Indahnya gadis

“Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betullah, sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila! Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya, solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala! Syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, Apa ubatnya, bang? Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa! Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok! Nanti awak saya juga yang susah hati, bla lah bla bla. Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib bagitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh! berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal selama-lamanya, di syurga nanti. Amin!!

Wanita dan bunga

Posted by: “Zua Ahmad” zuapu3@yahoo.com

1. MAWAR INDAH MENAWAN

Ciri2 si gadis mawar
a. berketrampilan rapi sepanjang masa
b. bersifat penyayang
c. gemarkan warna merah jambu

Dikenali sebagai “ratu segala bunga” Mawar melambangkan wanita yang berwibawa dan memiliki keyakinan yang kuat terhadap diri sendiri. Kehadiran wanita yang gemar tampil berilhamkan mawar ini mampu menyemarakkan lagi lingkungannya itu! Mawar sering dikaitkan dengan rasa cinta dan kasih sayang sesame insane, begitu juga dengan individu yang dikategorikan di bawah lingkungan bunga mawar ini. Si gadis mawar sentiasa inginkan dirinya disayangi dan dikasihi. Malah ramai yang berpendapat dirinya dikategorikan sebagai individu yang manja dan romantis.

Kekemasan adalah focus utama dalam kehidupan hariannya. Si gadis mawar akan memastikan dirinya berada di dalam keadaan yang rapid dan ini memperlihatkan dirinya nampak lebih berkeyakinan dan sentiasa bersedia. Kepelbagaian rona warna yang mewakili bunga mawar ternyata memperlihatkan keindahannya yang semulajadi, ditambah pula dengan aroma romantisnya yang segar.

Peminat warna merah jambu juga tergolong dalam kategori ini. Sekiranya kamu gemarkan padanan dari busana kasual yang disominasi sentuhan warna merah jambu, kamu adalah gadis mawar! Ditambah pula dengan hiasan sampingan seperti beg tangan atau rantai yang beloket kan rekaan berlatarbelakangkan warna “baby pink” ternyata mawar adalah pilihan tepat buat dirimu!

2.CEMPAKA SERLAH KEYAKINAN

Ciri2 si gadis cempaka
a. memiliki sifat kepimpinan
b. gemarkan warna kuning atau hijau
c. suka memakai aksesori dari mutiara

Memiliki nilai kepimpinan yang kuat di dalam diri di samping yakin pada kebolehan diri sendiri. Individu yang tergolong dalam golongan cempaka ini mampu meyakini sesiapa sahaja yang berada disekelilingnya.. sesuai diberi peranan sebagai pemimpin! Sama seperti haruman bunga cempaka yang eksotik itu ia tiada tandingannya.

Mudah untuk mengenali gadis si bunga cempaka. Keyakinan diri semulajadi yang ada di dalam dirinya boleh direnung menerusi sinar matanya, ditambah pula dengan rias mata yang terdiri dari rona pembayang mata kuning dan sedikit dengan warna hijau.. ternyata dia adalah si gadis cempaka.

Kebiasannya, si gadis cempaka turut gemar mengenakan aksesori berasaskan mutiara sebagai penambah seri untuk penampilannya. Rantai dan cincin yang berasaskan mutiara dari warna yang sama, nyata menambahkan lagi keindahan dirimu!

3. TERATAI LAMBANG KEANGGUNAN

Ciri2 si gadis teratai
a. suka kepada warna putih
b. berketrampilan sopan dan anggun

Kepelbagaian warna bunga teratai sering dikaitkan dengan lambing kesucian (putih), ketenagan (biru) dan keberanian (merah). Individu yang menggemari bunga teratai terkenal dengan kesopanan dan keangguna yang dimilikinya. Sabar dan tegas, itulah definisi bagi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Keteduhan warnanya menyerlahkan lagi kecantikan semulajadi dirimu! Nyata si gagis teratai gemar mengenakan aksesori dari kristal, seperti anting2 atau keronsang perak yang bertatahkan kristal. Sememangnya hiasa sebegini sesuai untuk penampilan si gadis teratai.

Putih adalah warna pilihan utama buat si gadis teratai. Warna putih yang suci murni sesuai untuk penampilan bak bunga teratai. Si gadis teratai pula lebih gemar dengan penampilan yang lebih sopan. Sopan dan ayu adalah sinonim dengan si gadis teratai.

Dengan penampilan anggun, gadis teratai akan kelihatan lebih matang, ramai yang mengatakan diri mereka kelihatan lebih matang sebelum usia! Walau bagaimanapun, si gadis teratai tidak pernah mempedulikan perihal itu kerana bagi mereka dengan penampilan anggun, secara tidak langsung rasa yakin dan percaya pada diri sendiri mengalir secara semulajadi dalam diri. Ini menjadikan diri mereka lebih yakin ketika berkomunikasi atau berurusan dengan individu di sekelilingnya! Syabas.. si gadis teratai

4. ANGGERIK SEMARAK PESONA

Ciri2 si gadis anggerik
a. Rapi dan bergaya setiap masa
b. biru firus adalah warna pilihan si gadis anggerik
c. gemarkan sesuatu yang unik

Karisma yang kamu lihat dari bunga anggerik bukan datang dari keharuman baunya! Sebaliknya ia menyerlah menerusi bentuk dan warnanya. Kepelbagaian bentuk yang nampak anggun dan elegan ternyata menyemarakkan lagi pesona yang tiada tandingannya! Itulah wanita anggerik. Karisma biru firus, gambaran terhampir untuk si gadis anggerik! Mereka sentiasa kelihatan rapi dan bergaya dalam apa jua bentuk penampilannya! Apa yang pasti, gaya etnik moden menjadi pilihan utama dalam penampilan hariannya. Si gadis anggerik turut menggemari sesuatu yang unik.

Mereka akan kelihatan menonjol dengan gaya yang tersendiri! Secara tidak langsung mereka akan kelihata lebih berani dan berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara. Tidak hairanlah sekiranya si gadis anggerik kerap dilantik sebagai ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan. Individu disekelilingnya kerap bergantung harap pada kebolehan dan keistimewaan yang ada pada si gadis anggerik.

Ingat, kamu harus sentiasa berhati2 jangan sampai kamu dipergunakan orang pula!

5. MELATI RATU SEPANJANG MALAM

Ciri2 si gadis melati
a. berketrampilan serba serdehana
b. memiliki sifat keibuan
c. warna hijau semulajadi adalah warna kegemarannya
d. gemarkan aksesori yang berasaskan dari warna semula

Kesederhanan dan penyayang, gambaran yang jelas kepada bunga melati. Keharuman semerbak espanjang hari meletakkan dirimu sebagai “ratu sepanjang malam”

Cantik bersahaja, tarikan utama si gadis melati. Walau dalam apa jua keadaan, individu yang tergolong dalam kelompok ini gemarkan kesederhanaan. Namun, kekemasannya tetap diutamakan dan ini akan menampakkan diri mereka menarik biarpun dalam keadaan serba ringkas.

Sifat keibuan yang lahir secara semulajadi dalam diri si gadis melati menjadikannya seorang insan penyabar dan mudah bertolak ansur. Selain itu, ramai yang gemar berdampingan dengan si gadis melati kerana sifat penyayang yang ada dalam diri mereka itu menjadikan dirinya mudah didekati dan sesuai dijadikan sahabat.

Ha, bagi individu yang tergolong dalam kategori ini pula, kamu dinasihatkan agar bertindak tegas dalam membuat sesuatu keputusan! Ingat, jangan terlalu baik hati sangat nanti diri kamu akan diperlakukan sewenang2nya oleh individu yang gemar mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu itu! Warna hijau semulajadi menjadi pilihan utama si gadis melati. Mereka bijak mencari keserasian dalam penampilan hariannya. Manakala beg tangan yang bercorakkan bunga2 unik semulajadi pastinya mendapat perhatian si gadis melati!

Tentang Hati

Cahaya rembulan
kerlipan bintang-bintang
baru saja memujuk hati
suara geseran dedaunan
hembusan bayu malam
bernyanyi mengisi kekosongan hati
mendodoi merawat kelukaan hati

Andai awan melitupi sang bulan
bintang entah ke mana berguguran
hujan menjamah bumi
apa jadi pada hati
terbelenggu lagi kah perasaan
hujan tak mungkin menyirami hati
gelap malam tak menghulur simpati

Kalau masih ada sinar bulan
menjenguk di jendela hati
melayan mimpi kepagi

Andai sempat ku coretkan isi hati
akan ku lakar di atas permaidani
andai tak berkesempatan
bersama jasadku, disemadikan

nukilan hati
abang cik
22Dec2008

mesyuarat

Petang ini diadakan mesyuarat antara unit aku dgn unit pengisytiharan harta, sebagai lanjutan dari kursus pengisytiharan harta yang diadakan pada 5/2 nan lalu. Pengerusinya adalah Timbalan Pengarah yang bertanggungjawap tentang pengistiharan harta dan tatatertib.
Hasil perbincangan dipersetujui:

  1. By 15/3 – pekeliling tentang perlaksanaan telah dikeluarkan
  2. By 31/3 – kursus kepada jaguh telah dilaksanakan.
  3. Mulai 1/4 – perlasanaan di ibu pejabat dimulakan.
  4. Mulai 1/8 – perlaksanaan di negeri-negeri.

Perlaksanaan dinegeri bermakna akan ada orang (mungkin aku juga) yang perlu outstation.

Lastly Pengerusi round the table, kalau2 ada siapa yang nak komen. Aku diam jer, sampai diperli, kononnya aku hanya tahu bercakap dengan komputer sahaja. Siapa aku nak komen. Kalau dah level TP pun dah agree modus operandi inilah yang terbaik. Mula2 train jaguh dahulu, lepas tuh turun ke pusat2 untuk buat demo sambil menekankan tentang perlunya pengisytiharan harta ini. Mau tak mau aku terpaksa akur dengan apa yang dipesan oleh kawan2ku dahulu. Minda orang kerja sektor awam tidak sama dengan sektor swasta. Polisi dan procedurenya berbeza, dan inilah yang belum aku hayati lagi.

Ni baru satu modul. Modul LPP belum bermesyuarat lagi. Dan modul cuti pun banyak pusat pentadbiran yang belum pernah dengar lagi.

Aku senyum jer. Cuba dulu, lepas tuh barulah dengar keluhannya, sampai kemana mampu mencapai target yang diimpikan. Aim high to reach the sky.

kemalangan.

Hari nih, pagi-pagi lagi mood aku dah terganggu. Sewaktu turun dari Jalan Kepong menghala ke Jalan Kuching, tetiba jer kereta aku bergegar. Bila toleh kebelakang, nampak pemandu motor tuh tergesa-gesa meninggalkan kereta aku dengan 3 orang anaknya yang beruniform sekolah. Namun sempat juga aku menghafal no Platnya WPE6371. Warna motornya pun aku tak pasti, sebab masih lagi gelap waktu tuh. Lepas call dan cerita pada my hubby, barulah rasa lega sedikit, walaupun badan masih lagi menggeletar.

Sampai2 jer depan opis, dapat call lagi, kali nih dari Supervisor. Opss..dia EL sebab anak keduanya demam panas. Hah.. lega, sekurang-kurangnya hari nih merdeka. Lepas punch card bila turun semula ke bawah, barulah nampak kemiknya. Dan pada bumper ada kesan cat warna merah.

Doa untuk pasangan yang bercinta

Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagian antara kami..
Agar kemesraan ini abadi..
Dan Ya Allah..Ya tuhan yang maha mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hadup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku bisa bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..
Dan Ya Allah Yang Tercinta..
Gantilah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana engkau maha mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di Dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini..
Jangan engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..

Amin..Ya Rabbal A’lamin..

Amalan 8P – Ustazah Siti Nur Bahyah

Amalan suami isteri sepajang masa. Insya Allah mendapat keredhaan Allah dan membina keluarga bahagia.

Amalan 8P-  Uztazah Siti Nur Bahyah

  1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
  2. P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
  3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
  4. Perhatian adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
  5. P seterusnya mewakili ‘persefahaman‘ kerana kerjaya sebagai artis memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
  6. satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana artis perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin
  7. P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga”

Doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

[31] Al-Imran

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[200] Al-Imran
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di

medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

“All hard work brings a reward”

CERITA TAULADAN

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi.

“Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei.

Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

“Pah…oo..Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,” cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.”

“Betullah Pah oii…saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.”

“Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

“Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.” Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

“Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei. “Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak.” Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

“Pah… Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

“Tapi bang…”

“Dahlah…pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,” pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

“Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm…abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis.

“Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya…,” balas Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras
kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?”

“Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah.” Intan cuba membuat abahnya faham.

“Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!”

“Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya.

“Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi…aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.

Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. RIANG hati Pak Uwei bukan kepalang bila
anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.

“Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara. “Hajat apa pula abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

“Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

“Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz. “Tapi…pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.” “Kalau dalam
seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.

“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.

“Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.

“Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis.

“Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

“Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”
“Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yangmenikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. “Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita
sama-sama tak pergi…dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar
kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. “Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap. “Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”

“Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.

“Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu.” Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”

“Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan. “Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

“Mak, abah… Intan ada hal sikit nak cakap ni…,” ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

“Apa hal… kamu nak kahwin ke?” soal pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.

“Abah ni… ke situ pulak….”

“Habis tu?”

“Ini… kad Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti. Intan
memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

“Apa??” Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak
percaya.

“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah.

Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.

“Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu… dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

“Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan.”

“Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi abah dan mak kau Intan…,” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

“Hah… tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.

“Mak ni…,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.

“Semua dah siap ke mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. “Dah rasanya… ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?”

“Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.”

“Hah, awak dengar tu…kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.

“Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

HANYA dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah
suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

“Kenapa resah aje ni bang?” Mak Pah terjaga.

“Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.”

“Sabarlah dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

“Mak… abah…,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya
tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

“Mereka menanti di rumah, abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.

“Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.

“Awak ni… kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.”

Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

“Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.

“Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

“Tapi abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?”

“Err… tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,” ajak Azman.

“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan.

SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

“Mak dengan abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya. “Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. “Naik dulu Ngahnya…,” suruh Long Semah.

“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

“Az… mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

“Sabar abah…,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“Kenapa Az…kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

“Mak… Intan dah tak ada mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.

Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. “Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,”

Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu. “Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah.

“Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak… tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,”Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat..”

Anak orang vs anak sendiri

Harini kedua-dua orang anak rakan sekerja dibawa ke opis. Mulanya memang dihantar ke Taska, tetapi apabila kedua-duanya cirit birit, pihak taska menyuruh bawa balik. Malangnya ayahnya ada mesyuarat, mau tak mahu terpaksalah kedua-dua budak tu menemani ibunya dipejabat. Yang sulung berumur 2 tahun 8 bulan, manalah adiknya pula 11 bulan. Kedua-duanya lelaki.

Si abang terlalu asyik dengan Ultramen dan lagu wonder pet nya. Manakala si adik, dari pukul 12 hingga pukul 5 duduk berbaring dalam stroller. Semua orang memuji baiknya siadik. Cuma bila diceritakan kepada suamiku, pandangannya berbeza pula.

Berbanding dengan anakku yang tidak mampu untuk duduk diam dalam stroller untuk 15 minit pun. Suamiku berpendapat, anak kami aktif, tak reti duduk diam, dan ini cukup bagus untuk perkembangan mindanya. Seingatku, umur 11 bulan anakku masih lagi merangkak macam askar. Tapi memang dia tak suka duduk diam, pastinya dia mengamuk nak keluar, meniarap then merangkak. Budak yang cuma berbaring selama 6 jam, bolehlah dikategorikan pasif.

Melahirkan insan yang bijak??

Artikal ini diperolehi dari satu e-mail yang di forward oleh rakan sepejabat. Rasanya penulisnya adalah seorang Doktor dari Indonesia. Bukan siapa yang berkata, atau siapa bahan kajiannya, tapi hasil kajiannya mungkin boleh digunakan. Ringkasannya:

1. Semasa mengandung:
a) Muzik-  Dalam islam sering ditekankan tentang ayat Quran dan juga zikir-zikir yang menenangkan.
b) Membuat latihan matematik – Harap ex- Science Actuari student sudilah kiranya mengajar kakak dan ipar duai anda yer..:)
c) Pemakanan – digalakkan

  • kacang badam dan korma  bersama  susu,
  • roti dan  ikan tanpa kepala
  • salad yang digaul dengan badam
  • perbagai jenis  kekacang
  • pil minyak ikan
  • makan buah-buah dahulu sebelum hidangan utama

Dilarang keras

  • makan ikan bersama daging
  • rokok

d) Pelajaran –

  • matametik berkonsepkan perniagaan
  • sains – digalakan mencipta (inovatif)
  • Perniagaan

e) Ibadah – menundukkan kepala bagus untuk simulasi otak
(rukuk dan sujud)
f) Sukan – memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
(memerlukan daya konsentrasi yang tinggi)

***********************************************************************
Mengapa Yahudi  Bijak?

Setelah berada 3  tahun di  Israel kerana  menjalani housemanship  dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat  saya  perhatikan  untuk  dijadikan  tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang  perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia  dikuasai  oleh  kaum  Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya  menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya  kaum  Yahudi  begitu  pintar?  Kenapa  tuhan  memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka  saya  pun  tergerak  membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan  anda  tesis  yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara  data-data  yang  saya kumpulkan ialah pemakanan,adat  resam,  ugama,  persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah  kita  mulakan  dengan persiapan awal melahirkan zuriat.  Di  Israel,  setelah  mengetahui  yang sang ibu sedang mengandung, pertama  kali  saya  perhatikan  ialah,  sang  ibu akan sering menyanyi dan bermain  piano  dan  si  ibu  dan  bapa  akan    membeli buku metamatik dan menyelesaikan  masalah  metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman  saya  yang  mengandung  sering  membawa  buku metamatik dan bertanya kepada  saya  beberapa  soalan  yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana  saya  memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu  beliau.  Saya  bertanya  kepada  beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau  menjawab,  “Yer,  ini  untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya  sedang  melatih  otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak.” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.  Berbalik  kepada  metamatik  tadi,  tanpa  merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara  lagi  yang  saya  perhatikan  ialah pemakanan beliau,  sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma  bersama  susu  , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan  ikan  tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis  kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak  dan  kepala  ikan  mengandungi  kimia  yang  tidak  baik  yang  dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau  ini  adalah  adat  orang  orang  yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi  semacam  kewajipan  untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika  saya  diundang  untuk  makan malam bersama orang orang  Yahudi,  perkara  pertama  yang  saya  perhatikan ialah menu mereka. Setiap  undangan  yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya  isi  atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika  ada  ikan,  menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.  Salad  dan  kacang  adalah  suatu  kemestian,  terutama  badam. Seperkara  yang  pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan  hidangan  utama.  Jangan  terperanjat  jika  anda diundang kerumah Yahudi  anda  akan  dihidangkan  buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan  hidangan  kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di  Israel,  merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan  dirumah  Yahudi,  jangan  sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan  menyuruh  anda  keluar  dari  rumah  mereka  dam merokok diluar rumah mereka.  Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat  merosakkan  sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau  lembab).  Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalamibidang  genes  dan  DNA.  Para  perokok  harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)  Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itubijak.

Ini  menurut  saintis  Yahudi,  gegaran  musik  dapat stimulate  (semacam  senaman  untuk  otak)  maka  itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya  ke  darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.  Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di  California,  ianya  jauh  berbeza  tentang IQ  dan boleh saya katakan 6 tahun  kebelakang!!!.  Segala  pelajaran  akan dengan mudah di tangkap oleh anak  Yahudi.  Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka  dan  sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut  teman  saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem focus sesuatu  perkara  disamping  mempermudahkan  persiapan  untuk  perhidmatan negara.

Selanjutnya  pemerhatian  saya  menuju ke sekolah tinggi (menengah)  disini  murid  murid  ditekan  dengan  pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya  lucu  dan  mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya  berupa  senjata,  perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang  perniagaan.  Diakhir  tahun  diuniversiti,  para penuntut dibidang niaga  dikehendaki  melakukan  projek  dan memperaktik kanya dan anda hanya akan  lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak  $US1juta!  Anda  terperanjat?  Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh  dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design  Levis  yg  terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah  anda  melihat  cara  orang  Yahudi  melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut  mereka  ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala,  banyak  ugama  lain  di  Timur  Tengah,  seperti  Islam juga ada menyuruh  umatnya  menunduk  atau  menggoyangkan  kepala,  ini  guna  dapat mensimulasikan  otak  kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang  Jepun  yg  pandai?  Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat  di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu  mereka  yg  berminat  untuk  melakukan  bisnes (sudah tentu untuk Yahudi  sahaja)  jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan member pinjaman  tanpa  faedah  dan  pentadbir  dari  jawatan  kuasa  tadi  akan bekerjasama  dengan  anda  untuk  memastikan  yg  perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle,  Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini  dan  digalakkan  memulakan  klinik  mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya,  pada  teori  saya,  melahirkan  anak  dan keturunan  yg  bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan  masa,  beberapa  jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi  konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan,  makanlah  makanan  yg  elok  dan  berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak,  dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan  otak  mereka  demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu  genes  bodoh  akan  mengikut  ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak  tirikan  dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga  sekotak  rokok?  US$  7  !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan  anda!!  Saya  puji  sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!!  dan  seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi  pembelajaran  mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak  institusi  pelajaran  mereka  bertaraf  dunia  walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau  sebesar Manhattan!!

Anda  mungkin  muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi  goblok,  saya  telah  menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat  saja  Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,  teater,  kebun  bunga  hingga  kemusium  hidung anda akan segera terbau  asak  rokok!  Dan  harga  rokok? Cuma US$ .70cts !!!  dan hasilnya? Dengan  penduduknya  berjumlah  jutaan  orang  berapa banyak kah university terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah  mereka  dapat  berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka  begitu  sukar  sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan  mereka  di  pertandingan  metamatik  sedunia?  Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di  tesis  saya  ini,  saya  tidak akan menimbulkan soal ugama  atau  bangsa,  adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman  Paraoh(Fir’aun kut)  hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin  saya  ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak  seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira  hanya  memerlukan  3  jenerasi  sahaja.  Ini dapat saya lihat sendiri tentang  cucu  saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah  saya  nyatakan  diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis  esay  sepanjang  5  mukasurat  penuh.  Esay  nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat  sejahtera  dan  semuga kita dapat melahirkan manusia  yg bijak dan bersifat  mulia  untuk  kebaikan  manusia  sejagat  tanpa  mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Sambung Belajar??

Kenapa saya tak tak sambung belajar dan buat master?
Itu soalan yang semua orang tanyakan, bila mana adanya tawaran kepada semua staff, menyatakan wujud kerjasama antara syarikat dengan pihak UKM untuk buat Master in Business Administration di sini. Kuliah akan dijalankan pada hari sabtu dan ahad setiap minggu. Uniknya bukannya student yang pergi ke tempat lecturer, sebaliknya lecturer yang turun ke tempat student. So soal susah untuk pergi lecturer dah tak wujud. So kenapa aku tak nak apply pun tahun lepas.

Pertamanya adalah course/kursus. Aku dengan background IT. Nak ambil Master In IT macam tak kena jer, lainlah kalau kerja di sektor swasta mungkin applicable kut. Lagipun bidang IT nih terlalu cepat sangat berubah, tak mampu nak mengejarnya. Nak ambil dibidang bisness macam benda baru jer, kalau betul2 nak buat bisness mungkin logik jugak kut, nih kerja di sektor awam, aku tak nampak dimana nak gunakannya. Yang aku berminat dengan Public Relation/Counseling, tentang hubungan majikan dengan pekerja, tapi bidang itu tidak pula ditawarkan.

Keduanya adalah MASA. Dengan kaedaan sekarang pun aku dah tak cukup masa. Rasa bersalah sangat pada suami dan anak bila terpaksa keluar outstation, apatah lagi nak mengorbankan masa setiap hujung minggu untuk mendengar kuliah pula. Belum dikira lagi masa untuk buat assignment/essei atau ulangkaji untuk peperiksaan. Aku tak sanggup menggunakan waktu pejabat untuk buat assigment/study group. Bukanlah bermakna aku tak pernah menggunakan waktu pejabat untuk kerja peribadi, tapi berpada-padalah. Kalau sepanjang hari dah tak buat kerja hakiki, asyik dengan assignment jer, apa kes?

Hidup Bahagia

 

Waktu pejabat dan waktu sendiri

10 tahun aku bekerja di sektor swasta. Semuanya flexible. Datang awal, balik awal, Datang lambat balik lambat yang penting kerja siap. Orang pun tak kisah kalau majikan tidak terlalu berkira sangat. Majikan tak tahulah, kisah atau tak, tapi di sini supervisor yang terlebih sudu dari kuahnya, akibatnya tumpahlah.

Setiap hari dicanangkan kepada semua agar masuk sebelum waktu yang sepatutnya. Pernah sekali aku disindir dalam bahasa yang cukup mudah. Contohnya si A, datang dah suntuk masa, parking depan pejabat, lepas punch card, pindahkan kereta, lepas tuh baru masuk balik kepejabat. Kalau U tak mampu masuk pukul 7.30, then masuk pukul 8. Pukul 8 bermakna u dah duduk dimeja u buat kerja u, bukannya u keluar, basuh pinggan atau cawan, bancuh air dan sebagainya. Sebenarnya yang buat macam tuh bukannya A, sebaliknya aku. Kenapa tak cakap direct, kenapa perlu disindir aku begitu sekali. Begitulah ‘ROBOT’ yang diarahkan buat kerja pukul 8 pagi hingga 1 tghhari, lepas tuh di sambung pula pukul 2 hingga 5 petang. Kalau ikut peraturan ini, ROBOT cuma berehat dan solat pukul 1 hingga 2 sahaja, selebihnya adalah untuk bekerja.

Itu adalah ROBOT, malangnya dipejabat ini bukannya robot. Kami adalah manusia yang punya hati disamping tuntutan-tuntutan peribadi yang lain. Yang utama timbang rasa dan tolak ansur. Namun bila yang bercakap tak serupa bikin, itu yang menyebabkan orang sakit hati. Aku dah mohon cuti baik-baik dah minggu lepas, sebab sepupu my hubby nak kawin pada 22/2 nih. Aku diperli “Habis tuh U cuti buat apa? Jadi mak andam?”. Hei tolonglah sikit, Aku mohon cuti yer untuk hal peribadi. Bukannya macam awak. Bertolak outstation diawalkan sehari, sebab perlu berada di negeri berkenaan untuk menghantar abang ke mekah. Menggunakan waktu pejabat untuk buat study group atau pun assignment.
Biasalah, gajah depan mata tak nampak, tapi kuman diseberang laut boleh nampak pulak.

madu dan susu (2)…

Biasanya para suami akan menggunakan alasan ‘Mengikut Sunnah Nabi Muhammad s.a.w’ bila ingin mengemukakan alasan untuk beristeri lebih dari satu. Yer berkahwin lebih dari satu itu memanglah sunnah, dan tiada siapa yang menafikannya. Tetapi adakah siapa isteri-isteri nabi itu juga dicontohi seperti di dalam Sunnah tersebut. Hampir semua isteri Rasullullah s.a.w adalah balu yang kematian suami, samada akibat peperangan atau sebab-sebab lain. Dan tujuan Rasullulah berkahwin pun adalah untuk membantu kaum yang daif dan lemah ini. Di zaman dahulu tidak banyak peluang pekerjaan untuk para wanita. Tanpa adanya pekerjaan dan pendapatan, bagaimana mereka ini meneruskan kelangsungan hidup, apatah lagi jika perlu menanggung anak yang masih kecil.

Baru hari khamis minggu lepas aku membaca satu kisah, seorang isteri yang sedang hamil 6 bulan. Suaminya baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan dijalan raya. Manakala 2 orang anak lagi cedera parah di Hospital Selayang, dan dirumahnya ada 2 orang anak lagi. Isteri ini cuma bekerja sebagai kerani disekolah, yang selepas ini perlu menanggung 5 orang anak (jika 2 yang dicedera parah diHospital Selayang ditakdirkan masih panjang umurnya). Dengan pendapatannya sebagai kerani sekolah, untuk menampung perbelanjaan mereka 6 beranak… Aku berpendapat perempuan-perempuan inilah yang perlu dibantu dan sebab itulah Allah mengharuskan poligami. Bukannya seorang janda yang berkerja profesional yang ada anak 3. Kerjaya profesional yang dimaksudkan memang mempunyai gaji yang lumayan, silap-silap, gajinya sebulan melebihi gaji aku dan suami.

Entahlah, itu cuma pandangan peribadi aku, tapi mungkin orang lain ada pandangannya tersendiri..

Akhirnya

Akhirnya..
Tahun nih aku diberikan 2 pusat, satu di HQ dan satu lagi negeri untuk dijaga dan di pantau perlaksaan. Dari situ barulah aku berpeluang untuk belajar benda-benda baru yang dibelakang tabir. Selama nih aku hanyalah penonton filem, walaupun satu babak tuh akulah penulis skripnya. Kini barulah aku mula faham keseluruhan jalan cerita dan tidak sekadar satu babak sahaja.

Akhirnya,
Barulah aku terasa menjadi timbalan perdana menteri, as second person dalam unit ini. Kalau dulu, jawatan jer no 2, tapi dari segi peranan dan tanggungjawap aku di no 10.

Akhirnya,
Aku diuji dan diadili. Sama macam masa Che Det mengarahkan DSAI memangku menjadi Perdana Menteri sewaktu beliau bercuti. Ternyata DSAI gagal, sebab itulah yang menjadi PM sekarang adalah Pak Lah. Mungkinkah nasib aku pun macam DSAI, hanya Allah yang mengetahuinya.

Aku bersyukur padaNya, sekurang-kurangnya adalah sedikit perubahan, berbanding tahun lepas dimana aku ibarat layang-layang terputus talinya.

Mentaliti Peniaga melayu…

Harini aku bercuti semperna hari wilayah. My hubby kerja dan Adam ke Taska. Lepas beli lauk basah, tergerak hati untuk window shopping. Niat dihati, kalau ada blouse yang berkenan nak ambil lah satu. Tak pernah langsung beli blouse kat gerai2 di Pasar Selayang Baru nih.

Penjual A – dari jauh lagi, eh cantiknya baju yang patung ni pakai. Background putih berbunga biru. Waktu tu ada seorang makcik sedang duduk dan seorang yg sedang mendukung bayinya yang masih kecil. Bila diminta, penjual tu pun menurunkan baju tu dan menyerahkannya kepada makcik yang sedang duduk tuh. Lepas tuh dia cakap pinggangnya ramping, tak sesuai untuk awak. Kalau macam budak yang menyusukan nih sesuailah, buka 1 butang jer, senang menyusukan, then penjual tuh berikan baju tuh kepada perempuan dengan baby berkenaan. Lepas tuh perempuan yang mendukung baby tuh yang serahkan baju tuh pada aku. Hei siapa yang sebenarnya nak beli baju nih. Aku sabar lagi. Sambil belek2 baju lain.
Dapat aku menangkap perbualan dengan makcik yang sedang duduk tu. Kononnya perutnya tu adalah busung kerana perbuatan orang. Dan buat ketupat lebih baik dari melayan pelanggan, so aku pun berlalu.

Penjual B. Dah 5 minit aku belek2 baju, tak nampak tuan kedai. Lepas tuh baru aku perasan, tuannya sedang bersembang digerai depan. Bila aku meminta, baju tuh pun diturunkan pada aku, lepas tuh penjual tuh pun kembali bersembang digerai depan. Sekali lagi aku berlalu.

Penjual C- aku dah nak balik, saje jer tengak gerai terakhir. Nampak patung tuh pakai warna putih bersih, cantiknya. Then aku tanya ada tak warna lain. Aku diberikan warna ungu muda. Memang dah cukup cantik. Aku benar2 dah nak beli, tapi penjualnya hilang lagi.Rupanya dia pergi melayan pelanggan lain, yang memang dah ada di gerai tu masa aku mula2 masuk lagi.

Mungkin duit orang tu lebih mahal dan lagi bernilai dari duit aku. Tak ape lah, bukan rezeki aku untuk pakai baju baru. Bukannya aku terkilan tak dapat baju baru, tapi aku terkilan dengan sikap peniaga melayu. Patutlah berniaga digerai sahaja dari dulu, kini dan mungkin selama-lamanya.

Kenapa aku tak dilayan?

  • Mungkin sebab muka aku tak serius nak beli, Nampak macam aku sambil lewa jer. 
  • Kat dahi aku tertulis yang aku nih miskin, tak mampu nak beli baju yang berharga RM35. 
  • Kat dahi aku nih tertulis aku nih orang kaya, tak layak pun untuk beli baju kat situ. Selayaknya aku hanya bershopping di SOGO dan lain2 butik ternama sahaja..
  • Heheheh..Mudah-mudahan aku jadi seorang yang kaya raya, jutawan yang dermawan dan beriman, Amin..~

Melabel anak??

Semasa bersiap dipagi jumaat, sambil mendengar ceramah motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadilah Kamsah, tentang mendidik anak. Antara intisarinya adalah ramai ibubapa yang menuduh anaknya buruk, hingga terlupa tentang kebaikan anak tersebut.

Sepatutnya dikatakan juga yang positif tentang anak tersebut. Contohnya “Walaupun Along ni malas belajar, tapi ibu tahu along pun rajin juga, cuma rajin along memilih. Along rajin mengemas rumahkan”. Jadi tidaklah tepat anak itu terus dilabelkan pemalas.

Tiba dipejabat, bila membaca penulisan Saifulislam juga membincangkan perkara yang sama, iaitu Televisyen Manusia Mukallaf yang juga membincangkan perkara yang lebih kurang sama, ibu bapa yang melabel anak dan tentang ibu bapa yang mengajar anak untuk memilih. Tidak salah ada TV dirumah, asalkan anak2 di ajar tentang program yang boleh dan tidak sesuai untuk ditonton.

Petang ahad, berehat bersama keluarga, sambil menyaksikan orang bermain layang-layang di Taman Metropolitan Kepong. Tiba-tiba terdengar suara seorang ibu memarahi anak gadisnya yang berusia dalam lingkungan 10 tahun. Memarahi anak dikhalayak ramai dah satu hal. Yang paling menyedihkan adalah bahasa yang digunakan. ” Kau ni suka buang sampah merata-rata, kenapa tak buang dalam tong sampah. Makan jer banyak, tapi tak der otak”.

Ibu mengucap panjang mendengarnya sambil berdoa moga dijauhkan dari mengeluarkan bahasa sedemikian. Ayat pertama dah lengkap. Tak perlu lagi menambah ayat kedua. Betulkah budak tu tak der otak. Kalau dah itu doa seorang ibu…, andainya dilafazkan saban hari, minta dijauhkan.

Tajuk utamanya pun sampah. Adam yang baru berusia setahun setengah pun kenal sampah. Bila disebut sampah, laju jer dia kebakul sampah. Pernah sekali dia meluru kedapur sambil mulutnya mengatakan “sampah”. Mujur ibu sempat melihat, kalau tidak habis pembaris ayah dibuangnya.

Anak kalau dididik dari kecil, tak perlu dimarah bila dah besar. Begitu juga dengan solat. Adam cukup minat dan rajin meniru ayah bersolat, walau tidak sempurna, tapi padanlah dengan umurnya yang belum pun dua tahun. Ibu berdoa agar Adam akan solat dengan sempurna dalam masa yang terdekat. Amin…

Pendidikan Adam


Ramai orang yang terus menjadi ayah dan ibu kira-kira setahun selepas bergelar suami dan isteri. Belum pun mahir dengan ilmu rumah tangga, dibebani pula dengan ilmu keibubapaan. Apatah lagi jika masing-masing terlalu sibuk dan tiada masa untuk menghadiri sebarang kursus yang berkaitan.
Alhamdulillah, Adam hadir setelah 7 tahun ayah mengahwini ibu adam. Kami bukan menanti dengan tangan kosong sahaja, sebaliknya mengisi dada dengan segala ilmu yang diperlukan. Setakat ini ayah dan ibu adam telah 2 kali menghadiri kursus mahligai kasih; kursus khas untuk menyemarakkan kasih antara suami dan isteri. Selain daripada itu, telah 3 kali jua menghadiri kursus keibubapaan, yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dan badan.

Pelajaran mendidik anak tidak semastinya formal dan berguru. Teringat kepada sepupu ibu adam, yang akan menangis dan mengamuk jika tidak dibelikan mainan yang diingini. Sekali, semasa ibu masih berulang alik naik bas Intrakota KL ke Sri Gombak. Salah satu bas stop di Gombak terletak di depan restaurant KFC. Bas berhenti untuk mengambil penumpang, manakala seorang budak berangan yang mereka akan turun disitu untuk ke KFC. Bila bas meneruskan perjalanan, budak tu pun menjerit “nak KFC “. Satu bas dengar. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka.

Kini cabarannya adalah untuk mengaplikasikan segala ilmu kepada Adam. Adam belum pernah minta lagi, walaupun kadang-kala ibu dan ayah tahu Adam mengingininya. Contohnya pagi tadi Adam menyentuh T-shirt Upin dan Ipin, siri kartun kegemarannya.. Namun sebab baju tuh besar sangat, ibu tak beli. Ayah kata memang tak akan beli pun sebab Adam yang tunjuk. Ayah tak mahu Adam dapat idea bahawa Adam anak tunggal, semua yang diminta pasti dapat. Ayah akan ajar Adam untuk ada ‘wish list’ apa barang yang dikehendaki. Bagi setiap kejayaan Adam dalam apa jua bidang, barulah salah satu dari wish list tersebut akan diperkenankan.

Ini tidak bermakna ayah dan ibu Adam kejam. Adam menikmati semua kemudahan, sama seperti kanak-kanak lain, malah mungkin lebih lagi. Contohnya Adam baru sahaja di belikan beg ‘Pooh’ dan juga 2 ekor ‘Kuma-kuma’. 2 hari lepas, semasa dirumah mak atuk, kedengaran motor penjual ice cream. Kalau anak orang lain mungkin dah menangis nakkannya, tapi Adam tak tahupun maksud bunyi loceng itu. Sebab apa yang Adam belajar ice cream sentiasa ada dalam peti ais. Dan ayah Adam mampu menghasilkan banana split yang sedap. Adam pun dah biasa makan ayam KFC, cuma tidak mengenali restaurent berkenaan, kalau lalu disebelah pun Adam tak merengak nak masuk. Itulah Adam. Anak soleh lagi bijak.

New Phone

22/1/2009. Tiba2 jer aku menggunakan handphone Nokia E71. Semuanya bermula bila my hubby beli Blackberry. Katanya rugi kalau dijual phone E71 ni, di dalamnya ada Software original. Kalau nak jual mahal sure tak ada orang yang hendak membelinya. So paksa rela campur suka aku pun cuba menggunakannya.

Terkejut dapat phone baru kut, badan aku tetiba jer lenguh dan nafas aku sesak. Nampaknya penyakit semput lama menyerang kembali. Rumah memang bersepah sebab minggu lepas tak sempat mengemas, tapi hari ni aku lebih sedap tidur. Memang aku terlalu letih dan mengantuk. Letak jer kepala pasti terlelap.

Lagi satu, tetiba jer aku suka makan manis. Tak kisah apa, asalkan manis. Tapi yang paling aku suka adalah halwa kundur. Hatiku terdetik dan suami pun berkata, berdasarkan beberapa tanda lain, namun aku cuba menafikannya walau itu yang terlalu aku inginkan. Dalam hati aku berdoa agar impian kali ini akan jadi nyata. Masih terlalu awal untuk mengatakannya. Biarlah dulu, bila tiba masanya, insyallah tuhan akan dikabulkan.

2 family day di satu weekend

Penat. Satu perkataan untuk menggambarkan apa yang ayah, ibu dan Adam rasa. Mana tidaknya 2 Family Day satu weekend. Hari sabtu Adalah Majlis Penutup Karnival Sukan Heitech 2008 di Taman Tasik Titiwangsa. Hari ahad pula adalah family day Bahagian Sumber Manusia tempat ibu Adam bekerja di Wet world, Shah Alam. Walau apapun namanya, aktivitinya lebih kurang sama, pendaftaran, sarapan, senaman pagi, sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa, cabutan bertuah, hadiah makan tengahari dan akhirnya aktiviti bebas.

Read the rest of this entry »

Archives
Affiliates
Networkedblog