RAMADHAN PEMANGKIN KUALITI KERJA CEMERLANG

Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin (http://www.ustaz-zamri.com/)

Mantop Training & Consultancy / Personaliti TV9.

Seperti biasa, hari jumaat ada majlis bacaan Yasin. Dan semperna bulan Ramadhan, ditambah dengan sedikit pengisian. Hari ini bacaan yasin dan kemudiannya ceramah di sampaikan oleh Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin, yang cukup terkenal di TV9. Tajuk ceramah adalah RAMADHAN PEMANGKIN KUALITI KERJA CEMERLANG

Ayat Al-Quran surah al-baqarah ayat 183.

Wahai orang-orang Yang
beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu
daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

  1. Wahai orang-orang beriman – Iman ertinya akidah atau kepercayaan.
  2. Diwajibkan keatas kamu berpuasa – Shariat/perundangan
  3. Takwa – melengkapkan akidah, shariah dan akhlak. Umpama mencapai tahap standard (ISO).

A. AKIDAH

Percaya kepada rukun iman yang 6
a. Percaya kepada Allah
b. Percaya kepada Rasul
c. Percaya kepada Malaikat
d. Percaya kepada Kitab
e. Percaya kepada Hari Qiamat
f. Percaya kepada Qada & Qadar

PERCAYA KEPADA HARI QIAMAT

  • Antara tanda-tanda hampirnya hari Qiamat adalah banyak berlaku banjir besar. Di Malaysia sendiri, beberapa tahun nan lalu berlaku banjir besar di tempat2 yang tidak diduga, antaranya di TTTDI Jaya, Shah Alam, Johor dan juga Kuala Lumpur.
  • Di Rusia, ada satu zoo yang di dalamnya ada seekor singa yang berbunyi 5 kali sehari, setiap kali masuk waktu solat. Bunyi ngamuannya kedengaran ‘Allah’
  • Bila kita memandu dengan laju, bila banyak kereta depan memberikan lampu dan hon, kita akan memperlahankan kelajuan kita, kerana kita ‘percaya dengan yakin’ bahawa di depan ada polis traffic, berdasarkan tanda-tanda yang orang lain berikan, tapi kenapa terlalu payah untuk kita percaya bahawa Qiamat telah hampir berdasarkan juga tanda-tanda yang telah Allah tunjukkan.

PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR

Selalunya orang cuma percaya kepada Qada dan Qadar/takdir bila berlaku perkara yang buruk, contohnya bila berlaku musibah, gagal dalam peperiksaan atau perkahwinan. Sebaliknya jika Berjaya dalam peperiksaan adalah kerana diri sendiri yang rajin belajar, menghadiri kelas tambahan atau bertanya kepada guru.

B. SHARIAH

Ayat Al-Quran Surah At-taubah ayat 105
Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan

  • Iman adalah apa yang terpahat di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. Amalan ini meliputi semua aspek kehidupan iaitu:
    • Syahadah
    • Solat
    • Puasa
    • Zakat
    • Haji
    • Muamalat
    • Munakahat
    • Jenayah/Qisas
    • Berjihat
    • Jika tidak dilaksanakan, terutamanya hukum Qisas, itu yang menyebabkan banyaknya berlaku masalah sosial, seperti apa yang sedang berlaku sekarang ini.
    • Perkara perkara yang melanggar etika kerja
      • Melanggar kewajian Allah
      • Curi masa
      • Rasuah
      • Curi tulang
      • Pemarah
      • Mengumpat
      • Tidak bersyura(bermesyuarat)
      • Tidak amanah

      C. AKHLAK

      • Merasakan diri sentiasa diperhatikan Allah.
      • Untuk mencapai standard muslim yang terbaik (ISO)
      • Maksud TAKWA
        • Takut Allah
        • Beramal dengan Al-Quran – membaca, memahami dan mengamalkannya
          Orang sekarang ni rasa hidup tidak sempurna kalau tidak membaca berita(paper, online, blog, tv dll), tetapi tidak merasa sebarang kekurangan jika tidak membaca Al-Quran. Akibatnya banyak Quran yang suci dalam debu..diletakkan di tempat yang tinggi, tapi berdebu sebab tidak pernah di baca.
        • Redha dengan perkara yang sedikit
        • Bersedia untuk hari peralihan (mati)

Leave a Reply

Archives
Affiliates
Networkedblog