Posts Tagged ‘HSG’

Kisah Rawatan-rawatan Awal

Tajuk Berita Harian Metro hari nih, “Ibu sudah Insaf” menceritakan tentang kekesalan seorang ibu yang terlanjur hingga melahirkan seorang bayi. Syukur Alhamdulillah, bayi itu diserahkan kepada keluarga angkat dan tidak dibuang seperti mana sesetengah kes yang kerap kita baca didada akhbar.

Membaca kisah seperti ini menginsafkan aku, betapa setiap orang ada dugaannya yang tersendiri. Bagi orang yang tidak inginkan anak, senang sahaja Allah beri, sebagai ujian kepada mereka. Manakala bagi orang yang terlalu menginginkan, macam aku, terlalu banyak dugaan yang ditempoh untuk mendapatkannya.

Aku berkahwin pada 31/3/2001. Pada tahun pertama, kami tidak kisah langsung pasal anak, ingat nak honeymoon puas-puas dulu. Bila dah nak masuk 2 tahun, kami mula sedar, macam ada masalah jer. Rakan sepejabatku mencadangkan doktor yang pernah merawatnya dulu lalu kami pun pergi ke Klinik Dr Hamid Arshat, di Bukit Damansara, seorang pakar perbidanan dan sakit puan yang cukup terkenal. Pemeriksaan awal, doktor menyatakan kami suami isteri tiada sebarang masalah.

Selepas pemeriksaan awal itu, aku diarahkan membuat HSG atau bahasa mudahnya X-ray dalam perut dan rahim, hendak lihat kalau2 ada saluran yang tersumbat. HSG dibuat di sebuah klinik di Kuala Lumpur, dengan bayaran RM125. Beberapa hari selepas menjalani rawatan, kami menyambut Ulang Tahun ke 2 perkahwinan dengan Honey Moon di Bukit Fraser. Satu tempat yang cukup sejuk dan tenang, dan berharap agar kepulangan kami nanti menjanjikan sesuatu yang mengembirakan. Malangnya harapan kami terkechiwa.

Selepas itu, doktor mencadangkan kami menjalani pula rawatan yang dinamakan IUI. Bayaran untuk rawatan ini adalah sebanyak RM550, tidak termasuk ubat2 yang perlu kami suami isteri ambil 2 minggu sebelum rawatan itu. Sekali lagi harapan kami musnah. Genap setahun, awal tahun 2004, sekali lagi kami mengulangi rawatan IUI. Sekali lagi lebih kurang RM700 terbang melayang, dan harapan tinggal harapan.

Agak kecewa, my hubby mencadangkan aku berehat dahulu buat seketika. Pertengahan bulan puasa tahun 2005, aku diserang sakit perut yang maha dahsyat, dan menurut Dato Dr. Harun dari Pusat Pakar Damansara, perlu dibedah untuk membuang appendix. Pembedahan secara Laparoscopic dilakukan bagi mengeluarkan lebihan yang telah membengkak dihujung ususku itu. Pembedahan yang pada asalnya dijadualkan sejam, tetiba jer mengambil masa 3 jam. Ketika itulah doktor mendapati adanya cyst dalam perut aku. Dalam istilah perubatan, keadaan ini dinamakan Endometriosis, salah satu punca utama kemandulan. (Sesuatu yang gagal dikesan semasa di klinik Dr Hamid Arshat dulu, sebab aku tiada sebarang simptom yang ketara menunjukkan aku mengidap penyakit tersebut).

Ada hikmahnya rupanya aku banyak tinggal puasa yang tahun itu, dan terpaksa beraya berdua jer di KL. Masa raya tuh baru 2 minggu lepas pembedahan, tak berani balik mana2 kampung, takut ada sebarang komplikasi. Setelah rawatan appendix aku selesai, doktor yang merawat aku mencadangkan supaya aku berjumpa dengan Gyne aku untuk rawatan lanjut bagi penyakit Endometriosis tersebut.

Mulanya kami bercadang untuk berjumpa dengan Datuk Dr. Hamid Arshat semula, tapi memandangkan aku sekarang bekerja dengan badan-badan berkanun, mungkin syarikat aku boleh mengeluarkan GL, jika membuat rawatan di Hospital Kerajaan. Kebetulan, aku telah beberapa kali berjumpa dengan Dr. Harlina Halizah bt Siraj seorang pensyarah dan doktor di HUKM yang kerap datang memberi ceramah di surau syarikatku pada hari Jumaat. Nasihat perubatan percuma yang diberi, jemputlah ke HUKM dan di sana kami ada ramai pakar yang Insya-Allah dapat membantu.

Awal tahun 2006, kami ke klinik yang paling dekat dengan rumah, untuk mendapatkan surat rujukan bagi mendapatkan rawatan di HUKM. Doktor tu pun cakap, “Kalau kes macam you all nih better jumpa Prof Zainul, dia memang pakar, dia tuh Senior I, Dr Harlina pun Ok jugak, tapi dia tuh muda lagi, dia tuh junior I”. La semua doktor nih saling kenal mengenali rupanya.

So bermulalah lawatan ke HUKM. Mulanya punyalah tak tahu di mana, sampai kena beli peta di Stesyen Minyak Shell. Lepas rawatan awal, buat pap smear, ujian itu dan ini, kami di refer ker Medically Assited Unit (MAC) di HUKM. Selepas itu, aku di refer pula ke Pusat Pakar UKM di Tingkat 7. Ini adalah “Private Section” untuk HUKM tersebut. Di ketiga-tiga bahagian tuh, sebenarnya aku jumpa dengan orang yang sama jer, Prof Dr. Zainul Razi bin Rashid. Bezanya cumalah jumlah RM yang perlu dikeluarkan.

Di sini, bermula dari bulan Jun 2006- Nov 2006, aku perlu mengambil suntikan Zoledex setiap bulan dan setiap suntikan berharga hampir RM400. Rawatan ini bertujuan untuk mengecutkan rahimku supaya tiada lagi lebihan darah yang keluar diluar rahim dan memenuhi perutku. Selama 6 bulan tuh, aku ibarat perempuan yang telah monopouse. Seronoknya tiada period, so aku boleh berpuasa penuh. Negetifnya, badanku, memang sentiasa panas. Bila badan sudah panas, mood dan hati pun memang cepat jer panas. Aku memang ‘tabik spring’ pada suami aku yang cukup sabar melayan setiap karenah aku selama 6 bulan yang cukup menyeksakan ini.

Setelah selesai rawatan Zoledex selama 6 bulan ini, aku diarahkan tunggu hingga aku datang period kali ke 2, barulah rawatan selanjutnya boleh dilakukan. Ikuti sambunganya di dalam “Cerita ICSI”.

Archives
Affiliates
Networkedblog