Anda rela bermadu? Benarkah ? (Siri 3)

Poligami: Cara Nabi Muhammad s.a.w atau cara P.Ramle ?

Ramai betul gadis-gadis yang sudi dan hendak berkenalan dengan suami saya. Kenapa yer. Masing-masing semuanya kata sudi berpoligami. Jadi soalan saya sekarang ini adalah bagaimanakah bentuk poligami yang diingini?

Adakah berpoligami cara Nabi Muhammad s.a.w atau cara P.Ramlee dalam cerita terkenalnya Madu 3?

Poligami Cara P.Ramlee.

Apa yang cuba di ketengahkan?madu tiga

  • Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang, tetapi jangan sampai pecah tembelang
  • Kalau pecah tembelang, pastinya akan terjadi perang, bukan sahaja sesame isteri, tetapi   suami pun terlibat sama.
  • Apabila berkahwin sahaja, En Jamil telah menyediakan sebuah rumah dan sebuah kereta untuk kegunaan Cik Hasnah dah Ibunya. Begitu juga utk perkahwinan yang ke 3, utk Cik Rohani dan ayahnya.
  • Banyak lagi kesimpulan dari cerita tersebut..so lihat dan nilailah sendiri.

 

Poligami cara Filem Ombak Rindu.

Bagi peminat novel atau peminat filem baru pula mungkin mengimpikan bermadu gaya ‘Ombak Rindu’.

images-1

Membayangkan diri sebagai heroin seperti Maya Karin. Mengimpikan suami yang kaya dan handsome seperti Aaron Aziz. Kepada dunia dipaparkan seolah-oleh cuma Lisa seorang sahaja isteri Aaron Aziz. Maya Karin, walaupun sebagai seorang isteri yang sah, tetapi bagaikan seorang perempuan simpanan sahaja kepada suaminya.

Tak kisahlah, yang penting bahagia..(kononnya).

 

 

 

 

Poligami Cara Rasulullah s.a.w

Saya bukanlah seorang yang layak mengulas mengenai bab ini. Boleh cara di internet, banyak lagi kisah-kisah menarik yang dikongsikan. Salah satu cerita yang saya jumpa dan copy paste adalah

Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda s.a.w. romantik kepada kesemua  isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri Baginda s.a.w. berkumpul dihadapan Baginda s.a.w. lalu bertanya “Siapakah diantara mereka (isteri-isteri) yang paling disayangi”. Rasulullah s.a.w hanya tersenyum lalu berkata, “Saya akan beritahu kamu kemudian.” Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah s.a.w. telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri Baginda s.a.w. sebentuk cincin. Baginda s.a.w. berpesan  supaya tidak memberitahu kepada isteri -isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah s.a.w., lalu menjawab “Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri Baginda s.a.w. tersenyum puas kerana  menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa  diri mereka tidak terasing.

 Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat  suasana romantik ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: “Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan  keluar melalui celah-celah jari mereka“.Rasulullah s.a.w. selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda s.a.w. acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri Baginda s.a.w. pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah s.a.w. agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.

Jadi kepada para gadis yang teringin nak menjadi madu saya,  fikirkan  bentuk perkahwinan yang bagaimanakah yang anda semua inginkan??..Yang penting bukan apa yang aku akan dapat, tetapi apa yang mampu aku sumbangkan? Masa, tenaga, buah fikiran, idea, wang ringgit dan sebagainya. Bukan untuk diri sendiri dan keluarga, tetapi juga untuk agama, bangsa dan negara.

Tepuk dada, Tanya iman. Jangan Tanya selera, sebab selera cuma tahu nak makan.

Jika merasakan diri sendiri layak dan mampu menghadapi ujian ini, welcome to our family.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.