The New Perodua ALZA

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Perodua mengeluarkan MPV pertamanya, ALZA. Petang semalam, pulang dari menempah baju di Shah Alam, kami sekeluarga singgah di Perodua Sri  Damansara.

Kelebihan dan kekurangannya, kita serahkan kepada yang pakar untuk komennya.
http://paultan.org/2009/11/23/perodua-alza-finally-launched-a-car-or-an-mpv/

Komen ringkas aku, cantik dan menarik dengan harga yang bepatutan. Cuma untuk aku melepaskan Kancil aku demi Alza ini, belum lagi. Ibaratnya anak kecil dengan bantal busyuknya. Walaupun telah buruk, itulah cinta hati pertama yang menemani ku ke mana jua, sebelum aku kenal mana2 lelaki dalam hidupku.

Sejarah.
Aku mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di UIA. Masa tuh belum ada keperluan untuk membeli kereta. Keperluan muncul bila aku bekerja dengan Syarikat Time Telekom di Pandan Indah dan tinggal di Sri Gombak. Pernah juga aku cuba tinggal dengan kawan2 masa di Universiti, selama seminggu di Pandan Indah. Namun kerana tidak lagi sekufu, aku kembali ke Sri Gombak. Berulang naik bas intrakota seawal pukul 6.30 pagi. Naik van pejabat di depan HKL, namun kalau terlepas van, aku akan terus ke stesyen star di Bandaraya, naik LRT dan kemudiannya naik feeder bas. Begitu juga waktu balik, biasanya maghrib baru aku sampai ke rumah.

Hinggalah pada suatu hari, entah kenapa jalan jem teruk sangat. Pukul 9.30 malam pun aku belum sampai ke rumah lagi. Ditakdirkan masa di dalam bas tuh, mak call. Masa tuhlah aku mengadu, bahawa aku bukan sahaja belum solat Isya, malah maghrib pun da terlepas. Hujung sekali baru aku meminta, “mak nak beli kereta boleh tak?”.

Sebelum nih mak melarang dengan pelbagai alasan. Tetapi bila mendengar sendiri keperitanku, mak pun benarkan. Seminggu lepas tuh, kebetulan, wakil Perodua Desa Pandan buat promosi kereta kancil di pasaraya depan tempat aku bekerja. Selepas berpuas hati dengan penerangannya, esoknya aku bawa buku cek terus bayar wang pendahuluan. 2 minggu lepas tuh, bila penjual tuh kata kereta aku akan keluar, baru aku call sepupuku yang menjadi pemandu bas intrakota untuk menemanku membawa pulang kereta berkenaan. Maklumlah, aku dapat lesen dah 2 tahun, dan dalam tempoh tuh tak pernah langsung bawa kereta, tetiba jer bawa kereta baru, cuak jugak.

Begitulah kisahnya, dan kini, telah lebih 11 tahun kereta itu menemaniku, dan aku belum bersedia berpisah dengannya. Mungkin, Hingga Hujung Nyawa nya akan berkhidmat untukku, barulah aku sanggup menggantikannya.

2 Responses to “The New Perodua ALZA”

Leave a Reply

Archives
Affiliates
Networkedblog