Happy 10th anniversary

14/6/2009 – genap 10 tahun dari tarikh pertama kali aku blind date dgn seorang lelaki. Aku baru mengenalinya seminggu di alam maya, chatting specifically. Haritu aku tension sangat sebab masalah dipejabat. Dia pun tension sebab kunci kereta Tiara nya hilang. Dah separuh hari di bengkel kereta. Hingga tercetus satu idea, ‘since kita sama2 tensen, apa kata kita dinner berdua malam nih’. Macam tak percaya tapi OK jer.

Kata sepakat di ambil, kami akan bertemu di Stesyen LRT Cempaka, di Pandan Indah, tak jauh dari pejabatku. Dan aku akan menjemputnya di sana dengan kereta kancilku.

Masuk2 jer dalam keretaku, perkataan pertama yang diucapkan, “Surau kat mana yer, saya belum solat asar lagi nih”. So aku pun membawa ke surau seperti permintaannya. Lepas solat asar, kami makan malam, kemudian solat maghrib. Lepas itu kami terus berbual tentang perjalanan hidup, kisah duka masing2 hingga hampir pukul 10 malam, bila dia ingin pulang naik LRT semula.

Lepas berpisah, sepanjang perjalanan aku pulang kerumah hatiku berkata-kata, ‘INILAH LELAKI YANG KUNANTI DAN KUCARI SELAMA INI “. Cinta berputik dipertemuan pertama.

Bermula dari pertemuan pertama, setiap malam pastinya kami bergayut di telepon 2 hingga 3 jam. Setiap pukul 8 pagi pastinya aku mendapat sms yang berbunyi ‘Senyumlah, senyumlah seindah warna pelangi, seceria mentari pagi, kerana senyumanmu itulah yang akan mewarnai kehidupan ini. Setiap pagi without fail.

Genap 2 minggu, aku dengar dia pulang ke Johor bersama ibu dan adik-adiknya. Balik jer dari kampung, beriya-iya benar dia nak jumpa aku. Lepas makan malam dan dia menyerahkan sepasang kasut ‘Cinderella’. Kasut yang dibeli di Pekan Ayer Itam yg cukup terkenal dengan barangan tembikarnya.

Bersama-sama dengan hadiah tuh, diiringi dengan ucapan “Saya nih orang susah, dah biasa hidup susah. Kalau boleh saya nak meneruskan hidup ini dengan awak. Susah kita sama susah, Senang kita sama senang. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak membuat hidup awak susah. Saya nak awak fikir sedalam-dalamnya. Saya tak nak awak menyesal hidup dengan saya. Tetapi sayalah yang akan menyesal kalau saya tak menyatakannya pada awak sekarang”.

Apa yang mampuku katakan. Terdiam, terkedu dan dengan linangan air mata aku pun berkata “kecik tapak tangan, nyiru ku tadahkan”.

Maka setelah 2 minggu rasmilah kami berdua sebagai kekasih. Beberapa minggu lepas itu, pawagam menyiarkan cerita Runaway Bride, lakunan Julia Robert dan Richard Gere. Entah kenapa aku begitu ingin sekali melihatnya. Kesian dia, ku paksa melihat filem romantis. Hinggalah satu babak bila Richard Gere melafazkan kepada Julia Robert. Point yang Julia dengar sama dengan apa yang aku dengar, cuma dia melafaskannya dalam bahasa Melayu dan Richard Gere dalam bahasa omputih.

Dipendekkan cerita 8 bulan lepas itu, 4/2/2000, kami bertunang. Setahun kemudian, pada 31/3/2001 kami sah menjadi suami isteri. Pada 31/3/2004, semperna ulang tahun ke 3, kami membeli kereta ke 3, dengan no plat 3103.

Walaupun kami tiada zuriat sendiri, kehadiran Adam melengkapkan rumahtangga kami. Semoga rumahtangga ini berkekalan buat selama-lamanya.

One Reply to “Happy 10th anniversary”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.