Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta

Hari ni, kali ke 5 aku menjalani rawatan fisioterapi.

Kali pertama dan ke 2 tengahari, kira-kira pukul 11.30 pagi.
Kali ke 3 dan ke 4 pula adalah petang pukul 3.30, lepas tuh aku terus balik.
Kali ke 5 dan juga ke 6 nanti adalah pagi, pukul 8.30 pagi.

Setakat ini boleh dikatakan 2x seminggu aku menjalani rawatan berkenaan. Kira-kira sejam untuk setiap kali rawatan
Setiap kali, apa yang lakukan adalah tulang belakangku ditarik untuk diregangkan dengan menggunakan mesin.
Lepas kira-kira 20 minit, mesin untuk menahan sakit diletakkan ditempat yang sakit sangat. Biasanya aku rasa macam badanku kena ‘drill’.
Lepas tuh pula, ditempat yang sakit akan diletakkan ais, kira-kira 20 minit lagi..

5 tahun yang lalu pun aku pernah sakit pinggang. Pasal rawatan dan doktor pakar aku dah tulis sebelum ini.

Sekarang mengenai fisioterapi.  Di Hospital kerajaan, sesi cuma diadakan disebelah pagi sahaja. 1x setiap minggu dan biasanya sesi aku pukul 10.30 pagi. Waktu itu, bermakna separuh hari waktu kerja aku dan suami ‘burn’ untuk sesi ini, berbanding sekarang cuma kira2 2 jam sahaja masa aku yang hilang (sejam untuk rawatan, sejam lagi perjalanan pergi dan balik).

Perbezaan kekerapan, bilangan staff yang merawat dan pilihan waktu yang fleksible menyebabkan makin ramai orang yang memilih Hospital Swasta berbanding kerajaan, kecuali orang yang benar-benar tidak mampu. Kalau ikut kerja aku, memang aku kena pergi ke Hospital kerajaan. Terima Kasih kepada Syarikat My husband yang menyediakan kemudahan perubatan yang terbaik untuk staf dan keluarga. Aku dah 2 kali ‘menginap’ di sana, manakala Adam pula dah 4 kali. Setiap kali, secara purata bayarannya adalah RM1000 untuk 1 malam.

Hari ini aku saja jer bertanya, untuk setiap kali sesi fisio ni, berapa bayaran sebenar yang dikenakan untuk saya.

“RM150, kata kerani berkenaan, yang tak lekang dengan senyuman manisnya”.

Aku dimaklumkan paling kurang aku memerlukan 10 sesi. Itu belum termasuk lagi kos untuk berjumpa doktor pakar dan juga ubat. Kemungkinan aku akan di rujuk kepada Dr lain, Pakar Orthpedic/neurosurgeon, kerana sekarang ini aku cuma berjumpa Consultant Physician/Neurologist.

Cuma aku terfikir, sampai bilakah perkara ini akan berterusan?

Kekurangan Doktor Dijangka Diatasi Lima Tahun Lagi (Utusan Malaysia 18/2/2010)

Kekurangan 60 peratus doktor di hospital dan klinik-klinik kerajaan di seluruh negara dijangka dapat diatasi dalam tempoh lima tahun apabila lebih ramai siswazah dalam jurusan perubatan mula dikeluarkan universiti tempatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi mengatasi kekurangan itu, Kementerian Kesihatan melalui strategi jangka pendek menawarkan kepada doktor swasta untuk berkhidmat di hospital dan klinik kerajaan secara kontrak.
“Kekurangan doktor terbabit termasuk doktor pakar itu ketika ini bagaimanapun tidaklah menjejaskan perkhidmatan di hospital atau klinik kerajaan.
“Kerajaan yakin kekurangan tersebut akan dapat diatasi apabila 15 universiti di negara ini yang mengadakan jurusan itu dapat mengeluarkan sekurang-kurangnya 3,000 siswazah kedoktoran mulai tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat hospital Jerantut, di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan juga sentiasa berusaha mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan terutama bagi rakyat di kawasan luar bandar dengan membina lebih banyak pusat kesihatan, selain menaik taraf pusat kesihatan sedia ada. – Bernama

Fisioterapi utk slip disc

Bila sebut lumbar disc prolapse ramai orang yang terpinga-pinga. Semalam bila kali pertama aku kerja setelah sekian lama MC, aku pun jawap jer ‘Slip disc’

“Ohh… kakak saya pun dulu kena jugak, lepas buat operation baru OK”

“Pakcik saya pun kena..tapi dia tak berani operation, sebab doktor kata kalau buat pun untuk sembuh just 50 50”

“Apa slip disc? Mcm Anwar Ibrahim kena dulu yer, tapi sekarang dia dah Ok kan, dia buat operation kat luar negeri dulu kan”

“Oh slip disc.. mcm Pn XX yang dulu kerja kat unit tuh..dah meninggal dah pun kan dia tuh”

Tuh adalah antara komen2 yang aku terima semlama, mostly negetif dan menyakitkan hati, tetapi cuma kesabaran memujuk hati.

Harinih pula aku menerima satu e-mail dari FB, Katanya suaminya pun mengidap sakit yang sama dan telah menjalani pelbagai rawatan. “At last. Setiap hari amalkan baca fatihah. Selepas solat at least 15 kali . Doa mintak disembuhkan penyakit. Tambah QulhuAllah 3 kali kalau larat sebelum mintak doa tu. Ada org ajar kat akak ni. Penyakit dari Allah Zack, Dia je boleh amik semula. InsyaAllah. BTW bagus juga sedekahkan fatihah kat anak2 selepas solat.”

Tersenyum aku, Alhamdulllah, ada juga yang memberi petua yang tidak sukar untuk diamalkan, malah tidak memerlukan sebarang modal pun sebenarnya.

Dalam lift untuk membeli makan tengahari terjumpa pula dengan rakan sepejabat, bertanyakan soalan dan memberikan jawapan yang sama.

“Oh saya pun pernah kena, dulu saya accident, lama lepas tu kira2 10 tahun barulah kena kesannya. Lama juga buat rawatan fisioterapi dan makan ubat, Alhamdulillah sekarang dah Ok. ”

“Tak buat operation ker?”

“Tak, just makan ubat dan fisio jer”

Lega, ada direct testimonial dari individu itu sendiri, bukan kakak, pakcik, suami atau orang lain.

Petang nih sesi ke 3 untuk buat rawatan fisioterapi.

Semoga kesakitan ini akan segera sembuh.

High Heel

Telah hampir sebulan aku mengalami sakit pinggang yang agak kronik. Nak dikatakan jatuh, tak ada pula. Cuma ada satu hari tu entah kenapa tergerak pula hati nak pakai kasut yang agak tinggi sikit tumitnya. Hendak dijadikan cerita, hari yang sama, kena pula berjalan agak jauh.

Hari yang pakai kasut tinggi tuh pada 4/1/2010. Dan saya mula sakit pinggang yang agak teruk bermula pada 9/1/2010. Lepas tuh dah cuba ubat klinik, ubat satu, dan berurut, namun masih belum reda. Bermula 30/1/2010 pula sakitnya telah turun ke punggung dan peha. Sakit yang amat sangat untuk berjalan atau duduk sekali pun. Ikutkan hati memang aku MC jer hari nih, tapi kalau MC pun buat apa? Ubat yang doktor beri masih ada lagi. Sekurang-kurangnya, kejab lagi bula pusat urat di Pertama Compleks nih bukak, bolehlah aku kesana, untuk berurut, bagi melegakan ketenganan urat di pinggang dan peha ini

Rahsia Rumah Tangga

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..

Kisah kehidupan.. keberkatan dlm rezeki

* Ambil Pengajaran dan Iktibar.

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar).. Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak.

Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

  1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
  2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
  3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
  4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
  5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
  6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
  7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
  8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
  9. Bayangkan dia boleh hidup dengan selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan ia yang patut di contohi;

  1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
  2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
  3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
  4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
  5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
  6. Suka menolong orang dan memberi derma
  7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang Penyakit.
  8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
  9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.. Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini. Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup. Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

  1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba).
  2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
  3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
  4. Sering bertengkar dengan isteri.
  5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
  6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
  7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
  8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja..

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini… Suatu hari, seorang ustazah travel, dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’.. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.

Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.

Cerita tak berakhir di situ.. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman…

Cuba kita tanya diri kita sendiri…

  • Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
  • Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
  • Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
  • Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ??? Subhanallah. ..

Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

High tech fraud

This gives us something to think about with all our new electronic technology.

GPS

A couple of weeks ago a friend told me that someone she knew had their car broken into while they were at a football game. Their car was parked on the green which was adjacent to the football stadium and specially allotted to football fans. Things stolen from the car included a garage door remote control, some money and a GPS which had been prominently mounted on the dashboard.

When the victims got home, they found that their house had been ransacked and just about everything worth anything had been stolen.

The thieves had used the GPS to guide them to the house.. They then used the garage remote control to open the garage door and gain entry to the house. The thieves knew the owners were at the football game, they knew what time the game was scheduled to finish and so they knew how much time they had to clean out the house. It would appear that they had brought a truck to empty the house of its contents.

Something to consider if you have a GPS – don’t put your home address in it. Put a nearby address (like a store or gas station) so you can still find your way home if you need to, but no one else would know where you live if your GPS were stolen.

MOBILE PHONES

I never thought of this…….

This lady has now changed her habit of how she lists her names on her mobile phone after her handbag was stolen. Her handbag, which contained her cell phone, credit card, wallet… Etc..was stolen.

20 minutes later when she called her hubby, from a pay phone telling him what had happened, hubby says ‘I received your text asking about our Pin number and I’ve replied a little while ago.’

When they rushed down to the bank, the bank staff told them all the money was already withdrawn. The thief had actually used the stolen cell phone to text ‘hubby’ in the contact list and got hold of the pin number. Within 20 minutes he had withdrawn all the money from their bank account.

Moral of the lesson: Do not disclose the relationship between you and the people in your contact list.

Avoid using names like Home, Honey, Hubby, Sweetheart, Dad, Mom, etc….

And very importantly, when sensitive info is being asked through texts, CONFIRM by calling back.

Also, when you’re being text by friends or family to meet them somewhere, be sure to call back to confirm that the message came from them. If you don’t reach them, be very careful about going places to meet ‘family and friends’ who text you.

*PLEASE PASS THIS ON * I never thought about the above! As of now, I no longer have ‘home’ listed on my cell phone.

Taktik perogol…!!!!!!

Hal ini berlaku di KL baru2 ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar saya cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani bertaburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.

P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

Don’t Throw Away Your One sen Coins

We cannot stop mosquitoes from laying eggs in any stagnant water; in drains/ponds or water collected in waste pails, tanks, tins, used tyres etc. etc.

Of course if you have fish inside the tanks/containers then there should be no problem. Do you know that there is a very simple and very economical way to destroy the mosquitoes’ eggs and not let them hatch into larvae?

Very, very simple, just put a few 1 sen copper coins into the tanks/containers & it will solve all your problems.

According to the Japanese Research Scientists, the mosquitoes eggs will be destroyed by a kind of mineral discharged from the copper.

DON’T BELIEVE, try it yourself and even the small snails will not visit the containers (with copper coins). You will observe the water collected in the containers will be very clean and clear.

Please share this info with friends.

Carpal Tunnel Syndrome

For everyone who works daily on a computer. The mistakes in daily mouse and keyboard usage will result in Carpal Tunnel Syndrome! Use the mouse and keyboard correctly. View below for the surgery of a patient suffering from Carpal Tunnel Syndrome followed by the RIGHT TECHNIQUES for usage….

Correct way to work on the Computer

Hand Exercises for Carpal Tunnel Syndrome :

KINDLY SEND THIS TO EVERYONE YOU DON’T WANT TO SUFFER FROM THIS

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

BULETIN AMAL

BANTUAN KECEMASAN UNTUK

PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

Continue reading “BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE”

Correct timing to take water

USEFUL TIPS

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water – After waking up – Helps activate internal organs

One (01) glasses of water – 30 minutes before meal – Help digestion

One (01) glass of water – Before taking a bath – Helps lower blood pressure

One (01) glass of water – Before sleep – To avoid stroke or heart attack

Please pass this to all the people whom you care……

Makan organ dalaman

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.

Continue reading “Makan organ dalaman”

maafkan mama…sayang..

Mira mengelap badannya yang basah dengan tuala biru. Apabila dirasakan badannya sudah kering, Mira belari-lari anak menuju ke almari Mickey Mouse yang terletak bersebelahan katilnya.

Dibuka almari yang berwarna coklat, Mira merenung sejenak melihat baju-baju yang tergantung. Mira membelek………………….

dua tiga helai baju, akhirnya Mira memilih gaun merah hati separas lutut. Baju itu sebenarnya baju Kak Diba, tapi kak Diba tak muat lagi pakai baju itu. Bukan baju ini saja milik Kak Diba, malah hampir semua baju yang tergantung dalam almari ini adalah baju kak Diba. Kak Diba besar sikit daripada Mira. Kak Diba tinggi, kalau Mira jenjeng kaki baru sama tinggi dengan Kak Diba. Pantas tangan Mira menyarung gaun itu dan Mira menggayakannya di hadapan cermin. Kemudian Mira mencapai sikat, menyisir rambutnya yang pendek. Bedak ‘Baby Johnson’ yang terletak di atas kepala katilnya dicapai, digoncang bedak itu dan dituangkan di atas telapak. Bedak itu disapu ke mukanya yang agak gelap. Kulit kak Diba tak gelap, kulit kakaknya yang seorang itu putih, putih macam kulit mama. Agaknya sebab itu mama sayang dan selalu cium kak Diba. Selesai menyapu bedak, Mira pantas menuruni anak tangga menuju ke pintu besar.

Mira nak tunggu mama. Semalam Mira dengar mama cakap dengan kak Diba, nak bawa Kak Diba pergi ke KFC. Mama kata nak sambut hari lahir Kak Diba. Kata Kak Diba semalam, mama beli kek coklat Teddy Bear untuknya. Mira dapat bayangkan betapa seronoknya dapat makan kek. Tiap-tiap tahun mama belikan kek untuk Kak Diba. Atas kek itu mama letakkan lilin. Tahun lepas, Mira bilang atas kek Kak Diba, ada tujuh batang. Kak Diba tiup api lilin itu sehingga padam. Masa Kak Diba nak tiup lilin orang akan nyanyi. Bila lilin dah padam orang tepuk tangan, kemudian Kak Diba pun potong kek. Kak Diba dapat banyak hadiah. Macam-macam hadiah kak Diba dapat. Tapi mama tak pernah beli kek untuk Mira, Mira pun nak tiup lilin juga, macam Kak Diba, tapi mana ada kek. Mira pun nak dapat hadiah macam kak Diba. Kadang-kadang Mira ambil kek muffin yang mama beli kat pasaraya bawa masuk dalam bilik, Mira kunci pintu bilik dari dalam kemudian Mira letakkan lilin atas kek kecil itu, kemudian Mira pun tiup. Tapi Mira langsung rasa tak seronok. Tak macam Kak Diba. Tak ada orang nyanyi dan tak dapat hadiah pun.

Mira terdengar bunyi enjin kereta memasuki halaman, Mira terus bangun dan berjinjit memulas tombol pintu kayu yang berwarna coklat. Pintu terbuka, Mira lihat mama dan Kak Diba keluar dari kereta. “Hai Mira,” sapa kak Diba sambil menanggalkan kasut sekolahnya. Mira hanya tersenyum.

“Diba! pergi cepat mandi, nanti kita nak pergi KFC.” Kata mama sambil berlalu masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Mira. Mira menuruti mama. Mama ke dapur, Mira ke dapur. Mama minum air, Mira tunggu, kemudian mama naik ke atas, Mira pun naik juga. Mama jeling Mira, mungkin rimas kerana Mira asyik mengekori mama. Mira buat selamba je. Mira tetap ikut mama, kalau Mira tak ikut ke mana mama pergi nanti Mira kena tinggal lagi. Mira tak nak kena tinggal. Kalau kena tinggal, tak dapatlah Mira makan kek Teddy Bear coklat, tapi itu tak penting, yang penting Mira nak pergi KFC. Mira selalu dengar Kak Diba cerita seronok sangat pergi KFC. Lina dan Aishah anak makcik Eton pun selalu beritahu mereka seronok kalau dapat ke KFC, dapat makan ayam, kentang goreng, ada permainan dan macam-macam lagi. Mira hanya terlopong mendengar cerita Kak Diba, Lina dan Aishah. Mira teringin benar nak ke sana. Lagipun Mira selalu tengok dalam TV iklan KFC, ayamnya sedap. Kalau tak sedap, masakan sampai mereka menjilat jari. Mama masuk bilik, Mira pun masuk sama.

“Mira, kenapa ikut mama aje ni?,” nyaring suara mama. Mira tak rasa takut pun kerana Mira dah biasa sangat kena marah dengan mama. Mira diam, hanya tunduk dan duduk di birai katil mama. Mama kemudiannya masuk ke bilik air. Bilik mama besar, ada tv, ada kerusi, katil mama pun besar, tak macam katil Mira, kecil aje. Berhadapan dengan katil mama ada sebuah meja yang dilengkapi cermin besar, atas meja tu ada macam-macam botol dan bekas. Ada gincu, ada bedak, ada celak. Yang Mira hairan celak mama macam pencil Mira dan Kak Diba. Mira ingat lagi mama piat telinga Mira, dan rotan punggung Mira kerana gincu yang baru mama beli patah, tapi sebenarnya bukan Mira yang buat, Kak Diba yang patahkannya.

“Mama, tolong ikat tali belakang baju Diba,” kak Diba tiba-tiba muncul. Cantiknya baju Kak Diba. Baju yang Kak Diba pakai tu, mama beli semalam. Warna putih dan ada sedikit corak.

“Nanti kejap Diba, mama pakai baju dulu.” Mama baru keluar dari bilik air, kemudian mama meluru ke almari besar, mama membuka almari, memilih baju. Banyak betul baju mama, macam-macam warna. Mama capai blaus dan seluar panjang berwarna biru lembut.Setelah siap pakai baju, mama ikat tali baju kak Diba. Kemudian mama pimpin tangan Kak Diba ke meja soleknya. Mama ambil sikat dan menyisir rambut kak Diba yang panjang melepasi bahu. Mama tak pernah pun sikat rambut Mira. Hanya Mak Mah saja yang kadang-kadang menyikat rambut Mira. Mama kemudian ikat rambut Kak Diba, mama selitkan reben di atas Kak kak Diba. Kemudian mama selitkan juga pin rama-rama di rambut Kak Diba. Bergerak-gerak rama-rama itu. Mama ambilkan bedak dan sapu di Kak kak Diba, kemudiannya menyapu bedak, gincu dan celak. Setelah siap, mama capai beg tangan yang warnanya sama dengan baju mama. Mama pimpin tangan Kak Diba menuruni tangga. Mira ikut dari belakang. Sampai di muka pintu Mira berlari pantas memintas mama dan Kak Diba menuju kereta Wira biru gelap, di laman.

“Nak pergi mana ni, Mira?” Mira diam dan semakin merapati kereta dan memegang pembuka pintu kereta. “Diba masuk.” Mama membuka pintu depan.

“Biarlah Mira ikut kita mama.”

“Tak payah! menyusahkan dan buat malu saja,” tengking mama dan kemudian memegang kedua belah pergelangan tangan Mira dan menyeret Mira mejauhi kereta. Mira meronta minta dilepaskan gengaman tangan mama. Makin kuat Mira meronta makin kejap tangan mama memegang lengan kecilnya itu.

“Eee degilnya budak ini. Mama kata masuk… masuk.” Mira geleng kepala.

“Mak Mah, Mak Mah ambil Mira ni…,” lantang suara mama memanggil Mak Mah. Mira ditariknya ke muka pintu. Mak Mah yang agak gempal itu berlari terkedek-kedek. Mak Mah pegang Mira, Mira meronta mahu dilepaskan. Mak Mah peluk Mira.

“Nanti Mak Mah bawa Mira pergi kedai, kita beli aiskrim ye sayang…” Mira meronta lagi, dia tak nak pergi kedai, dia nak pergi KFC. Mira dah puas pergi kedai tepi jalan sana tu, Mira dah jemu makan aiskrim. Mira nak makan aya goreng macam dalam tv. Kereta biru tua mama meluncur laju meninggalkan Mira dan Mak Mah.

Air mata Mira mengalir, Mira meronta lagi. Sampai hati mama tak ajak dia, Mira leraikan pelukan Mak Mah dan berlari naik ke biliknya. Mak Mah cuma melihat saja. Di hatinya terselit rasa simpati terhadap anak majikannya yang seorang ni. Mak Mah tahu puannya tak suka Mira. Bagi majikannya itu, kelahiran Mira seolah-olah membawa sial yang merampas sgala kebahagiaan yang dimilikinya.

Mira dilahirkan bisu 6 tahun lalu. Kehadiran Mira menjadi punca perpisahan majikannya dengan suami. Rumahtangga yang dibina tanpa restu keluarga itu terus berantakan dengan kelahiran Mira. Encik Rashid tidak dapat menerima kecacatan Mira dan menuduh bahawa kecacatan berpunca dari Puan Maria. Keluarga Encik Rashid juga cuba menangguk di air yang keruh, menghasut agar Rashid meninggalkan menantu bukan pilihan mereka. Akhirnya Encik Rashid berkahwin lain dan meninggalkan Puan Maria. Penceraian mereka memberi pukulan hebat kepada Puan Maria. Segala kemarahannya dihamburkan kepada Mira yang tak pernah mengerti apa-apa. Si kecil itulah tempat dia melepaskan segala amarahnya. Kadang-kadang Mak Mah cuba menasihati majikannya itu, tapi nasihatnya ibarat mencurah air di daun keladi. Lagipun Mak Mah sedar dia cuma orang gaji, mana layak menasihati majikannya itu.

Mira menangis teresak-esak di katil. Segala benda di atas katil dibalingnya. Dia betul-betul rasa benci pada mamanya. Sampai hati mama meninggalkannya. Mama dah tak sayangkannya lagi. Memang tak pernah sayangkannya. Mama tak pernah beli baju untuknya. Mama tak pernah beli mainan atau buku untuknya. Mama cuma beli untuk Kak Diba seorang saja. Mama tak pernah cium pipinya. Yang mama cium hanya pipi gebu Kak Diba seorang. Mama tak pernah mendukungnya, jauh sekali membawanya berjalan-jalan. Cuma sekali, itupun tak sempat makan, mama telah menarik tangannya dan Kak Diba keluar dari restoran. Mira tak tahu kenapa, tapi yang pasti dan Mira lihat semua orang pandang ke arah mama, Kak Diba dan Mira. Mereka akan menjeling pada Mira bila Mira bercakap menunjukkan isyarat tangan. Mereka pandang dan berbisik-bisik. Lepas tu mama bawa Mira dan Kak Diba sebelum makanan terhidang.

Mata Mira terpandang tabung berbentuk rumah yang terletak di kepala katilnya. Dicapainya tabung pemberian Mak Mah itu, Mira cuba membuka penutup tabung tersebut. Setelah gagal membukanya, Mira berasa geram sangat lalu menghempaskannya ke lantai. Berkecai tabung rumah yang diperbuat daripada tanah liat itu. Bertaburan duit. Mira pantas mengutip duit yang bertaburan itu dan kemudiannya memasukkan ke dalam poket gaunnya.

Kemudian pantas Mira keluar dari biliknya dan berjalan berdengket-dengket menuruni anak tangga. Di hujung anak tangga, mata MIra melilau mencari kelibat Mak Mah. Mira tak nak bertembung dengan Mak Mah, dia tak nak rancangannya terhalang lagi. Perlahan-lahan Mira merapati pintu dan membukanya lalu keluar menuju ke arah jalan besar.

Mak Mah mengesat peluh yang mengalir didahinya dengan hujung lengan baju kurung Kedah. Letih betul rasanya hari ni, mana tidaknya, banyak betul kerja yang perlu dibereskan. Dua hari dia bercuti, membukit baju-baju tak di basuh, bertimbun pinggan mangkuk dalam sinki. Itu belum lagi sampah yang lain.

“Mana si Mira ni… senyap je. Biasanya petang begini Mira akan merengek nak itu, nak ini,” bisik Mak Mah sendirian. “Tidur agaknya,” teka Mak Mah sambil mengambil vakum untuk membersih permaidani di ruang tamu yang telah dihinggapi habuk.Terkejut Mak Mah apabila melihat pintu besar ternganga luas. Ditutupnya pintu itu kemudian dia bergegas ke tingkat atas.

“Mira, Mira…” jeritnya. Tiada sebarang jawapan. Mak Mah menjengah bilik Mira. Terkejut Mak Mah melihat serpihan tabung Mira bertaburan. Hatinya diserbu rasa bimbang. Sejurus kemudian terdengar bunyi enjin kereta dimatikan. Mak Mah pantas turun dan bergegas mendapatkan puannya. Belum sempat Puan Maria menanggalkan kasut Mak Mah menerpa.

“Puan, Mira dah tak ada dalam biliknya. Dia dah lari.”

“Lari? Mak Mah dah cari?”

“Dah, tabung duitnya habis pecah.”

“Macam mana Mak Mah jaga dia?” Puannya mula naik angin.

“Tadi Mak Mah membasuh, sedar-sedar masa Mak Mah nak bersihkan karpet ni, Mak Mah tengok pintu terbuka. Bila Mak Mah naik atas, Mira dah tak ada.” Kian getar suara Mak Mah berkata. Kelopak matanya mula digenangi air.

“Ke mana pula budak ni.”

“Mira mana Mak Mah?” tegur Diba yang sedang memegang plastik yang sarat dengan hadiah.

“Assalamualaikum.” Tiba-tiba terpancul Encik Latif suami makcik Eton di muka pintu.

“Wa’alaikumsalam. Masuklah.” Encil Latif melangkah masuk.

“Puan Maria, saya harap Puan Maria banyakkan bersabar. Mira… Mira…”

“Kenapa dengan Mira?” Hati puan Maria diserang kebimbangan.

“Mira kemalangan, dia cedera parah. Saya terlanggar dia dekat hujung simpang sana tu,” kata-kata Encik Latif bagaikan menghempas batu ke kepalanya. Berpinar-pinar pandangannya.

“Mira… Miraaaaa….”

“Mama… Mama…” Puan Maria terasa bahunya digoncang. Bila dia membuka matanya. Diba dan Mak Mah berada di sebelahnya.

“Mama, Mira dah balik, tu ada kat luar. Tadi pakcik hantar. Tapi Mira tidur je dari tadi.” Diba bersuara memberitahu mamanya.

“Tidur?! Macam mana Mira Mak Mah?”

“Sabarlah Puan Maria. Tuhan lebih sayangkan dia, sabarlah.”

“Tidak… Tidak Mak Mah…”

Puan Maria pantas menerpa ke ruang tamu. Dilihatnya tubuh kecil yang pernah dibencinya kaku terbaring menghadap Ilahi. Puan Maria terjelepuk.

“Maafkan mama, sayang..

FW: ONIONS!! Very Interesting

A friend of mine told me a story about how when he was a kid he was in the hospital & near dying. His Italian grandmother came to the hospital & told a family member to go buy her a large onion & a new pair of white cotton socks. She sliced the onion open then put a slice on the bottom of each of his feet & put the white cotton socks on him. In the morning when he awoke they removed the socks. The slices of onion were black & his fever was gone.

Continue reading “FW: ONIONS!! Very Interesting”

Jangan Lupa Jadi ISTERI Setelah Bergelar IBU

petua dari : Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”.

Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnya bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi….

Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu..seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerana menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua suami inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknya..

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri.

Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.

Jangan sesekali ambil remeh perkara begini.. biasarnya bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dia lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri.. sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu.. dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya.. Ramai wanita, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan.

Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannya berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2.. ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi… suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada
anak pun.. suami harus senantiasa di dahulukan. … Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami.

Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada”pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam
segala keinginan. Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram… dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan.

Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

Suami Saya Lelaki Soleh?

“Apakah doa kamu?”
“Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat”

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita?

Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan ‘lelaki soleh’ mungkin sudah dimakbulkan Allah.

Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh,malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh. Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud.

“Apalah suamiku ini?” rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja – ‘berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari’. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai ‘rumah keduanya’. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah.

Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

Seks adalah Multivitamin?

Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala.

Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak “obat sakit kepala” yang dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium Anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika Anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung
meningkat.

Bukan rahasia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin terbukti dapat meningkatkan kualiti kesehatan Anda. Dalam Secret of the Superyoung, penulis yang juga Ahli Saraf di Royal Edinburgh Hospital, David Weeks,mengatakan bahwa melakukan hubungan seks dalam porsi cukup, boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda.

Oh ya, seks juga mujarab sebagai ubat stress. Bila merasa tegang, maka seks boleh membantu Anda menjadi lebih rileks dan mengurangi beban akibat rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan mengeluarkan endorphin, yakni hormon yang boleh menciptakan perasaan enak dalam otak.

Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks secara teratur ternyata boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sampai 30%. Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, yang baik untuk melawan bakteria dalam darah, menghindari efek-efek penuaan dan memberi efek
mengantuk. Dengan demikian, Anda boleh terhindar dari penyakit flu dan masuk angin tanpa harus tergantung pada obat dan jamu-jamuan.

Dengan takdir Tuhan, Anda boleh panjang umur berkat hubungan seks. Percaya atau tidak, setelah melakukan study lebih dari 10 tahun di negara bagian Welsh, Inggris, Profesor dari Bristol University , Shah Ebrahim, mengatakan bahwa seks dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung atau stroke.

Menurut Embarhim, melakukan hubungan seks itu lebih sehat daripada jogging.

Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, bererti anda memperoleh ekstra pembakaran kalori hingga 8000 kalori per tahun. Bila tubuh melakukan pembakaran kalori yang mendekati sempurna ini, Anda akan merasa lebih sehat dan bahagia.

Mungkin Anda belum mengetahui bahwa setiap 100 kali orgasme, berarti anda terhindar dari kematian premature hingga 36% kerana darah boleh menembus daerah-daerah “mati” ketika malakukan seks, sehingga daerah-daerah itu boleh diperbarui. Dengan melakukan hubungan seks, bererti anda merangsang regenerasi sel-sel dalam tubuh Anda sendiri.

Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering melakukan hubungan seks, maka Anda akan semakin romantis. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya.

Dengan demikian, hubungan cinta Anda boleh dikatakan relatif aman damai.

(amboi, bab2 camni khusyuk betoi korang baca ek? hahahahaha) Dah gi buat kerja…..

KHASIAT PELUK ISTERI

Tips Rumahtangga – KHASIAT PELUK ISTERI – Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

KHASIAT PELUK ISTERI
(UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

 
 
P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan ummatnya berkahwin…:-))