Selamat tahun baru 2012

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada pembaca laman blog ini. Maaf kerana terlalu lama tidak sempat langsung mengemaskini blog ini.

Ini adalah ringkasan aktiviti yang telah berlangsung dari Oktober- Disember 2011 yang lalu.

Bil Tarikh Tajuk Tempat
1. 5-7 Okt 2011 Joomla Bilik Multimedia Tkt 4
2. 17-20 Okt2011 Action Script with cs2: Taman Dagang, Ampang Selangor
3. 1-3 Nov2011 Php Progaramming Bilik Multimedia Tkt 4
4. 8-10 Nov 2011 My SQL Database Bilik Multimedia Tkt 4
5. 14-16 Nov 2011 Microsoft IIS7 Bilik Multimedia Tkt 4
6. 21-24 Nov 2011 Active Directory TrainPro : MidValley
7. 5-8 Dec 2011 Network Infrastructure TrainPro : MidValley
8. 12-15 Dec 2011 Server Administrator TrainPro : MidValley

Selain daripada itu bermula Oktober 2011 juga, adik ipar saya berkursus utk selama 6 bulan. Oleh itu, pada hujung minggu berselang seminggu kami perlu ke rumah ibu mertua untuk membantu menguruskan tentang perubatannya dan juga membeli segala keperluan harian dan barang dapur. Bermula dari tarikh yang sama, notebook saya juga di pinjam oleh adik ipar untuk keperluannya semasa kursus.  Oleh itu masa yang ada untuk mengemaskini blog amatlah terhad.

Bermula tahun 2012, banyak perubahan yang bakal dan perlu berlaku. Hari ini merupakan hari pertama suami bertugas di Cyberjaya. Ini bermakna suami akan keluar dari rumah lebih awal dan pulang lebih lewat.  Maka urusan seharian/mingguan/bulanan di rumah perlulah diubah dan disesuaikan dengan perubahan.

Perubahan sturktur di pejabat juga mengakibatkan setiap orang perlu melakukan tugas yang lebih berbanding tahun sebelumnnya.

hmm..satu tahun yang benar-benar mencabar fizikal dan mental. Semoga kami semua akan terus tabah dan bersemangat. Amin..

Alhamdulillah..Allahu Akbar

Ada seorang yang cacat penglihatan, bekerja di bangunan sebelah pejabat saya ini. Sering kali juga saya terjumpa sewaktu sama-sama melintas jalan. Sekali, sewaktu memimpinnya melintas jalan, saya dimaklumkan bahawa beliau berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki komuter di Bank Negara

Hari Rabu, sewaktu saya naik eskelator untuk membeli makan tengahari di tingkat 1, saya ternampak  kakak nih, yang hendak turun di eskelator. Tidak jauh di belakangnya, saya terlihat ada rakan sekerja perempuan. Melihat akak buta nih nak turun eskelator, saya pun menjerit “Cepat, tolong dia, nanti dia jatuh”, seolah-olah akak buta tuh adalah anak kecil yang suka bermain tangga. Sebaliknya akak tuh terus sahaja berjalan dan naik atas eskalator tuh tanpa sebarang masalah, sama macam orang yang tidak buta.

Kagum seketika dengan pandangan yang mendebarkan dan penuh keinsafan. Bersyukur kerana tiada kejadian yang buruk berlaku kepada kakak berkenaan. Tetiba teringat lagu ini, yang dinyanyikan semasa pertandingan nasyid semasa matrikulasi.

Buta Mata

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan ‘amal dan bakti.

Timbul rasa keinsafan di dalam diri. Bersyukur kerana tidak buta mata, diizinkan Allah untuk melihat keindahan ciptaanNya.  Dan semoga Allah tidak butakan hatiku ini. Amin.

Agong dan Yang Maha Agong.

Semalam saya ke Putrajaya. Ada seminar Knowledge Management di Shangri-La Hotel. Dalam perjalanan pulang melalui NKVE, tetiba 2 motor polis berkuasa besar member isyarat untuk mengosongkan lorang di kanan sekali. Di cermin sisi kelihatan rombongan kenderaan yang saya agak pembesar Negara. Kereta  ke 2 tiada plate no, cuma ada plate berwarna kuning yang mengandungi JATA Negara. Kerete seterusnya, saya terlihat bertulisan ‘ISTANA NEGARA’. Saya andaikan di dalam salah satu kenderaan berkenaan adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Terdetik di hati ini, begitu sekali kita membesarkan dan memberi penghormatan kepada Pembesar Negara. Lalu bagaimana pula kita membesarkan Pencipta Alam ini, yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang ke pada sekelian hambaNya. Allahu Akbar.

 

Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok


MRSM Ulul-Albab : Kecemerlangan di dunia dan akhirat

Hari ini saya ke MRSM Gemencheh yang terletak di Negeri Sembilan. Mrsm ini adalah salah satu daripada 3 Mrsm Ulul Albab yang ada di MARA . Ada tugas rasmi yang berkaitan dgn iLMS yang perlu dilaksanakan.

Dari Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, saya dimaklumkan mengenai program yang dijalankan. Dari segi akademik dan ko-kurikolumnya sama seperti MRSM yang lain. Bezanya adalah program hafazan. Untuk pelajar tingkatan 4 dan 5, mereka perlu menghafaz Surah As-Sajadah dan Surah Al-Mulk.

Tumpuan utama adalah untuk pelajar tingkatan 1. Untuk tingkatan 1, hafazan dilakukan sebelum dan sesudah solat subuh. 3 waktu pertama setiap hari adalah untuk guru-guru menguji hafazan para pelajar. Oleh kerana 3 kelas waktu pagi telah digunakan, maka ada sebahagian dari kelas yang di bawa hingga pukul 3 petang. Temubual dgn 2 orang pelajar Tingkatan 1 memaklumkan bahawa mereka sedang menghafaz surah An-Nisa. Surah-surah yang sebelumnya telah di hafaz.

Saya tertarik dengan kata-kata Timbalan Pengetua. Katanya “Jika seseorang menguasai ilmu dari Al-Quran, maka ilmu-ilmu dunia yang lain semuanya mudah bagi mereka”. Diceritakan juga kisah benar di sebuah pusat tahfiz berhampiran. Oleh kerana inginkan kecemerlangan dalam SPM, maka hafazannya dikurangkan. Akibatnya tidak seperti yang diharapkan, kecemerlangan dalam SPM, sebaliknya kedua-duanya iaitu hafazan dan SPM pelajarnya menurun. Tahun seterusnya, pihak sekolah memperhebatkan hafazan pelajarnya, dan Alhamdulillah keputusannya membanggakan baik dari segi hafazan dan juga SPM mereka.

Selain daripada itu, menariknya di MRSM ini banyak terdapat gegantung yang tertulis kata-kata hikmah dan motivasi. Contohnya adalah seperti di bawah ini.




Selain daripada itu, saya juga tertarik dengan lukisan yang dipaparkan. Lukisannya dilukis di atas kaca.


Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok




Kursus Joomla

Pada 5- 7 April telah berlangsung kursus Joomla di Bilik Multimedia Tingkat 4. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Warga kerja terpilih, terutama di bidang IT dan grafik. Setelah tamat kursus ini, kami semua di arahkan untuk menghasilkan portl baru bahagian dengan menggunakan Joomla.

Kursus Amalan Kaizen

Pada 10 -11 March 2011, saya telah menghadiri Kursus Amalan Kaizen yang diadakan di Hotel Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Kursus ini amat baik untuk meningkatkan kecekapan proses dalam kerja seharian di pejabat. Ringkasan mengenai kursus ini adalah seperti berikut :

OBJEKTIF

  • Melaksanakan Kaizen untuk meningkatkan kecekapan proses
  • Memahami Objektif proses dan bagaimana ia selaras dengan Kepuasan Pelanggan
  • Memahami jenis-jenis Pembaziran dan Punca-punca nya.
  • Memahami dan melaksanakan teknik-teknik Kaizen untuk penambahbaikan.

KANDUNGAN KURSUS

1. Memahami Proses

  • Proses Input: 4M+1E
  • Proses Output
  • Objektif Proses
  • Fakta QCDSM
  • Kepuasan Pelanggan

2. Pembaziran Proses

  • Masa Operasi sebenar
  • Jenis-jenis Pembaziran

3. Memahami Kaizen

  • Definisi
  • Konsep & Falsafah
  • Tanggungjawab untuk Kaizen- Pengurusan Atasan, Pengurusan Pertangahan, Penyelia dan Pekerja
  • Impak Kaizen
  • Genba Kaizen, Fokus Kaizen & Spot Kaizen

4. Teknik-teknik Kaizen yang popular

  • Amalan 5S
  • QCC/ICC
  • Kaji Kerja
  • Poka Yoke
  • Just-in-Time
  • TQM

5. Alat Penyelesaian Masalah yang popular:

  • 7 Alat QC
  • Gambarajah Sebab-akibat
  • Gambarajah Pareto
  • Carta dan Garf
  • Histogram
  • Gambarajah Sebaran
  • Stratifikasi
  • Kertas semak

6. Mengurangkan Pembaziran Proses melalui “Kaizen Mapping Process”

  • Merekabentuk ”Kaizen Process Map” melalui kertas semak
  • Isikan maklumat yang berkaitan
  • Senaraikan proses/aktiviti
  • Mengenalpasti setiap proses melalui simbol: Angkut, Lenggah, Operasi, Pemeriksa dan Simpanan Tetap
  • Mengenalpasti masa dan kos
  • Berikhtiar untuk menghapuskan kos daripada aktiviti yang tidak produktif

7. 4 Prinsip Penambahbaikan Proses: Prinsip ECRS

  • E – Hapuskan (Elimanation)
  • C – Gabungkan (Combine)
  • R – Susun Semula (Rearrange)
  • S – Menyenangkan (Simplify)

8. Perancangan untuk Perlaksanaan Kaizen

Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok



Syor letak MARA di bawah PM

Hari nih kami semua dapat Surat Khabar Utusan Malaysia secara percuma di Shangri-la Hotel. Dalam perjalanan balik dari Hotel ke MARA, saya terbaca satu artikel menarik mengenai MARA, dan saya sesungguhnya bersetuju 200% dengan apa yang dikatakan oleh penulis artikel ini.

 

 

 

Syor letak Mara di bawah PM

Oleh PROF. MADYA DR. ZA’FARAN HASSAN

“SEBUAH nama keramat lahir dari percikan amarah suatu bangsa yang mundur sosio-ekonominya, masih menadah tangan menjadi peminta di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka…” Demikianlah bait-bait puisi yang ditulis oleh Sasterawan Negara Datuk Dr. Usman Awang mengenai Majlis Amanah Rakyat atau lebih dikenali secara ringkasnya Mara.

Peranan Mara sejak pertengahan tahun 1960-an tidak boleh dinafikan. Tidak ada orang Melayu khususnya yang berada di luar bandar yang tidak kenal Mara. Sehingga wujud kenyataan Melayu adalah Mara dan Mara adalah Melayu.

Dari satu segi kenyataan ini, ada benarnya. Nama Mara wujud di hati orang Melayu. Dari sekecil-kecilnya seperti rumah Mara, bas Mara, arkib Mara, pinjaman Mara sehinggalah maktab, institut dan universiti. Sekalung tahniah kepada Mara yang telah mengambil inisiatif ini.

Pengalaman Mara dalam mempertingkatkan sosio-ekonomi bangsa Melayu tidak boleh dinafikan. Oleh itu, sebarang agenda berkaitan transformasi Melayu memerlukan penglibatan aktif Mara yang telah banyak membantu mengeluarkan profesional dan golongan menengah Melayu.

Kenapa dan mengapa? Negara kita sekarang sibuk memperkatakan tentang Pelan Transformasi Ekonomi dan Model Ekonomi Baru. Di samping itu, pada Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan unit Teraju sebagai peneraju perubahan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara.

Dari segi struktur, kedua-duanya iaitu Teraju dan Pemandu melapor terus kepada Perdana Menteri, manakala Mara pula hanya merupakan agensi penghantar (Delivery Agency) yang terletak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Persoalan yang timbul ialah bolehkah ‘Mara terus mara’ demi memperjuangkan agenda bangsa Melayu, jika ia tidak diberikan status (yang sama seperti Teraju dan Pemandu) sebagai badan yang wujud secara terus di bawah Perdana Menteri seperti zaman Allahyarham Tun Abdul Razak. Dengan demikian barulah agenda transformasi bangsa Melayu boleh diperjuangkan secara efektif dan efisien.

Birokrasi yang ada di Mara perlu dipermudahkan. Dengan cara ini, Mara lebih mudah membawa suara hati masyarakat Melayu desa ke pengetahuan pemimpin teratas. Dalam masa yang sama, Mara turut membawa dan mempermudahkan wawasan pemimpin kepada masyarakat Melayu.

Di samping itu, Mara perlu juga memperkasakan diri mereka sendiri. Ibarat kata pepatah Melayu, ‘kalau sayangkan padi, buanglah rumput’.

Sumber-sumber yang menghalang kelicinan pentadbiran perlulah diganti dengan sumber-sumber baru. Bangsa Melayu sekarang ini menghadapi begitu banyak cabaran. Kita hanya mempunyai sembilan tahun lagi untuk mencapai Wawasan 2020 dan saya yakin transformasi bangsa Melayu boleh berjaya jika Mara memainkan peranan penting dalam proses ini.

Pergerakan ‘Transformasi Bangsa Melayu’golongan profesional dan menengah Melayu (yang kebanyakannya lahir daripada bakti pendidikan Mara sendiri) sedang hebat mengatur satu pergerakan ‘Agenda Transformasi Melayu Muslim’.

Pergerakan ini terdiri daripada orang-orang Melayu yang hebat-hebat belaka iaitu golongan pensyarah, profesor, profesional, jurutera, peguam, ahli korporat, ustaz dan sebagainya.

Difahamkan pergerakan ini telahpun mengadakan wacana intelek untuk memupuk kesedaran tentang transformasi bangsa Melayu yang boleh membangunkan bangsa sendiri dengan semangat berganding bahu dan kesemuanya secara sukarela.

Pergerakan ini juga akan mengadakan wacana bertajuk Agenda Transformasi Melayu Muslim yang akan berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada 12 Mac ini. Wacana ini akan dihadiri oleh golongan profesional dan menengah Melayu Muslim.

Pergerakan ini telah mengambil inisiatif yang sangat baik dengan mengadakan perhimpunan ini. Penglibatan golongan profesional dan menengah Melayu Muslim diharap berupaya membantu merancakkan lagi agenda transformasi bangsa khususnya dalam menggerakkan program-program kesedaran kepada orang Melayu.

Perhimpunan ini akan membincangkan beberapa perkara penting. Antara lain mereka telah bersedia untuk mewujudkan sistem wakaf korporat. Dalam sistem ini, setiap orang Melayu yang cintakan bangsa dan agama mereka berpeluang menyumbang ke arah pembangunan negara. Dana yang terkumpul akan digunakan ke arah mewujudkan satu masyarakat yang aman, makmur dan sentosa. Setiap lapisan bangsa Melayu boleh membuat sumbangan/infak melalui iqra.com.my yang telah ditubuhkan.

Mudah-mudahan perhimpunan ini berupaya membantu kerajaan dalam menggerakkan agenda transformasi bangsa Melayu ke arah mewujudkan bangsa Melayu global yang maju seiring dengan bangsa lain di dunia tanpa mengharapkan bantuan kerajaan tetapi berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Sudah bertahun negara kita yang tercinta ini bebas dan merdeka daripada belenggu penjajah, namun sudahkah bangsa ini bebas daripada terpuruk ekonomi, politik, perundangan dan banyak lagi.

Keterpurukan bangsa Melayu kita ini bukan semata-mata disebabkan faktor ‘luaran’ atau luaran, contohnya pengaruh ekonomi global, politik, perundangan dan lain-lain. Tetapi tak kalah penting pengaruhnya adalah faktor ‘dalaman’. Faktor manusia bangsa Melayu itu sendiri. Apakah yang salah daripada manusia Melayu?

Jika benar, maka sikap tidak kisah ataupun ‘complacency‘ inilah yang amat membimbangkan daripada perspektif survival dan kemajuan pembangunan bangsa Melayu kita!

Apabila sebuah bangsa sudah lupa akan kekuatannya, maka kelemahannya adalah sasaran empuk bagi bangsa-bangsa yang menginginkan kita ini hancur.

Penulis ialah Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Universiti Teknologi Mara

Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok



Majlis Pelancaran Tutor iLMS

Hari ini, diadakan satu Majlis Pelancaran Tutor iLMS di Hotel Shangri-La Putrajaya oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia.  MARA  dan BPT sebagai badan yang terlibat dalam menyediakan bahan-bahan untuk student MRSM di dalam iLMS ini.  Majlis hari ini menyaksikan pertukaran MOU di antara Perfisio Solution (anak syarikat Utusan Malaysia) dengan MIMOS dan juga di antara MARA dan Perfisio Solution

2 orang rakan yang biasa saya menumpang kereta perlu bertugas manjadi penyelaras di Hotel berkenaan sejak semalam lagi.Saya bertolak dari rumah pukul 6.50 pagi kerana dijadualkan bas MARA akan bertolak ke Putrajaya selewat-lewatnya pukul 7.45 pagi. Mujur sempat. Ringkasan apa yang berlaku di Hotel dan ucapan TPM akan di kemaskini (akan di copy paste dari online paper esok). Cuma malam nih, jengok2 lah berita dalam TV manalah tau muka nih keluar ker, sebab tadi semua steseyn TV utama RTM, TV3 dan TV7 ada mengambil gambar penoton 🙂

____________________________________________________________________

46 MRSM guna program Tutor iLMS mulai 2012


Muhyiddin Yassin bersama (dari kiri) Ibrahim Ahmad, Fareed Abd. Ghani, Idris Jusoh, Fadillah Yusof, Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Suriah Abdul Rahman dan Abdul Wahab Abdullah pada majlis pelancaran Tutor iLMS di Putrajaya, semalam.

 


 

PUTRAJAYA 4 Mac – Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sebuah Institut Kemahiran Mara (IKM) dijadikan projek perintis bagi pelaksanaan program e-pembelajaran dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar Tutor (Tutor iLMS)

MRSM berkenaan adalah di Merbok, Kedah; Felda Trolak, Perak; Kota Putra, Besut, Terengganu dan Pekan, Pahang serta IKM Sungai Petani, Kedah.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh berkata, projek perintis itu dilaksanakan di lima pusat pembelajaran berkenaan sejak Ogos tahun lalu dan dijadual dilaksanakan di kesemua MRSM dan IKM mulai tahun depan.

“Kita beri tempoh enam bulan kepada pelajar untuk melihat keberkesanan pelaksanaan Tutor iLMS dan saya percaya ia dapat dilaksanakan menjelang tahun depan.

“Berdasarkan maklum balas, setakat ini kami dapati 92 peratus pelajar ingin menggunakan semula aplikasi berkenaan kerana ia mampu memendekkan tempoh pembelajaran,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Tutor iLMS di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Idris berkata, kebanyakan pelajar memberikan reaksi bahawa pembelajaran Tutor iLMS lebih menyeronokkan, selain tidak terikat dengan pembelajaran dalam waktu sekolah

Menurutnya lagi, selepas projek perintis itu dilaksanakan, aplikasi tersebut akan digunakan di 46 buah MRSM seluruh negara.

Tutor iLMS yang dibangunkan oleh MIMOS Bhd. (MIMOS) adalah aplikasi perisian pembelajaran pintar yang mampu menyediakan kaedah pembelajaran lebih berkesan kepada seseorang pelajar berdasarkan profil dan personaliti sebenar mereka serta kaedah lebih mudah difahami melalui elemen multimedia terkini.

Pada majlis sama, Muhyiddin turut menyaksikan pertukaran dokumen Perjanjian Pelesenan antara MIMOS dan Perfisio Solutions serta pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara Mara dan MIMOS.

Melalui perjanjian itu, Mara bertanggungjawab memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan isi kandungan Tutor iLMS manakala Perfisio Solutions adalah ejen pemasarannya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, Tutor iLMS berkemampuan melebarkan teknik pembelajaran melalui nota dalam talian dan soalan latih tubi.

Beliau menambah, ia menawarkan satu lagi pengalaman baru dalam bidang pembelajaran yang lebih menyeronokkan selaras dengan kemampuan dan kecenderungan minat seseorang pelajar.

“Projek Tutor iLMS merupakan satu lagi inovasi dalam cabang perniagaan online Kumpulan Utusan melalui bidang e-pembelajaran.

“Kumpulan Utusan telah berkecimpung dalam e-pembelajaran sejak 2001 melalui Portal Pendidikan Utusan manakala Perfisio Solutions berpengalaman menerajui Tutor Online sejak 2007,” katanya.

Beliau menambah, projek Tutor iLMS signifikan buat Kumpulan Utusan kerana buat pertama kali berpeluang bekerjasama dengan MIMOS yang membangunkan teknologi itu dan Mara dalam usaha meningkatkan mutu dan taraf pembelajaran di negara ini.

Katanya, komponen-komponen pembelajaran yang ditawarkan oleh Kumpulan Utusan melalui sisipan Pendidikan Utusan Malaysia, Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), e-Lab serta Portal Pendidikan Utusan, tutor.com.my telah banyak membantu para pelajar dan guru meningkatkan tahap pencapaian dalam pelajaran dan menjadi bahan rujukan.

Lagi..mengenai iLMS

1. Tutor iLMS kaedah pembelajaran masa depan

2. Program e-Pembelajaran bantu pelajar

3.Guna teknologi tempatan – TPM

Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok



Family day

Pada 18 -19 Dis 2010 yang lalu telah berlangsung Family Day di Marina Cove Resort Lumut Perak. Selama ini memang kami tidak pernah terkecuali dari menghadirinya dgn matlamat untuk berkenal-kenalan dengan ahli keluarga semua staf. Selama ini matlamat berkenaan cuma ‘teori‘ sahaja dalam fikiranku. Hinggalah bila 2 orang sahabatku dijemput menemui Ilahi tahun ini, suami masing-masing datang ke pejabat untuk pelbagai urusan, barulah aku sedar betapa perlunya suamiku mengenali kawan-kawan dipejabatku, just in case something happend to me.

Kami memilih untuk naik bas kerana :

  1. Memenuhi permintaan si kecil yang tidak pernah naik bas.
  2. Untuk menjimatkan kos minyak dan tol.
  3. Untuk menjimatkan tenaga, dimana tak perlu penat mémandu, sebaliknya boleh tidur sahaja.
  4. Yakin dengan keselamatanan kerana mengunakan bas syarikat dimana pemandunya dibayar gaji bulanan, tidak seperti bas express yang mana pemandunya mengejar trip untuk mendapatkan lebih pendapatan.

Pandangan peribadi saya, berdasarnya semua family day yang pernah dihadiri, inilah kali pertama penganjuran yang paling berjaya dengan sempurna. Dari segi pendaftaran, door gift,  sukaneka, agenda, makan malam dan juga hadiah cabutan bertuah. Memang pernah terdetik dihati alangkah seronoknya jika mendapat hadiah utama, pakej umrah 12 hari 10 malam, namun bila memikirkan tentang kesakitan pinggang ini, dan masalah yang bakal dihadapi jika pergi bersama suami dan anak, ataupun jika meninggalkan mereka, maka saya berdoa semua dikurniakan hadiah cabutan bertuah yang terbaik.  Akhirnya dapatlah saya 2 helai sejadah.  Untuk acara sukaneka ‘sambutlah sayang’ pula kami mendapat set pinggan mangkuk.  Manakala Adam pula mendapat hadiah buku model rumah sebagai hadiah saguhati untuk Pertandiangan Anakku Comel yang temakan Hawaii

Harini dipejabat masih ramai yang memuji kepetahan Adam.  Malah ada yang memberitahu semasa Adam menyanyikan lagu ‘Terima Kasih Wahai Tuhan’ ada dikalanan kawan-kawan yang terasa dengan lirik lagu berkenaan. Lagunya benar2 menginsafkan sebab orang dewasapun kadang terlupa untuk mengucap syukur kepada Allah.

Saya telah memberitahu kepada camaremen untuk mendapatkan copy slot masa Adam di atas stage utk diletakkan dalam blognya.

Gambar




Peruntukan perubatan *burst*

Hari nih saya mendapat surat daripada Pengarah Bahagian, meminta untuk mengisytiharkan masalah kesihatan. Ini kerana peruntukan perubatan MARA saya telah burst. Peruntukan untuk kami sekeluarga adalah sebanyak rm850 iaitu Rm300 untuk saya, RM300 untuk suami dan Rm250 untuk Adam.

Melihat kepada lampiran yang disertakan, sebanyak Rm292 adalah bil untuk tahun 2009. Manakala bakinya adalah adalah untuk saya dan Adam. Ini adalah kami pertama peruntukan MARA untuk saya burst. Selama ini, kami sering menggunakan peruntukan perubatan Heitech untuk perubatan saya dan juga Adam.

Namun, oleh kerana awal tahun saya telahpun menghabiskan semua peruntukan GP/SP untuk saya dah Adam, sebanyak Rm3000 setahun untuk rawatan Lumber Disc Prolapse saya, maka tiada lagi peruntukan Heitech yang boleh digunakan.

Ini sebagai bukti bahawa tahun 2010 kami benar-benar diuji.  5x rumah kami pecah masuk, notebook dan barang-barang berharga hilang, kereta dibawa orang berjalan-jalan diwaktu malam. Adam dan ayah sama-sama pernah di masukkan ke ward di Hospital Pakar Damansara, disebabkan oleh demam panas dan juga paras asid urik yang melampau.

Walau bagaimanapun, sakit belakang ini masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Awal tahun depan, apabila peruntukan perubatan ini diberikan semula, saya bercadang untuk membuat rawatan suntikan Radiofrequensi untuk sakit belakang ini. Dari seorang rakan dimaklumkan bahawa ada pakar untuk rawatan berkenaan di Hospital Ampang Puteri. Untuk kali ini, kami akan lebih berhati-hati untuk menggunakan peruntukan perubatan dengan sebaiknya. Yang utama adalah perlu admited terlebih dahulu, di Heitech, peruntukan untuk rawatan di GP/SP berasingan daripada peruntukan untuk rawatan di ward.

Apapun, kami bersyukur sangat, kerana rawatan perubatan kami di tanggung oleh majikan. Ringkasnya peruntukan perubatan kami adalah seperti berikut :

  1. RM850 – oleh MARA utk kami sekeluarga pergi ke GP. SP tidak ditanggung. Manakala untuk hospital disarankan mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan
  2. RM3000 untuk GP/SP untuk saya dan Adam
  3. RM30,000 untuk Hospitalization saya dan Adam
  4.  Tiada had untuk GP/SP atau Hospitalization untuk suami

Ramai orang sering mengejar gaji yang tinggi, tetapi terlupa faedah-faedah lain yang syarikat beri. Walaupun gaji kami tidaklah tinggi mana, namun Syukurlah , kami mendapat faedah perubatan yang boleh dikatakan terbaik. Alhamdulillah




Farewell Timbalan Pengarah

Tanpa diduga, saya diarahkan untuk mengetuai majlis perpisahan untuk Timbalan Pengarah untuk unit e-learding. Buat kali pertama saya diamanahkan dengan tugas seberat ini, apatah lagi saya masih terlalu baru di Bahagian ini. Masih banyak budaya kerja dan sikap yang perlu saya pelajari.

Mujur saya mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua rakan-rakan dalam unit ini. Duit yang dikutip dari setiap ahli cuma mampu untuk membeli makanan utama, iaitu Nasi Arab dari Restaurent Saba’ di Setiawangsa dan juga membeli cenderahati sebagai kenang-kenangan dari unit ini. Namun tampa diduga, dipagi itu, tiba-tiba muncul pelbagai makanan dan minuman yang ditaja oleh ahli sendiri. Antaranya adalah cupcake, kek lapis Sarawak, puding, buah epal, salad, sate kajang Hj Samhuri dan tidak lupa juga rojak buah yang disediakan khas oleh isteri en Hashim. Tetamu jemputan yang merupakan vendor pula datang dengan membawa 2 biji kek dari Secret Recipies.

Pelbagai cabaran yang dihadapi dalam mengendalikan majlis ini, pertamanya untuk mendapatkan tarikh yang sesuai dimana semua orang boleh menghadiri dan keduanya adalah untuk mendapatkan tempat yang sesuai. Namun alhamdulillah diperingkat akhir semuanya berjalan lancar dan inilah hasilkan.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan menjayakan majlis.

Bagaimana hendak faham bos dan membina hubungan yang baik.

Gambar sekadar hiasan sahaja

Hari ini, buat pertama kalinya saya mengikuti program kelompok perbincangan (group counseling) anjuran Unit Kaunseling BSM. Tajuk perbincangan adalah Bagaimana hendak faham bos dan membina hubungan yang baik. Seramai 8 orang peserta telah hadir dalam perbincangan berkenaan yang diketuai oleh seorang kaunselor yang telah berkhidmat dengan MARA selama 24 tahun.  Antara initipati perbincangan adalah:

  1. Kita sebagai seorang individu adalah unik, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan, begitu juga dengan bos kita.
  2. Kita perlu sedar kelebihan dan kita cuba tonjolkan kelebihan kita terutamanya kepada bos kita.
  3. Perkara utama untuk menjamin kelancaran dalam tugas seharian adalah mendapat kepercayaan bos.
  4. Untuk mendapat kepercayaan perlulah melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin disamping mempunyai ‘communication skill’ yang baik.
  5. Memang beruntung bagi pekerja yang mendapat bos yang memahami diri dan kebajikan pekerja, tetapi bagi yang mendapat sebaliknya kita perlulah juga mengambil hati bos.
  6. Dengan memohon bertukar atau menukarkan bos ke bahagian lain tidak akan menyelesaikan masalah kerana masalah yang lebih kurang sama akan di hadapi walau di mana pun jua.
  7. Salah satu tip untuk menghadapi karenah bos yang cerewet adalah dengan adanya hitam putih atau bukti bertulis. Misalnya jika bos mengatakan ejaan dalam laporan kita salah, kita boleh tunjukkan kamus untuk membuktikan bahawa kita dipihak yang benar.
  8. Sekiranya kita perlu berhubung ataupun mendapat khidmat dari individu di bahagian lain, selain dari berhubung melalui telepon, perlu disusuli dengan e-mail yang di cc kepada bos kita, untuk membuktikan bahawa kita telah membuat kerja, dan jenis maklumat yang kita minta adalah benar sepertimana yang bos kehendaki.
  9. Bukanlah perkara yang mustahil bos berat sebelah atau ada pekerja kegemarannya. Andainya kita bukan pekerja kegemaran atau tidak dipandang bos, kitalah yang perlu menonjolkan diri, misalnya menawarkan perkhidmatan kepada bos.  Sekali lagi ‘communication skill’ cukup penting disini.
  10. Kauselor mengatakan bahawa ‘job satisfaction’ adalah penting. Jika tiada ‘job satisfaction’ bekerja di sini, apatah lagi dengan gaji yang murah berbanding swasta, masih belum terlewat untuk melangkah keluar untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Saya berkongsi 2 perkara penting semasa sesi berkenaan. Pertamanya adalah semasa Adam masih terlalu kecil dan tidak sihat, saya perlu outstation ke Johor dan Melaka. Ini berpunca dari bos yang kurang memahami dan kurang prihatin masalah staff dan yang ada garis sempadan yang jelas antara tugas dipejabat dan masalah keluarga.

Keduanya adalah pengalaman kerja. Semasa saya bekerja di UIA dengan gaji yang sedikit, saya sering di ejek/diperlekeh oleh kawan-kawan yang sama belajar bahawa bekerja di swasta gajinya jauh lebih lumayan. Masa tuh kerana pentingkan RM maka saya pun berhenti.  Dari Time Telekom, BMI hinggalah ke MRCB Multimedia Consortium Sdn Bhd (MMCSB). Memang saya mendapat ‘Job Satisfaction’ sepenuhnya semasa di MMCSB, dengan gaji yang 2 kali ganda apa yang saya dapat sekarang. Namun apabila bidang tugas saya tidak lagi diperlukan, maka kontract saya di tamatkan.  Syukur Alhamdulillah, genap 2 minggu saya menjadi penganggur terhormat,  saya mendapat tawaran bekerja di MARA.  Oleh itu cuma sebulan sahaja saya tidak bekerja di mana bermula 1/11/2004 saya memulakan perkhidmatan saya sebagai staff  MARA, yang akan genap 6 tahun tidak lama lagi.

Memang, jika dikira gaji yang diperolehi adalah separuh daripada apa yang diperolehi semasa di MMCSB dahulu. Namun bebanan tugas dan tekanan yang dirasakan juga kurang separuh. Semakin usia kita(or saya) meningkat, keutamaan dalam hidup kita juga berbeza. 13 tahun yang lalu RM adalah matlamat utama saya, namun kini, keluarga adalah segala-galanya bagi saya.

Bagan Lalang

25/12/2009

Hari khamis lepas pejabatku mengadakan makan malam untuk Unit, di Bagan Lalang.

Antara agendanya adalah :

  • Meraikan besday boys girls
  • Exchange gift
  • Lucky draw
  • Games

Bagi orang lain, selepas habis agenda, semua orang pulang ke sarang masing-masing. Kami pula telah menyewa Chalet Persatuan Nelayan Kawasan Sepang untuk bermalam. Harga yang ditawarkan adalah RM90 untuk weekday dan RM110 untuk weekend dan public holiday.

Dari segi tempat penginapan, yang mengadap terus ke laut, rasanya inilah tempat yang terbaik, berbanding tempat lain seperti Hotel Seri Malaysia ataupun Pusat Latihan LKIM.

Walau bagaimanapun, dari segi tempat makan seafood, suasana dan rasa, jika diberi pilihan atau markah, jawapan saya adalah:

  1. Muara Ikan Bakar, Tangjung Harapan, Pelabuhan Kelang
  2. Medan Ikan Bakar, Umbai, Melaka
  3. Bagan Lalang.

Yang dibawah ini adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan.

Penceramah dan facilitator Kursus HRMIS -Modul Perisytiharan Harta

Pada 21/7, 22/7, 28/7 dan 29/7 telah di adakan Kursus HRMIS- Modul Peristiharan Harta di Bilik Latihan MIS tingkat 6. 3 Hari yang pertama aku bertindak sebagai facilitator sahaja, namun pada petang 29/7 aku terpaksa mengajar kerana trainer yang sepatutnya ada interview untuk kenaikan pangkat.

Seterusnya pula untuk bulan Ogos, training dijalankan pada 4, 5,6, 18 dan juga 19 hb. Pada 4/8 sekali lagi aku kena menjadi penceramah. Kali ini sepanjang hari. Cuak jugak aku, apatah lagi diwaktu pagi server latihan ada bermacam-macam masalah.

Komen utama dari Juri awam yang bukan profesional, kata-kata aku kurang tegas dan meyakinkan,
dan aku gagal menyembunyikan kerisauan aku. Perlukan banyak latihan lagi.
Yang utama aku gagal mempraktikkan apa yang telah dipelajari masa kursus Pengucapan Awam,
iaitu mengeluarkan suara dari perut dan bukan dari kerongkong.

My besday celeberation

Pagi tadi, cawangan buat jamuan pot-luck untuk menyambut Ramadhan. Jamuan utama nasi lemak, nasi impit dan juga sandwich.

Petang pula adalah sambutan Unit HRMIS untuk staff yang lahir bulan 7 dan juga majlis perpisahan untuk staff yang dapat tetap dan akan bertukar ke MRSM Gemencheh.

Inilah dia gambar yang diambil sepanjang hari ini

Birthday dan Fareware Lunch At Tuttie Frutie, Maju Junction

Hari Rabu, 10 Jun diadakan satu Jamuan Untuk Unit HRMIS.
Tujuan Utama adalah majlis perpisahan kepada Otai HRMIS, yang akan berpindah ke MIS di Tingkat 7. Dah 5 tahun dia di Unit ini, tibalah masa untuk bertukar angin pula.
Selain daripada itu, jamuan juga untuk meraikan 2 orang staff yang menyambut besday pada bulan Jun ini.

So ini lah kami, seramai 17 orang: