Rindukan tangisan baby?

Anda telah lama berkahwin, tetapi belum menimang cahayamata? Pasti pilu terasa bila melihat kawan-kawan lain yang inai masih merah dijari, namun dari bisik-bisik kawan bahawa ‘si dia telah berisi’. Paling sakit hati bila ada orang yang yang terlupa ‘Qadha dan Qadar’ dengan bertanya soalan yang menyakitkan hati.

Pernah sekali masa balik kampung saya terpaksa mengeluarkan ayat laser dengan bahasa yang paling lembut ‘ Makcik.., bukan kehendak saya.. saya tak dapat anak;  kalau boleh saya nak 10 orang anak… tapi saya tak der kuasa makcik.. kalau Allah tak izinkan saya untuk mempunyai anak sendiri.. apa lagi yang mampu saya lakukan?”.

Jika anda dalam situasi saya, apa yang anda lakukan? Apa pula usaha yang telah saya lakukan?.(boleh rujuk sini)
1. Kami berkahwin awal tahun 2001.
2. Awal 2003 – pertengahan 2004, mendapat rawatan HSG dan IUI dari Klinik Dr Hamid Arsat.
3. Oct 2005, diserang Apendix. Menjalani pembedahan di Damansara Specialist Hospital. Semasa pembedahan, Dr menemui banyak cyst didalam perut.
4. Jan 2006 – Mei 2007 – disahkan mengidap endometrosis oleh doktor di HUKM. Menjalani rawatan, membuat IVF, sempat mengandung 5 minggu sebelum keguguran. Yang utama RM12 ribu lebih terbang melayang, namun hasilnya cukup memeritkan hati dan perasaan. 2 bulan kami suami isteri hidup dlm kesedihan dan saya sentiasa berlinang air mata.
5. Julai 2007.. Adam Harith muncul dlm hidup kami, membolehkan saya bergelar ummi/ibu dan suami menjadi ayah. Dari mana datangnya? Jawapan mudah..Anak adalah anugerah dari Allah
6. Kini Adam Harith telah menjadi seorang yang kanak2 yang cukup bijak kebanggan ibu dan ayah. Perjalanan hidupnya sejak hari pertama dia hadir dalam hidup kami boleh diikuti di sini.

Jika anda mengalami masalah seperti saya, apakah yang akan anda lakukan? Mengikuti semua liku2 kehidupan yang telah saya lalui?. Awal tahun ini tajuk di akhbar utama benar2 menyentuh hati saya. Kasihan si suami, duit dah banyak habis, anak yang diidam tidak kunjung tiba, malah nyawa isteri pun turut hilang juga.

Atau Mungkin anda boleh mencuba Set Hamil DCL.

Keratan akhbar berita harian pada 01/01/2011

Wanita jalani rawatan IVF maut
Oleh Khairulmizan Yahya
bhnews@bharian.com.my
2011/01/01

TAN  bersama ahli keluarga memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lui Gah Chieng (gambar kecil) di   Pekan,  semalam. 

TAN bersama ahli keluarga memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lui Gah Chieng (gambar kecil) di Pekan, semalam.

Perut mangsa semakin membengkak, koma selepas lakukan pembedahan

PEKAN: Kegembiraan sepasang suami isteri untuk mendapatkan bayi melalui rawatan Persenyawaan Luar Rahim (IVF) bertukar mimpi ngeri apabila wanita terbabit meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, Rabu lalu.

Lui Gah Chieng, 34, disahkan meninggal dunia di wad HTAA kira-kira jam 2 petang, selepas hampir tiga minggu menanggung kesakitan yang didakwa berpunca daripada rawatan IVF sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

Suaminya, Tan Yang Long, 39, berkata, beliau amat sedih apabila bukan saja harapannya untuk mendapatkan cahaya mata tidak kesampaian tetapi turut kehilangan isteri tercinta yang dikahwininya enam tahun lalu.

“Walaupun sudah lama berkahwin, kami tidak dikurniakan anak, lalu mendorong kami untuk mencuba rawatan berkenaan,” katanya yang tidak mampu menahan sebak selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang isterinya, semalam.

Katanya, sebelum melakukan rawatan itu, mereka pernah menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta di ibu negara dan disahkan sihat sepenuhnya serta tidak mempunyai sebarang penyakit.

“Malah doktor yang membuat pemeriksaan kepada kami itu turut memberi galakan supaya melakukan rawatan berkenaan dan dengan perasaan teruja kami nekad melakukannya di HTAA di sini.
“Proses rawatan berkenaan bermula 26 Oktober lalu dan segala-galanya berjalan lancar, malah isteri kelihatan gembira apabila harapan kami mendapatkan anak bakal tercapai,” katanya.

Bagaimanapun, Tan berkata, pada 15 Disember lalu, isterinya mula mengadu sakit terutama pada bahagian perut dan keadaannya semakin tenat malah perutnya juga semakin membengkak.

“Perutnya membengkak sehingga ukuran asal pinggangnya 63.5 sentimeter (25 inci) membesar kepada 88.9 sentimeter (35 inci) malah berat badannya juga naik mendadak sebanyak 15 kilogram sehingga dia terpaksa menjalani pembedahan.

“Pembedahan dijalankan pada 25 Disember lalu bagaimanapun tidak memulihkan keadaannya sebaliknya mendiang semakin tenat dan berada dalam koma sebelum disahkan meninggal dunia.

“Pihak hospital memaklumkan kepada kami bahawa mendiang meninggal dunia akibat organ utamanya gagal berfungsi dan alasan terbabit sukar diterima memandangkan keadaannya sihat sebelum menjalani rawatan IVF,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan menegaskan akan menyiasat punca utama kematian mangsa.

“Saya sudah menerima laporan awal daripada hospital berkenaan mengenai kematian mangsa yang dikatakan mengalami komplikasi terhadap rawatan yang dijalankan ke atasnya.

“Mendiang yang mengadu sakit di bahagian abdomen ditahan di wad ketika dibawa ke HTAA pada 15 Disember lalu untuk menjalani rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, keadaannya yang semakin teruk menyebabkan mendiang perlu menjalani pembedahan yang agak rumit dan mengalami pendarahan teruk sepanjang pembedahan dijalankan.

“Keadaan diri mendiang semakin teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas tidak sedarkan diri dan meninggal dunia selepas semua organ utamanya gagal berfungsi.

“Siasatan awal mengesan komplikasi yang berlaku mendapati mendiang menghidap ovarian hyperstimulation syndrome dan siasatan mengenainya dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya,” katanya.

5 Replies to “Rindukan tangisan baby?”

  1. Saya pun dah nikah. Bulan 3 ni genap 2 tahun. Saya masih tiada anak.kakak saya nikah sama dengan saya dah mengandung 5 bulan. Kami tumpang gembira…. baru-baru ni abang saya dapat anak lelaki sulung. Kami pun tumpang bahagia. tapi dalam hati amat sedih kerana tak mampu lagi nak beri anak kat suami. Saya sibuk dengan temujanji ayah saya sebab tu tiada masa nak cek dan jalani rawatan kesuburan. Setakat ni, kami hanya mampu berdoa sahaja. Semoga Allah mendegar doa kami. Amen.

  2. Baru 2 tahun, masih konsider baru lagi. Yer saya faham sebab bulan 3 ini juga genap 10 tahun perkahwinan kami. Apa kata kalau puan cuba set hamil DCL seperti yang saya cadangkan. Sebab puan pun belum pernah pergi berjumpa doktor pakar, mungkin puan tiada sebarang masalah yang kronik seperti yang saya alami. Berdasarkan 3 testimonial yang saya masukkan, saya rasa bukanlah mustahul kalau puan menjadi orang yang ke-empat.

    Boleh baca dulu semua product yang saya syorkan. Sebab saya memang mengamalkan semua product berkenaan, terutamanya bidadari. Memang setakat ini suami saya cukup puas hati dengan keberkesanannya. Kenapa suami yer? *ehem ehem ehem* tuh kena fikir jauh sikit yer.

    Kalau berminat nak beli mana2 product boleh hubungi saya. Selepas wang di tranfer kedalam akaun saya, jika sebelum pukul 2 petang, insya-Allah esok hari dah boleh dapat barang.

  3. salam kak,

    pengalaman sy sama mcm akak,sy pun buat ivf dan dr kata ade kemungkinan kembar 3 berdasarkan ujian hormon sy yg tinggi…sy pernah mencuba produk bidadari smpai 3 botol tapi tak ada kesan nya pd sy…

    masalah sy, sy ader pcos dn berat badan terlebih..harap akak dpt lah berkongsi pendapat dgn sy…kerana sy ingat nak mencuba buat ivf utk kali ke 2 ujung tahun ini…

  4. Tahniah, kerana masih ada kesanggupan dan kewangan untuk membuat IVF sekali lagi. Bagi saya, kekecewaan saya kehilangan 3 baby dalam kandungan tidak mampu saya hadapi sekali lagi.

    Saya tidak tahu sangat tentang PCOS nih, seeloknya puan berbincang dengan doktor.

    Bagi saya kehadiran Adam Harith kira2 2 bulan selepas saya keguguran benar-benar mengubat kekecewaan saya. Kini telah hampir 4 tahun umurnya. Boleh rujuk kisah hariannya di http://Adamharith.teratakrindu.net. Dgn adanya blog ini, ibu dan keluarga kandungnya tidak terlepas dari mengikuti perkembangannya setiap waktu

  5. Salam Darina,

    Sy pernah kene PCOS jugak dpt tau 2008..dan sy jalani laparoscopic…2009 sy buat IUI, gagal..2010 sy kene pulak endometriosis..sekali lg sy jalani laparoscopic..
    berdasarkan rawatan sy ttg pcos tu, tak semua org overweight kene..sy yg tak overweight pon hidapi..zaman skrg mmg penyakit mcm tu sgt common..darina, jalani tak operation laparoscopic utk buang pcos tu?
    2011, 29.4 sy baru je jalani IVF..nnti Darina boleh refer kat komen sy yg bwh enrty ummiadam ‘IVF’ ..mungkin dari situ kite boleh share something…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.