Selamat Tahun Baru

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah dan juga Tahun Baru Masihi.

Biasanya tahun baru akan dikaitkan dengan azam. Dan biasanya juga bila hujung tahun azam tidak kesampaian dan akan diperbaharui lagi setiap awal tahun.
Tahun ini merupakan tahun yang begitu mencabar kepadaku. Ini adalah kerana aku akan memakai beberapa topi serentak, atau mungkin akan bertukar beberapa kali dalam sehari.

  1. Sebagai Hamba Allah kepada yang menciptakan ku.
  2. Sebagai seorang isteri kepada sang arjuna
  3. Sebagai seorang ibu kepada anak yang cukup istimewa dan hebat
  4. Sebagai anak tunggal kepada seorang ibu yang uzur dan memerlukan perhatian
  5. Sebagai seorang penjawat awam
  6. Sebagai seorang agen jualan DCL
  7. Insya-Allah sebagai Public Mutual Unit Trust Counsultant

Kadang kala, terdetik dihatiku, apakah 5 tugas utama belum cukup berat, hingga aku menambah 2 lagi tugas. Apakah gaji dan faedah yang aku perolehi sekarang ini belum cukup, hingga aku perlu mencari pendapatan tambahan?

Jawapannya tidak sama sekali. Kenapa?

Aku menjual product DCL kerana ingin berkongsi kebaikannya. Aku sendiri telah memperolehi faedahnya. Benda yang baik perlulah disebar-sebarkan.

Unit Trust? Sama juga, prinsipku ingin membantu. Berapa ramai orang yang biasa mendengar mengenainya, namun berapa ramai pula orang yang menyertainya. Mungkin ada yang berkata, apa perlunya Unit Trust, kalau kita dah ada ASN, ASB, ASW dan sebagainya yang PNB keluarkan. Well, terpulang kepada diri masing-masing. bagi diriku, seumur hidup aku tak pernah langsung membuka akaun mana2 Amanah Saham pun. Kenapa? Kerana dari dulu lagi aku meraguinya. namun siapalah aku untuk berbicara dan menjatuhkan hukum. Sila rujuk kepada yang pakar :

Sila rujuk kepada posting sebelum ini. Aku bukan mengejar sangat komisyen. Yang aku pentingkan ilmu, pengalaman dan kepakaran. Aku pun teringin menjadi seorang pakar. Dulu aku ingat boleh jadi pakar dibidang IT. Namun bila dah masuk ke sini, bilamana pengalaman dan kepakaranku kurang dihargai, dan semakin dilupai, aku perlu mencari bidang lain. Tambahan pula.. peluang untukku naik di sini “Teramatlah tipisnya’, berbanding dengan orang yang Gred Gajinya bermula dengan E ataupun M. Jadi, daripada aku menantikan buah yang belum tentu gugurnya dari satu pokok, baiklah aku cuma memanjat untuk mendapatkan buah dari pokok yang lain.:)

Dulu, prinsipku 3D – Disipilin, Daya usaha, Doa.  Semakin masa berlalu, aku sering melupakan dan juga mengamalkannya terutama D yang pertama. Kini aku yakin, dgn 3D,  AKU BOLEH- Insya Allah