepalanya terantuk dagu saya, manakala mulut saya mengeluarkan darah dengan banyaknya. Saya keluar sebentar untuk melihat apa yang berlaku. Bonet Honda City suami telah remuk teruk, manakala Kelisa yang melanggar telah pecah radiatornya dan minyak telah mula meleleh keluar.
Remaja China yang melanggar berkali-kali memohon maaf, katanya cermin matanya jatuh waktu itu. Sekejab sahaja tempat itu telah dikerumuni oleh orang ramai, pelbagai bangsa, bila tetiba sahaja remaja yang melanggar kami perasan handphonenya telah dicuri orang. Suami menyuruh saya dan Adam masuk ke dalam kereta, untuk mengelakkan perkara lain yang tidak diingin berlaku kepada kami.
Perkara-perkara penting yang perlu dilakukan jika terlibat dalam kemalangan :
- Bertenang, jalan panik.
- Jaga keselamatan barang-barang berharga dan orang-orang di dalam kenderaan terlebih dahulu.
- Apabila telah selamat, barulah keluar dari kenderaan, lihat kecederaan dan kerosakkan yang berlaku.
- Ambil no dan gambar kenderaan yang terlibat dengan kemalangan.
- Jika tiada kecederaan yang serius yang memerlukan ambulan, hubungi balai polis, untuk mengetahui di mana perlu membuat laporan kemalangan.
- Seandainya ada TONTO/mekanik dan lain-lain orang yang ingin menawarkan khidmat atau bantuan, terlebih dahulu tanya soalan “INI KAWASAN AWAK KER?”. Jika jawapannya yer, seeloknya kita bersetuju sahaja dengan bantuan yang ditawarkan kerana ini benar-benar memudahkan kita.
Dalam kes yang berlaku kepada kami, Polis mengarahkan kami membuat laporan di Balai Polis Trafik Kota Damansara, yang kami tidak tahupun di mana. Orang-orang inilah yang menunjuk arah kami ke sana untuk membuat laporan. Selepas itu mengikut kami ke rumah. Selepas semua salinan dokumen diserahkan kepada mereka, merekalah yang membawa kereta berkenaan ke bengkel pada malam itu juga.
Kes yang sama berlaku beberapa tahun yang lalu, bila kereta kancilku dilanggar bas intrakota berhampiran bulatan batu caves. Selepas kemalangan, kami ke Balai Polis Selayang Baru untuk membuat laporan. Sebaliknya diberitahu kami perlu membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar Kuala Lumpur. ‘Orang-orang ini” lah yang menarik keretaku dari Selayang ke Kuala Lumpur dan kemudian ke bengkel. Manakala sebuah lagi kereta membawa kami ke sana ke mari, datang ke rumah untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan dan sebagainya.
Kali kedua, kami terlibat dengan kemalangan semasa menaiki kereta Tiara. Masa tu, suami memutuskan untuk membuat semuanya sendiri dan menolak pertolongan “orang-orang ini”. Memang meletihkan apabila semuanya kena buat sendiri. Dan paling malang semasa hendak menghidupkan insuran, NCB tidak ditolak kerana dikatakan suami bersalah dalam kemalangan berkenaan, kerana keputusan laporan kes “konon’nya tidak diberikan (padahal kami ada salinan bahawa semua dokumen yang diperlukan telah diberi). Maka terpaksalah pergi semua ke balai polis untuk mendapatkan semula maklumat berkenaan.
Saya cuma menceritakan 3 pengalaman kami terlibat dalam kemalangan, semuanya di langgar dari belakang. So terpulanglah kepada anda untuk membuat penilaian yang mengambil mana yang baik seandainya perkara yang sama berlaku kepada anda.
One Reply to “Apa perlu dilakukan jika terlibat dalam kemalangan?”