Hari ni, kali ke 5 aku menjalani rawatan fisioterapi.
Kali pertama dan ke 2 tengahari, kira-kira pukul 11.30 tengahri. Kali ke 3 dan ke 4 pula adalah petang pukul 3.30, lepas tuh aku terus balik. Kali ke 5 dan juga ke 6 nanti adalah pagi, pukul 8.30 pagi.
Setakat ini boleh dikatakan 2x seminggu aku menjalani rasatan berkenaan. Kira-kira sejam untuk setiap kali rawatan Setaip kali, apa yang lakukan adalah tulang belakangku ditarik untuk diregangkan, menggunakan mesin. Lepas kira-kira 20 minit, aku akan diberikan mesin untuk menahan sakit. Lepas tuh pula, ditempat yang sakit akan diletakkan ais, kira-kira 20 minit lagi..
5 tahun yang lalu pun aku pernah sakit pinggang. Pasal rawatan dan doktor pakar aku dah tulis. Sekarang mengenai fisioterapi. Sesi cuma diadakan disebelah pagi sahaja. 1x setiap minggu dan biasanya sesi aku pukul 10.30 pagi. Waktu itu, bermaksa separuh hari waktu kerja aku dan suami ‘burn’ untuk sesi ini, berbanding sekarang cuma kira2 2 jam sahaja masa aku yang hilang.
Perbezaan kekerapan, bilangan staff yang merawat dan pilihan waktu yang fleksible menyebabkan makin ramai orang yang memilih Hospital Swasta berbanding kerajaan, kecuali orang yang benar-benar tidak mampu, terpaksalah memilih hospital kerajaan.
Cuma aku terfikir, sampai bilakah perkara ini akan berterusan? Kekurangan Doktor Dijangka Diatasi Lima Tahun Lagi (Utusan Malaysia 18/2/2010) http://asraffruslan.blogspot.com/2010/02/kekurangan-doktor-dijangka-diatasi-lima.html Kekurangan 60 peratus doktor di hospital dan klinik-klinik kerajaan di seluruh negara dijangka dapat diatasi dalam tempoh lima tahun apabila lebih ramai siswazah dalam jurusan perubatan mula dikeluarkan universiti tempatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi mengatasi kekurangan itu, Kementerian Kesihatan melalui strategi jangka pendek menawarkan kepada doktor swasta untuk berkhidmat di hospital dan klinik kerajaan secara kontrak.
“Kekurangan doktor terbabit termasuk doktor pakar itu ketika ini bagaimanapun tidaklah menjejaskan perkhidmatan di hospital atau klinik kerajaan.
“Kerajaan yakin kekurangan tersebut akan dapat diatasi apabila 15 universiti di negara ini yang mengadakan jurusan itu dapat mengeluarkan sekurang-kurangnya 3,000 siswazah kedoktoran mulai tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat hospital Jerantut, di sini, hari ini. Katanya, kerajaan juga sentiasa berusaha mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan terutama bagi rakyat di kawasan luar bandar dengan membina lebih banyak pusat kesihatan, selain menaik taraf pusat kesihatan sedia ada. – Bernama