10 Tabiat Rosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi

– Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam
darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan
nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

– Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

– Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar
dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

– Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan
protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu
perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

– Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran
udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan
keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

– Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang
panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

– Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih
banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa
kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

– Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan
otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

– Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya
berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak
menurun.

10. Jarang berfikir

– Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,
perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak
kita.

2 Responses to “10 Tabiat Rosakkan Otak”

  • Melatih Otak Hindari Pikun…

    Melaltih otak sama seperti halnya latihan fisik, latihan otak juga penting dalam rangka mencapai panjang umur dan hidup bahagia, latihan otak  terbukti untuk meningkatkan kemampuan kognitif seperti memori dan belajar. Latihan-latihan ini juga membantu …

  • Melaltih otak sama seperti halnya latihan fisik, latihan otak juga penting dalam rangka mencapai panjang umur dan hidup bahagia

Leave a Reply

Archives
Affiliates
Networkedblog