Hikmah di sebalik kesukaran.

Semenjak beberapa hari kebelakangan ini, saya sering  meletakkan kereta di penghujung petak tempat letak kereta yang dibenarkan.  Ada tulisan ‘Camping Zone’ ruangan berkenaan, namun saya tidak pernah melihat ada kereta yang kena clamp jika di letakkan di sana. Rasanya telah hampir 2 minggu tempat tuh seolah-olah menjadi tempat khas untuk saya, sehinggalah pagi tadi saya terlihat kereta saya telah kena clamp.

“Aduhai, terbang RM30 lagi pagi-pagi buta nih”, kata saya dalam hati sambil bergegas ke pondok jaga. Semasa hendak membayar, dimaklumkan bahawa denda sekarang ini telah naik RM50. Ini adalah peraturan baru, penguatkuasaan baru, malah semua jaga-jaga ini pun muka-muka baru.  Muka budak melayu yang macam baru lepas SPM, berbanding orang-orang Nepal dan Bangla sebelum ini. Ingatkan pengurusan jer yang baru, rupanya semuanya baru. Adik tuh kata “Clamp pun baru sampai semalam kak”.

Saya dan salah seorang jaga berjalan semula ke kereta saya.  Ada 3 lorong yang boleh saya lalui, namun Allah menggerakkan hati saya untuk lalu jalan tengah.  Ketika lalu di depan rumah(mujur rumah kami di tingkat bawah), saya terlihat lampu bilik solat masih terbuka.  Jadi saya menyuruh adik tuh membuka clamp kereta saya terlebih dahulu sementara saya masuk semula ke rumah untuk menutup lampu.  Di bilik berkenaan, saya terlihat suis seterika  juga tidak ditutup.  Entah kenapa saya agak cuai dan semacam tergesa-gesa pagi ini. Mungkin sebab tak nak lewat lagi macam pagi semalam.

Selepas memastikan semua lampu dan pintu ditutup, barulah saya pergi semula ke kereta saya.  Selepas mengucapkan terima kasih kepada adik tu, saya pun bergerak ke pejabat dengan perasaan syukur kepada Allah.  Apalah sangat RM50 denda yang perlu saya bayar, jika dibandingkan perkara-perkara buruk yang mungkin berlaku akibat suis elektrik yang tidak ditutup.

Allah terlalu sayangkan saya. Allah mendidik saya dengan peristiwa yang tak di sangka-sangka. Syukur Alhamdulillah.




Jamuan Raya

Untuk kali ke 3, semenjak berpindah ke rumah baru, kami mengadakan jamuan di rumah ini. Kali ini adalah jamuan semperna hari raya. Untuk di sebut open house macam jauhlah kerana kekangan tempat dan kewangan.

Kali ini saya sediakan bihun sup dan soto ayam beserta dengan rendang kerang, selain dari kuih-kuih raya yang masih belum luak sebenarnya.  Malangnya saya tidak sempat mengambil gambar hidangan yang disediakan.  Selepas menghidang, saya pun mandi dan bersolat zuhur.  Selepas sahaja bersolat, tetamu pertama telah datang.

Tetamu pertama adalah keluarga kawan baik Adam di Tadika iaitu Elisya dan Emily beserta ibu dan ayahnya. Adam paling seronok bila 3 orang guru dari Tadikanya turut hadir.   Selain daripada itu,  ada juga jiran2 terdekat dan juga Ustazah yang di temui di Masjid semasa bulan Ramadhan yang lepas.  Tidak ketinggalan juga sepasang saudara baru yang merupakan kawan suami semasa di Sekolah Menengah Sains Muar dahulu.

Tetamu terakhir yang datang adalah kawan dari Nilai, Negeri Sembilan. Menariknya, walaupun kali pertama bertemu, Adam melayan kawan-kawan barunya ini bagaikan telah lama kenal.  Tidak cukup dengan permainan bowling, mereka juga melukis bersama-sama.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis kami yang tidak sepertinya.



Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok




Sesungguhnya Dugaan Ini Datang Bersama Hikmah

Hujung minggu ini kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang benar-benar menyesakkan jiwa. Ia bermula bila masa saya terjumpa 1 potongan iklan di peti surat mengenai rumah akan dilelong. Alamat pada rumah berkenaan adalah sama dengan alamat rumah yang kami baru sewa 7 bulan yang lalu.

Saya terus menghubungi tuan rumah.  Dimaklumkan bahawa semua tunggakan telah selesai.  Oleh kerana hari sabtu  bank semua tutup, maka kami semua perlu bersabar dan menunggu hari isnin barulah semua permasalahan ini dapat dijelaskan.

Sesak rasanya nafas ini bila memikirkan penat berpindah bulan Feb dulu pun masih belum hilang.  Di mana pula kami akan berpindah.  Satu tempat yang cukup selesa untuk semua.  Mudah untuk saya dan suami ke tempat kerja dan yang paling penting untuk Adam ke sekolah.  Adakah ini bermakna Adam akan bertukar sekolah.  Untuk kami terlibat dalam lelongan ini juga adalah mustahil. Walaupun kami ada sedikit simpanan, tapi tidak terlalu cair. Untuk mengeluarkan 10% daripada wang lelongan dalam masa kurang dari 10 hari adalah mustahil.  Sedangkan kami cukup sayangkan rumah ini.  Kedudukannya cukup strategik. Yang utama sebab bersebelahan dengan masjid.  Baru tahun ini kami merasa nikmatnya berbuka puasa di masjid.

2 hari yang menyesakkan berakhir juga akhirnya, bila saya mendapat call dari tuan rumah.  Semua kesilapan teknikal yang berlaku telah dapat diselesaikan. Yang paling penting,  kami tidak perlu lagi keluar dari rumah berkenaan.

Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amat diperlukan dalam menghadapi badai dugaan yang menerpa seperti ini . Berkali-kali suami ingatkan “Jangan sampai kita berburuk sangka kepada ALLAH SWT terhadap segala Ketentuan-Nya”.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman padahal mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang berdusta.” [QS.Al-Ankabut: 13].

“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” [QS al-Anbiya: 35]

Ternyata, rumah ini masih lagi yang terbaik untuk kami setakat ini, dan Allah masih mengizinkan kami ‘berjiran’ dengan Masjid.  Maka sebagai peringatan kepada diri sendiri, rajin-rajinlah melawat jiran berkenaan.  Bukan setakat suami dan anak sahaja yang sering ke sana, atau cuma di bulan Ramadhan sahaja jemaah muslimat melihat wajah ini..;)




House warming

Setelah lebih sebulan berpindah ke Sd Court Bandar Sri Damansara, kami masih lagi belum mengenali jiran tetangga, kerana semuanya terlalu sibuk bekerja. Oleh itu kami bercadang untuk mengadakan sedikit jamuan untuk keluarga dan jiran tetangga yang terdekat. Dengan keadaan rumah dan peralatan yang serba kekurangan, sebagaian utama dari barang untuk memasak dan menghidang ‘diimport’ dari Putrajaya.

Kami menyediakan sup daging dan tulang untuk dimakan dengan bihun sup ataupun nasi impit, sebagai soto. Mak ngah Adam  membawa 2 jenis kuih talam manakala Acu Adam pula membawa spegetti dan juga bubur jagung. Uda pula membawa kek untuk ulang tahun ke 10 perkahwinan kami dan Untie dari Denai Alam juga membawa kek coklat yang dibuat sendiri.

Majlis yang cadangkan untuk jiran-jiran bertukar menjadi majlis keluarga. Agak meriah juga terutama dengan keriuhan kanak-kanak bermain. Setelah hari redup acara yang dinanti-nantikan oleh semua sepupu-sepupu Adam adalah mandi kolam.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dimajlis kami yang itu. Insya-Allah birthday Adam dan lepas raya nanti kami akan buat jamuan lagi.

 




HTP Annual Dinner

Pada 14  Jan 2011, company tempat suami saya bekerja mengadakan Annual Dinner di Sunway Hotel,  Petaling jaya, Selangor.  Tema dinner kali ini adalah Rock.  Walaupun kurang sesuai dengan jiwa kami, namun kami cuba juga sedaya upaya untuk memenuhi tema berkenaan.

Oleh kerana kanak-kanak tidak dibenarkan dalam majlis bekenaan, maka terpaksalah Adam kami tinggalkan.  Mujurlah Mak ngah mengadakan majlis sambutan hari jadi pada malam tersebut juga.  14 Jan merupakan hari jadi makngah Adam,  manakala sehari sebelum itu,  iaitu 13 Jan merupakan hari jadi sepupu Adam iaitu Kakak Tikah.  Inilah kali pertama Adam ditinggalkan tanpa ayah dan ibu dan juga cikgu taska/tadika untuk tempoh yang agak lama.

Banyak juga perkara menarik yang berlaku semasa dinner berkenaan.  Antaranya saya berpeluang bertemu dengan kawan-kawan lama, samada semasa di MRSM Perlis dan MRSm Kulim dan juga USM. CEO syarikat  mengumumkan setengah bulan bonus kepada semua pekerjanya.  Dan semasa cabutan bertuah,  no staf suami terpilih.  Kami mendapat vaucher dari Jaya Jusco bernilai Rm150.

Syukur Alhamdulillah. Kalau tahun 2010 kami terlalu banyak diuji dengan pelbagai dugaan, awal tahun ini Allah telah mula menggantikan  kehilangan berkenaan sedikit demi sedikit.

Berikut adalah gambar yang dirakamkan.  Sebahagian darinya menggunakan kamera dari BB kami, manakala sebahagian yang lain, saya save dari FB kawan saya semasa di USM yang ditemui semasa dinner berkenaan iaitu Rosmanisah Abd Rahman




Sd Court Apartment

Terlalu banyak kejadian yang berlaku sepanjang tahun lepas.

  1. Kehilangan notebooku dan Ipod Touch Adam
  2. Kehilangan kereta kancil selama 3 hari 3 malam
  3. Kehilangan Notebook suami
  4. MyVi yang ‘berjalan dan berubah tempat’ diwaktu malam
  5. Honda City yang ‘ berjalan dan berubah tempat’, serta kehilangan vidoe recorder dan juga car seat Adam
  6. Kehilangan 2 sport rim dan tayar MyVi minggu lepas.

Jumlah kerugian setakat ini telah lebih rm30 ribu. Dengan berat hati akhirnya kami bersetuju untuk berhijrah ke kejiranan yang lebih baik (harapnya). Kawasan yang dipilih adalah Bandar Sri Damansara. Kenapa?

Jawapan mudahnya kerana Adam telah mula bersekolah Tadika di sana sejak bulan September 2010.  Diharapkan apabila tinggal disana, Adam dekat dengan sekolah dan mudah untuk kami menghantarnya. Impian suami untuk dekat dengan masjid juga tercapai. Kebetulan, rupanya di kawasan ini ada kolam renang. Lepas ini, tak perlulah kami ke Putrajaya lagi untuk mandi kolam, sebaliknya keluarga mak ngah dan uda lah pula datang ke rumah kami untuk sama-sama mandi kolam.

Gambar dr Internet : Bukan rumah sebenar