Aduh..pinggangku sakit semula. Telah hampir seminggu macam nih. Namun apa yang aku buat? Tiada sebutir ubat pun yang kutelan. Senja semalam, sebab terlalu sakit sangat, aku cuma berbaring di atas hot water beg. Kemudian teringat senaman2 dan rawatan fisioterapi yang telah dilakukan kira-kira 2 tahun nan lalu. Mungkin perlu diulangi semula lawatan ke Damansara Specialist Hospital berkenaan. Namun di Utusan Malaysia, aku menemui artikal yang bagus ini.
ARKIB : 20/12/2011
Urus kesakitan untuk cepat pulih
Gambar MUHAMAD IQBAL ROSLI
PEPATAH ada mengatakan lain padang lain belalang. Begitu juga dengan rasa kesakitan yang dialami oleh setiap individu. Memang berbeza antara satu sama lain.Pakar Bius dan Pakar Pengurusan Penyakit Hospital Pantai, Dr. R. Gopinathan memberitahu, contohnya seperti reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang yang mengalami masalah patah pergelangan tangan.
”Ada yang menunjukkan rasa sakit yang sedikit. Ada pula yang akan menganggap keadaan menjadi teruk sekali,” katanya ketika ditemui di pejabatnya yang terletak di Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas Dr. Gopinathan, ini menunjukkan rasa sakit sebenarnya bergantung kepada daya ketahanan diri individu terhadap kecederaan atau luka. Sesetengah individu terlalu takut hingga menambah rasa kesakitan.
Jelasnya, dalam kes seperti itu hanya menerusi rawatan, ubat-ubatan dan nasihat yang berkaitan dapat memulihkan keadaan pesakit.
Justeru, setiap individu perlu pandai menguruskan kesakitan agar cepat pulih atau bertemu dengan doktor untuk mempelajari kaedah menguruskan rasa sakit.
Biasanya, kata Dr. Gopinathan kesan kesakitan yang dapat dilihat dengan mata kasar dikategorikan sebagai ringan.
”Penyakit ringan ini dijangka boleh sembuh dalam tempoh tiga bulan,” katanya.
Bagaimanapun katanya, sakit yang melibatkan urat saraf seperti sakit tengkuk, sakit belakang, sakit pinggang yang dihadapi hampir kebanyakan orang dewasa pula dikategorikan sebagai penyakit yang tidak boleh dilihat dengan jelas.
Kesakitan seperti itu biasanya kata beliau, akan melalui tempoh yang agak lama untuk dipulihkan.
”Ia juga akan turut memberikan kesan terhadap kehidupan peribadi seseorang . Pesakit itu mudah rasa cemas, tidak dapat tidur dan tidak yakin pada diri sendiri,” katanya.
Dr. Gopinathan berkata, ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi murung, tidak mahu keluar rumah sehingga merasakan tidak ada langsung rawatan untuk membantunya pulih.
Bagaimanapun katanya, kerunsingan itu boleh diatasi jika mereka menemui doktor yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan penyakit.
”Di sini mereka akan mendapat nasihat untuk mencuba kaedah yang terbaik untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami,” katanya.
Sebagai contoh katanya, bukan semua sakit di bahagian pinggang itu akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit lain yang lebih ditakuti seperti buah pinggang atau kanser.
Beliau berkata, dengan adanya teknologi rawatan moden, penyakit ini dapat dipulihkan dan pesakit akan dapat menikmati kehidupan dengan lebih baik.
Kata beliau, terdapat juga rawatan lebih moden seperti laser yang mana tidak lagi memerlukan pembedahan sebagai rawatan.
Selain itu katanya, kaedah lain yang digunakan untuk mengurangkan sakit tengkuk dan belakang menggunakan radiofrequency ablation.
”Cara rawatan baru ini hanya dilakukan dalam tempoh beberapa jam sahaja. Selepas rawatan pesakit boleh terus pulang ke rumah,” katanya.
Beliau memberitahu, pesakit bukan sahaja akan diberikan ubat-ubatan, tetapi juga latihan fisioterapi dan sebagainya.
Dr. Gopinathan juga memberikan untuk hidup sihat seseorang itu perlu melakukan senaman regangan tangan yang boleh dilakukan sewaktu dalam keadaan duduk atau berdiri dan berjalan kaki menggunakan kasut yang sesuai dan menaiki tangga.
”Individu iuga perlu mengambil makanan yang menyihatkan dan elak daripada mengambil makanan lewat di waktu malam,” katanya.
Selain itu katanya, perlu juga berfikiran positif agar setiap penyakit yang dihadapi oleh seseorang akan sembuh dengan cepat.
”Cari rakan-rakan yang mempunyai penyakit yang sama supaya dapat dikongsi pengalaman agar dapat mengelak diri dari terus dalam keadaan runsing,” katanya.
Kata beliau, sebaiknya carilah apa sahaja hobi yang boleh diisi ketika waktu terluang supaya dapat mengelak daripada berfikir tentang penyakit yang dialami.
Selain itu, kena tenangkan fikiran supaya dapat menikmati kehidupan dengan lebih baik.
”Cuba biasakan diri dengan menarik nafas sedalam-dalamnya dan kemudian lepaskan secara perlahan-lahan supaya diri berada di dalam keadaan yang lebih tenang,” katanya.
Katanya, sebaik-baiknya cuba bersosial bagi mengelak diri daripada bersendirian atau berinteraksi dengan rakan baru menerusi laman sosial Facebook (FB).
Di samping itu, katanya, jangan menyalahkan diri sendiri atau orang lain di atas kesakitan yang dihadapi sebaliknya hadapi dengan tabah.
Assalam Ummiadam,
Tadi saya search pasal sakit belakang, then jumpa blog ummi…
Saya adalah dealer yang sah produk Premium Beautiful, ummi pernah cuba tak korset ini?? Kalau belum pernah, mahu tak saya datang jumpa ummi utk cuba-cuba dulu? Mana la tahu kan… dengan izin Allah sakit tulang belakang tu dapat dikurangkan… dan dihilangkan dengan pemakaian korset yg konsisten
Anything, call/sms me : 016-6602507
RAWAT SAKIT TULANG BELAKANG DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL
Terima kasih atas tawaran anda. Saya dah beli dah Premium Beautiful. Mahal bukan main, tapi tak berkesan, makin sakit lagi adalah.
Untuk makluman..penyakit pinggang saya telah sembuh.
http://ummiadam.teratakrindu.net/?p=934
Dengan kos rawatan separuh daripada harga baju yang saya dah tak pakai, sebab tak nampak sebarang kesannya.
Salam Umiadam,
Nama saya Adam atau org panggil daam dan sbgainya. Saya pun sakit belakang, sejak 1-2 bulan lepas. Saya dah runsing jugak, sbb sekarang ni, kaki saya pulak yg kebas. Slowly kaki kanan plak rasa ckit2 skrg ni. Hmm, x tahu mcamana caranya. Saya ada bercadang nak pg buat MRI, tapi memg lah mahal kan. Memandangkan susah gak nak claim2 ni sbb saya pun baru je tukaq keje, kat tempat keje yg baru ni, saya pun masih blurr dan xtahu sgt pasal claim coverage saya.
Tapi untuk pendekkan cerite, akak ada x apa2 cadangan untuk saya, memandangkan akak dah sembuh (akak yg ckp). Nak jugak tahu.. saya duduk di JB. Tapi kalau memg bagai dikata tentang kaedah tu menjadi, memg saya nak pergi. π
Susah saya nak cakap. Tapi berdasarkan simptom2 awal tuh memanglah ciri2 macam kena nak/dah kena slipped disc.
Tapi kalau rawatan di JB saya memang tak tahu, sebab di luar pengetahuan saya.
Terima kasih kak. Saya akan ikhtiarkan. Insya allah, saya akan pergi kat situ minggu ni. Rasa dah makin teruk kebas nyer. Semoga Allah sembuhkan saya. Amin, hihi.. tq
DALAM BLOG NI AKAK CKP KAKI AKAK PUN KEBAS KAN? SO KEBAS TU DAH KURANG X?
Better call dan buat apointment dulu, takut org ramai dan tak der slot masa. Sian pula datang jauh2 dari JB
Kaki saya dah tak kebas selepas saya buat rawatan fisioterapi selama sebulan (2 kali seminggu) di Damansara Specialist Hospital lagi.
Baiklah akak.. saya akan cube buat appointment ari ni… takut jugak penuh kan.. Harap2 ada lah slot ye. Terima kasih banyak2. π
Kalau nak buat MRI skrang, result pun xpasti kluar bila. So, saya plan nak buat MRI pada minggu depan la kot. Nak pegi PJ dulu lah. Harap2 senang la untk jupe clinic ni.
akak, ni alamatnyer kan? PROLOTHERAPY CLINIC
21-3A, Pelangi Square Damansara,
Jalan PJU 6, Persiaran Surian,
47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Tel: 03-77271360
Fax: 03-77271364
Tadi dapat e-mail dari ‘zulkafperi@gmail.com’,
dia kata number phone 0361565755.
Maklumlah, saya tak call lagi, sbb ada kat spore skrg. huhu.
takpe kak, doctor zul tu kata, dia silap bagi nimbor.. trima kasih
okay kak.. terima kasih.. saya dah book dah.. hihih.. sabtu ni pg.. moga2 allah sembuhkan. π
Assalamualaikum..
info kat sini banyak membantu..
saya pun sakit pinggang. hampir sebulan..masih lagi tercari-cari maklumat pasal sakit pinggang ni. Cumanya saya tak rasa kebas kaki, tapi tak boleh duduk bersila terlalu lama..
salam..baru baru ni terjadi sekali lg..sy cramp tk dpt bergerak..mmg ada history sakit belakg atau slip disc…cume kemusykilan saya..kenapa saya lambt respon seolah olah maklumat lambt sampai ke otak..depression tu mmglah ada selain kebas dh menjadi rutin harian yg saya hadapi..sampai skrg..tahun lepas pun sakit blk..tapi sembuh semula…skrg kena balik..operation mmg tkde buat..mri dah buat..
Ada tak akak rasa lmbt respon?atau kekadang kita tk tau apa yg kita buat,last yer lg teruk..sampai tk kenal famili..mcm ada ingatan hilang..tolong kak..mana yg akak tahu…email saya wanexclusive@gmail.com….ada juga yg kata tme sy lemah seluruh badan digelar minor strok..betul ke?
Salam. untuk berkongsi maklumat. Rawatan terapi PE-CEU Hj. Yamin di Beranang, Selangor berjaya menyembuhkan beratus-ratus pesakit slip disk di Malaysia. Beliau terkenal sebagai pakar slip disk. Malah, mampu menyelesaikan masalah2 sendi dan otot bahagian2 badan manusia seperti sakit pinggang, belakang, lutut dan sebagainya. Beliau pernah mendapat liputan Remedi TV9, majalah Mastika, Akhbar Sinar Harian dll. boleh mendapatkan info di http://peceumyamin.blogspot.com/ atau hubungi beliau : 013-3244292 / 03-87669564 untuk membuat appointment rawatan.
Saya mengalami slip disc dah 3 bulan.sekarang saya sedang menjalani rawatan fisioterapi dan mengambil ubat-ubatan dari hospital pakar.semakin hari keadaan saya tidak selesa,saraf saya sering terganggu menyebabkan kaki kiri saya semakin lemah.Doktor telah beri saya suntikan vitamin untuk melegakan rasa sakit saraf saya.setelah 4 minggu saya menjalani rawatan tiada perubahan,doktor saya menyarankan untuk membuat rawatan laser iaitu satu rawatan terbaru pada masa kini.saya tidak pasti dan masih ingin mengenal pasti apakah kesan sampingan yang akan datang sekiranya saya melakukan rawatan itu.saya masih berusia 28 tahun dan saya baru sahaja berkahwin,saya ingin sihat seperti biasa sekiranya rawatan laser dapat memulihkan keadaan saya dan saya juga risau sekiranya ada kesan sampingan pada masa akan datang.saya ingin minta pandangan,sekiranya ada cara lain dari rawatan laser..saya buntu