Saya yakin dan percaya, ramai ibu yang anaknya dalam proses berhenti memakai lampin menghadapi masalah ini, iaitu anak anda terbabas dan terkencing di atas tilam. Biasanya saya sebagai ibu yang terbabas untuk mengejutkan anak untuk kencing diwaktu tengah malam. Akibatnya selain daripada baju, cadar selimut dan tilam juga akan terkena kencing, yang baunya cukup meloyakan.
Untuk baju, cadar dan selimut, memang kita boleh rendam dan basuh dengan menggunakan mesin basuh. Pernah sekali anak tunggal saya yang tidur di katil kami di waktu petang dan terkencing. Bayangkan tilam besar yang agak tebal, macam mana nak buat yer? Iklan di TV mengatakan menggunakan Febreeze. Kami telah mencuba tak berkesan juga. Baunya cukup memeningkan dan memenuhi seluruh bilik.
Malam itu, kami sekeluarga tidur di atas toto di ruang tamu. Namun pada masa yang sama, kami juga melakukan rawatan. Caranya adalah dengan meletakkan sebesan kayu arang di atas tilam di bilik anak dan juga bilik kami dan tutup pintu rapat-rapat. Bangun pagi esoknya, Alhamdulillah semua bau yang kurang menyenangkan telah hilang, diserap oleh kayu arang berkenaan.
Semenjak hari itu, 1 besen kecil arang sentiasa ada di bawah katil anak saya. Tiada lagi bau hancing yang saya hidu diwaktu pagi. Namun yang paling utama adalah untuk mendidik diri sendiri sebagai ibu supaya dapat mengejutkan anak tepat pada masanya setiap malam supaya kes-kes ‘kecederaan’ seperti ini tidak lagi berulang.