Untuk kali ke 3, semenjak berpindah ke rumah baru, kami mengadakan jamuan di rumah ini. Kali ini adalah jamuan semperna hari raya. Untuk di sebut open house macam jauhlah kerana kekangan tempat dan kewangan.
Kali ini saya sediakan bihun sup dan soto ayam beserta dengan rendang kerang, selain dari kuih-kuih raya yang masih belum luak sebenarnya. Malangnya saya tidak sempat mengambil gambar hidangan yang disediakan. Selepas menghidang, saya pun mandi dan bersolat zuhur. Selepas sahaja bersolat, tetamu pertama telah datang.
Tetamu pertama adalah keluarga kawan baik Adam di Tadika iaitu Elisya dan Emily beserta ibu dan ayahnya. Adam paling seronok bila 3 orang guru dari Tadikanya turut hadir. Selain daripada itu, ada juga jiran2 terdekat dan juga Ustazah yang di temui di Masjid semasa bulan Ramadhan yang lepas. Tidak ketinggalan juga sepasang saudara baru yang merupakan kawan suami semasa di Sekolah Menengah Sains Muar dahulu.
Tetamu terakhir yang datang adalah kawan dari Nilai, Negeri Sembilan. Menariknya, walaupun kali pertama bertemu, Adam melayan kawan-kawan barunya ini bagaikan telah lama kenal. Tidak cukup dengan permainan bowling, mereka juga melukis bersama-sama.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis kami yang tidak sepertinya.
Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok