Posts Tagged ‘anak angkat’

Tahniah utk sahabatku

Hari nih saya mendapat satu sms dari kawan lama, yang membuatkan saya tersentak, terkedu hingga hilang suara.

“Saya nak bagitau, Aliff dah dapat sijil anak angkat, macam Adam. Lagi 1 berita, genap umur Aliff 2 tahun, saya telah mengandung. Itu lah kuasa Allah, mengatasi segala-galanya. Kita sama-sama buat rawatan sampai buat IVF, tapi belum ada rezeki. Tapi berkat jaga Aliff  saya mengandung”.

Kepada Mazura dan suami, tahniah saya ucapkan. Akhirnya impian anda berdua untuk memiliki zuriat sendiri terkabul jua. Doa kan juga agar saya pun sama, berpeluang untuk merasa mengandung dan melahirkan zuriat sendiri, walaupun cuma sekali.

Amin..ya rabbal alamin.

*ps: Mohamad Aliff Ikhwan akan dapat adik. Adam Harith belum lagi dapat adik, tapi dia dah reserve nama adik dia iaitu AINA SYAFIKA. Semoga Aina Syafika akan muncul dalam keluarga kami Insya-Allah

Archives
Affiliates
Networkedblog