Posts Tagged ‘Hospital Selayang’

Berpindah rumah

Pada 14/2/2011, kami telah berpindah ke rumah yang baru. Tarikh itu dipilih kerana kami baru mendapat kunci pada 12/2/2011, manakala pihak pengurusan apartment tidak membenarkan urusan perpindahan masuk dan keluar pada hari ahad.  Kebetulan hari selasa adalah cuti Maulid Nabi, adalah extra sehari untuk mengemas.

Hanya baju-baju, buku-buku dan kelengkapan dapur sahaja yang kami bawa.  Sebab utama adalah lift yang di depan rumah kami rosak, menyebabkan orang yang mengangkut barang perlu membawa ke lift di hujung sana bangunan.  Set bilik tidur dan kerusi untuk meja makan juga telah mula rosak, sekiranya diangkut mungkin kerosakkannya makin teruk, langsung tak boleh guna. Oleh itu semuanya kami tinggalkan sahaja untuk penyewa rumah berkenaan. Tambahan pula rumah yang kami sewa telah ada sofa, peti ais, mesin basuh dan dapur.

Beberapa perubahan positif semenjak bertukar ke rumah baru ini adalah :

  1. Suami telah mula menjinakkan diri dengan Masjid Al-Mukarramah yang terletak bersebelahan dengan kawasan perumahan. Kebanyakkan solat, terutama Subuh dan Maghrib berjemaah di sana.
  2. Oleh kerana tiada Astro, Adam tidak lagi leka dengan Channel 613 (Playhouse Disney)nya, sebaliknya telah bertukar ke Islamkids.my.
  3. Dengan adanya kawan sepejabat yang tinggal berhampiran,  ‘Car Pooling’ bermula secara rasminya untuk pergi dan balik kerja hari ini.  2 hari sebelum ini cuma waktu balik sahaja.  Terasa tidak penat sampai ke rumah.
  4. Tempat makan malam yang agak terhad, dan tiada lagi Delivery Service.  Disebabkan saya tidak lagi letih drive, rasanya saya sempat masak untuk makan malam.  Lagipun suami dah mengarahkan ‘No more rice‘ untuk makan malam.
  5. Astro dan  Celcom broadband telah ditamatkan perkhidmatannya. Insya-Allah 7/3/2011 rumah kami akan di lengkapi dengan kemudahan Unifi. Ini khas untuk Adam belajar di internet. Selain dari Islamkids.my, site lain yang saya kira agak baik adalah www.starfall.com.

Semalam, semua barang yang diperlukan telah habis diangkut ke rumah yang baru. Rumah lama kami disewa oleh Pembantu Farmasi yang sedang menjalani praktikal di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buluh. Bagusnya rumah kami terletak di tengah-tengah tempat yang perlu mereka tuju.  Seperti rumah adik ipar yang telah sekian lama kami uruskan, rumah kami juga disewakan dengan harga RM200 setiap bilik.  Dalam bilik telah ada kelengkapan katil bujang, almari kayu dan kipas angin.  Manakala di luar bilik ada sofa, meja makan, peti ais, kabinet dan dapur, serta mesin basuh. Kelebihan rumah ini berbanding rumah sebelah adalah water heater dan juga ADT Security.  Penyewa ini hanya menyewa untuk 6 bulan sahaja. Diharapkan apabila mereka tamat praktikal nanti mereka akan memberikan maklumat mengenai rumah kami kepada junior mereka dan penyewaan ini akan berterusan selama-lamanya.

ps: Rumah masih lagi bersepah, belum bersedia untuk diambil gambar




Archives
Affiliates
Networkedblog