CUTE Tutorial 1

Hari sabtu, aku menghadiri kelas yang dinamakan CUTE tutorial di Bangunan Public Bank Jalan Sultan Sulaiman. CUTE bermaksud Computerized Unit Trust Examination. Dalam erti kata yang lain, semua slide yang penceramah berikan adalah ringkasan yang buku yang perlu dibaca dan difahami sebelum mengambil peperiksaan berkenaan. Untuk aku, tarikh yang dijadualkan untuk exam adalah pada 16/1/2009.

Pada peringkat awal kelas, bila diterangkan tentang konsep jenis dan benefit, memanglah aku seronok. Cuma bila masuk bab formula, aku dah mula mengelabah. Kena pula aku cuma mambawa calculator biasa, tidak dimaklumkan untuk membawa Saintific Calculator.

Akibatnya semua contoh soalan2 yang lepas yang mengandungi pengiraan, aku gagal membuatnya. Nampaknya lepas nih kena berguru dengan adik ipar, yang merupakan Graduan Sains Aktuari dari UITM.

Maklumat lanjut tentang apa yang telah aku pelajari boleh dirujuki di Federation of Investment Managers Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.