Ada kalanya saya semacam hampir-hampir berputus asa dengan kesakitan pinggang ini. Sekali fikir mahu jer saya menjalani pembedahan untuk mengubati kesakitan yang tidak mampu ditanggung lagi. Mujur ada iman senipis kulit bawang. Saya sedar sakit itu ujian dari Allah. Maka kepadanya saya akan kembali.
Setiap kali rukuk semasa solat memang terlalu sakit, terutama untuk solat subuh. Selalu juga saya ‘kalah’ hingga terpaksa bersolat duduk. Namun hati saya berat mengatakan bahawa pembedahan dan ubat bukanlah satu-satunya kaedah rawatan untuk penyembuhan.
Carian saya di google menemukan saya dengan laman web ini
http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/1816/25/solat/islam/um-sakit-pinggang–kaedah-rawatan-melalui-prinsip-pemulihan-sert.html. Di kedai buku yang hampir dengan pejabat dimaklumkan bahawa buku berkenaan tiada dalam simpanan. Memikirkan masa yang terhad untuk mencari dikedai lain, kami menggunakan sepenuhnya kemudahan pembelian online dari laman web ini.
Saya cuma sempat membelek sepintas lalu buku berkenaan. Diharapkan buku ini mampu membantu dalam proses penyembuhan sakit pinggang yang telah hampir setahun dideritai ini. Amin ya Rabbal Alamin