Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera…
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher



salam,
Bleh ke bila selesai sembahyang dhuha kita baca doa yg akhir tu dengan terjemahan bahasa melayu. sbb takut salah bacaan tajwidnya. rasa lebih selamat jika di baca terjemahannya..
Assalamu’alaikum Wrmbth,
Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini. Semoga kita semua dapat mengamalkannya dengan istiqamah. Amin
Assalamua’alaikum Wrmbth,
Mohon izin supaya saya dapat kongsikan artikel ini di blog saya
http://shahalamhometuition.blogspot.com
Baik untuk pelajar-pelajar kita
salam’alaik..saya mohon copy link article neh ke fb saya. syukran.
Assalamu’alaikum. mintak dinyatakan sumber daripada artikel ini diambil.
saya merujuk kepada bahagian yang menyebutkan
[dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.]
sebabnya dalam hadis yang dinyatakan dalam artikel ini sendiri pun hanya menyebutkan 2 rakaat sahaja, yang membawa maksud, setiap 2 rakaat hendaklah disertakan 1 salam.
Allahu A’lam.
amat besar faedah dhuha ini…subhanallah
salam ….mohin share artikel ini untuk rujukan saya. terimakasaih kerana menulis artikel yg sangat berguna.
salam…bleh tak klo xbce surah al syam dan al dhuha..tp bce surah lain?
boleh je baca lain2 surah..yg paling mudah rakaat pertama surah al-kafirun, rakaat kedua al-ikhlas…islam itu mudah…(himpunan solat sunat_kamaruddin mahmod)
saya nak tanya, bukankah waktu dhuha habis ketika waktu zawwal yakni hampir2 waktu zohor?
setelah fatihah rokaat ke 1 al syams, ke2 al duha, ke3 al syarh, ke4 al nasr, ke5al zalzalah, ke 6al qari’ah, ke7al falaq, ke8 al naas
boleh dikerjakan sebanyak 12 rokaat, dan setiap 2 rokaat disertakan salam, urutannya sebagai berikut, setelah fatihah rokaat ke 1 al syams, ke2 al duha, ke3 al syarh, ke4 al nasr, ke5al zalzalah, ke 6al qari’ah, ke7al falaq, ke8 al naas, untuk lebih jelas , add FB q chai ndog. asslmlkm………..
assalamualaikum…mohon share
assalamualaikum , mohon share artikel ini untuk disebarkan .