Temujanji pertama

Hari ini, aku dijadualkan berjumpa Prof. Doktor di Pusat Pakar, pukul 11 pagi. My hubby datang ke office lebih kurang pukul 10.40, then terus ke HUKM. Sampai di sana, kami ke MAC unit untuk mengambil laporan dari Embriologist terlebih dahulu. Malangnya embrologist belum sampai, so kami di arahkan untuk register di tingkat 7 terlebih dahulu, then datang semula ke MAC 1/2 jam kemudian.

Lepas register, kami ke cafe. My hubby makan Nasik Lemak Antarabangsa Kampung Baru yang ada cawangan di HUKM tuh, tapi aku tak lalu makan. Hati berdebar2 menanti keputusan yang akan diumumkan. Lepas makan, dah pukul 11.45, kami ke MAC semula. Tidak lama kemudian, kertas sehelai yang penuh makna itupun diserahkan kepada kami, dengan amanat, satu untuk diberikan kepada doktor, satu untuk simpanan peribadi.

Kembali semula ke tingkat 7. Pukul 12.15 baru dipanggil masuk untuk berjumpa doktor. Doktor tanya beberapa soalan, yang kalau jawapannya ‘Ya’ bermakna aku tidak mengandung. Selepas berpuas hati, doktor pun scan. Ish tingginya katil nih, rupa2nya kaki aku yang dah menggeletar. Doktor kata ikut sini ada 3 yang nampak jelas. Doktor cuba pusing2 lagi scanner tuh, tetap nampak 3 juga. My hubby dah mengucap syukur dan minta doktor print kan gambar tuh. Lepas tuh, kembali ke meja, doktor bagi nasihat yang perlu, jenis2 ubat yang wajib dimakan dan kepentingannya dan setkan next appoiment. Untuk mengesahkannya bilangan kandungan aku, perlu di ambil darah. Doktor kata, ikut kiraan, baby aku berumur 5 minggu hari nih.

Gambar yang di print oleh doktor (koleksi peribadi)

Selepas aku kembali dari lab, my hubby telah menyelesaikan pasal bil dan telah mengambil ubat. Aku minta ‘time sleep’ untuk aku dan my hubby. Tetiba jer kerani di kaunter tuh tanya, akak ker yang buat IVF dapat kembar 3. hah.. dah heboh satu pusat.. Sure nurse yang keluar dari bilik doktor tadi dah maklumkan pada kawan2 dia. Aku pun jawap sambil tunjuk pada my hubby.. Tengoklah tuh, senyum sampai ke telinga. Betullah tuh.

Belum pernah aku melihat my hubby macam tuh punya happy. Kalau boleh dia maklumkan pada seluruh dunia. Mau jer gambar scan tuh di hantar ke KLFM kalau tidak aku menegahnya.

Sepanjang perjalanan ke office aku, kami terlalu gembira. My hubby kata awal2 dulu Doktor ada cakap, setakat nih HUKM belum pernah lagi dapat kembar 3, hospital lain dah banyaklah. Mungkin anak2 kami akan jadi kembar 3 pertama HUKM. Tapi aku merupakan orang yang 57 mendapat rawatan di MAC di tahun 2007 ni.

My hubby memang dah niat nak belanja officemate dia 2 biji kek secret recipies. Aku pula tak tahu nak belanja apa pada officemate. Sampai di office pergi Pertama Kompleks, ingat nak borong goreng pisang dekat2 KFC tuh Rm10. Tetiba jer nampak org yang jual sambil masak bahulu. Hmm bahulu panas2.. Biasa ku beli RM3 15 biji. So kali nih aku beli 100 biji, Rm24, 2 tuperware. Masuk office aku menjerit, bahulu2.. untuk semua sbb saya ada good news.

Seorang kawan lelaki tanya apa good news tuh, tapi aku tak gamak nak cakap. Bila seorang kakak yang cukup memahami bertanya, mcm mana, aku buat buat isyarat 3, tetiba jer air mata aku berderai. Dia pun memeluk aku, Syukur.. dah lama sangat korang menanti, inilah berkat kesabaran korang.

Then baru aku call mak, e-mail abang dan sedara mara yang terdekat dengan aku.

One Response to “Temujanji pertama”

  • asma:

    ummi adam…sy br nak mula buat rawatan ni..tp bermcm2 perasaan menyelubungi..takut…sedi..dan mcm2.

Leave a Reply

Archives
Affiliates
Networkedblog