Archive for the ‘Personal point’ Category

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH)

Saya mendapat e-mail peribadi ini, dan rasanya elok saya kongsikan dengan semua, semoga ada menfaatnya. Marilah kita sama-sama menyumbang dan membantu.

World Kidney Day & Air yang bersih

Hari buah pinggang sedunia 2011

Tujuan utama sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2011 (WKD 2011) tahun ini ialah untuk menggalakkan pentingnya pengesanan awal serta pencegahan penyakit buah pinggang dan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjalani pemeriksaan bagi penyakit buah pinggang menerusi saringan kesihatan yang mudah.

WKD merupakan kempen kesedaran kesihatan global yang menumpukan pada usaha memulihara ginjal dengan menyeru orang ramai supaya menjalani pemeriksaan untuk mengetahui sama ada mereka berisiko tinggi terhadap penyakit buah pinggang.

Tips Menjaga Buah Pinggang

  • Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang  bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan  buah kana.
  • Memakan mi segera seperti mi maggi  dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta  mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
  • Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
  • Pengambilan  Coklat perlu dielakan  dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya  dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan   buah pinggang.
  • Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Oxy Pi d’ionik- water treatment

Adalah air minuman alkali berion positif mineral. Air ini kaya dengan oksigen terlarut. Sesuai dengan namanya; OXY bermakna air ini mempunyai kandungan oksigen yang tinggi disebabkan kehadiran ion hidroksil /[OH] yang tinggi. Kehadiran ion hidroksil yang tinggi ini memberikan faedah yang luar biasa kepada air ini dalam meneutralkan radikal bebas yang mengganas di dalam tubuh yang boleh menyebabkan barah.

PI-Positif ion membawa makna air ini mempunyai tinggi galian mineral positif seperti ion CA2+, penting untuk keutuhan tulang seterusnya mencegah osteoporosis. IONIK membawa makna air ini melalui proses pengionan, di mana melalui proses ini menjadikan permukaannya kendur dan mudah diserap oleh sel tubuh. Ketidakseimbangan Ph badan kearah keasidan dalam jangka panjang akan mengakibatkan seseorang mengalami penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, kanser, gout, sakit buah pinggang dan lain-lain. Oleh itu keadaan yang berlawanan perlu dilakukan untuk mengimbangi tahap keasidan.

OXY PI d’ionik mampu menjalankan tugas tersebut kerana ia terdiri daripada kelompok molekul air kecil dan bersifat alkali, berupaya menguraikan sisa-sisa asid yang terkumpul dan memudahkan proses pembuangan melalui system pencernaan, perpeluhan dan pernafasan.

Selain dari itu, manfaat dan kebaikan yang diperolehi daripada amalam meminum OXY-PI d’ionik adalah ia dapat membantu dalam meningkatkan imunisasi abdan dan melenyapkan radikal bebas melalui sifat anti-oksidan yang dimiliki, serta mampu meningkatkan keperluan kalsium dalam badan kita.

Sifat dan kelebihan OXY-PI d’ionik

  1. Bersih dari pencemaran-  Elemen penting dalam proses penyingkiran toksik secara maksimum
  2. Melimpah dengan tenaga dan menjanakan oksigen – Memberikan tenaga segera yang diperlukan oleh sel tubuh dalam masa singkat
  3. Mengandungi galian dalam bentuk ionik
    – Mudah diserap oleh badan
    –  Membantu merendahkan risiko osteoporosis
  4. Anti-oksidan
    – Membantu menghapuskan radikal bebas yang mengganas yang boleh menyebabkan barah
    – Membantu meningkatkan system antibody dan daya penyembuhan semulajadi
    – Membantu mencegah proses penuaan sel-sel badan
  5. Imbangan Ph bersesuaian dengan bendalir badan
    – Membantu mengekalkan keasidan perut pada tahap yang sesuai
    – Membantu menguatkan jantung
    – Membantu mengawal kolestrol berlebihan
    – Membantu menguatkan fungsi organ hati
    – Membantu meneutralkan asid urik dalam menyembuhkan radang sendi seperti gout dan arthritis
    – Meningkatkan keutuhan dan kestabilan buah pinggang
  6. Struktur molekul air dalam kelompok kecil yang berbentuk heksagon
    – Membantu tahap gula dalam darah seterusnya mengawal gejala kencing manis
    – Membantu memecahkan dan menyingkirkan lemak yang berlebihan
    – Membantu melancarkan pembuangan air kecil

Air rawatan, penyembuhan kedua terbaik selepas air zam-zam.

Untuk MASA YANG TERHAD SAHAJA DAN SELAGI STOK MASIH ADA, PRODUCT HEBAT INI BOLEH DIBELI DENGAN HARGA rm1500 sahaja. Sila hubungi saya dengan segera untuk maklumat lanjut

Eh apa kat bawah nih. Cuba klick tengok



ChurpChurp : Tipah tertipu..oh tidak..

Selalu nampak saya mengiklankan menggunakan ChurpChurp?
Ramai yang cakap churpchurp akan bagi duit tanpa perlu keluar modal satu sen pun menerusi medium
3. blog
Untuk melakukan promosi kita kenalah ada komputer dan line internet. Kalau takde komputer boleh je share menerusi smart hp seperti blackberry, Iphone, HTC, Nokia dan sebagainya.
Tapi kalau takde komputer atau smartphone dan internet.. korang takley jana pendapatan guna churpchurp neh..so itu bukan modal ke? Modal gak ken..? So sah2 dah kena tipu la pada sesiapa yang terpedaya tue. Heh
Kepada pembaca2 blog ini yang sudah ada modal.
1. komputer ataupun smartphone
2. line internet
3. usaha
dipersilakan untuk sertai churpchurp untuk jana pendapatan online.
Lebih informasi klik sini.

Sd Court Apartment

Terlalu banyak kejadian yang berlaku sepanjang tahun lepas.

  1. Kehilangan notebooku dan Ipod Touch Adam
  2. Kehilangan kereta kancil selama 3 hari 3 malam
  3. Kehilangan Notebook suami
  4. MyVi yang ‘berjalan dan berubah tempat’ diwaktu malam
  5. Honda City yang ‘ berjalan dan berubah tempat’, serta kehilangan vidoe recorder dan juga car seat Adam
  6. Kehilangan 2 sport rim dan tayar MyVi minggu lepas.

Jumlah kerugian setakat ini telah lebih rm30 ribu. Dengan berat hati akhirnya kami bersetuju untuk berhijrah ke kejiranan yang lebih baik (harapnya). Kawasan yang dipilih adalah Bandar Sri Damansara. Kenapa?

Jawapan mudahnya kerana Adam telah mula bersekolah Tadika di sana sejak bulan September 2010.  Diharapkan apabila tinggal disana, Adam dekat dengan sekolah dan mudah untuk kami menghantarnya. Impian suami untuk dekat dengan masjid juga tercapai. Kebetulan, rupanya di kawasan ini ada kolam renang. Lepas ini, tak perlulah kami ke Putrajaya lagi untuk mandi kolam, sebaliknya keluarga mak ngah dan uda lah pula datang ke rumah kami untuk sama-sama mandi kolam.

Gambar dr Internet : Bukan rumah sebenar

Apa perlu dilakukan jika terlibat dalam kemalangan?

Hari isnin 17/1/2011, kami terlibat dalam satu kemalangan, betul-betul di hadapan Masjid Bandar Sri Damansara. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 10.30 malam. Kami baru sahaja membayar deposit dan sewa bulan Februari untuk rumah baru kami di SD Court Apartment.  Kami rasa bersyukur sangat bila menyedari kawasan apartment kami bersebelahan dengan kawasan masjid, dan telah merancang bahawa kami boleh berjemaah dengan berjalan kaki sahaja. Suami membawa kereta dengan kelajuan 20km/j kerana sedang naik bukit. Sedang kami asyik berbual sambil berangan, tetiba saya terdengar dan terasa hentakan yang begitu kuat. Saya ingatkan suami terlanggar lopak dijalan, sebaliknya suami ingatkan dia terlanggar jemaah yang baru pulang dari masjid.

Kemudiannya baru kami sedar bahawa kereta kami telah dilanggar oleh sebuah Perodua Kelisa berwarna biru.  Adam menangis dengan kuatnya, dan mengadu sakit, sebab kepalanya terantuk dagu saya, manakala mulut saya mengeluarkan darah dengan banyaknya. Saya keluar sebentar untuk melihat apa yang berlaku. Bonet Honda City suami telah remuk teruk, manakala Kelisa yang melanggar telah pecah radiatornya dan minyak telah mula meleleh keluar.

Remaja China yang melanggar berkali-kali memohon maaf,  katanya cermin matanya jatuh waktu itu.  Sekejab sahaja tempat itu telah dikerumuni oleh orang ramai,  pelbagai bangsa,  bila tetiba sahaja remaja yang melanggar kami perasan handphonenya telah dicuri orang.  Suami menyuruh saya dan Adam masuk ke dalam kereta, untuk mengelakkan perkara lain yang tidak diingin berlaku kepada kami.

Perkara-perkara penting yang perlu dilakukan jika terlibat dalam kemalangan :

  1. Bertenang, jalan panik.
  2. Jaga keselamatan barang-barang berharga dan orang-orang di dalam kenderaan terlebih dahulu.
  3. Apabila telah selamat, barulah keluar dari kenderaan, lihat kecederaan dan kerosakkan yang berlaku.
  4. Ambil no dan gambar kenderaan yang terlibat dengan kemalangan.
  5. Jika tiada kecederaan yang serius yang memerlukan ambulan, hubungi balai polis, untuk mengetahui di mana perlu membuat laporan kemalangan.
  6. Seandainya ada TONTO/mekanik dan lain-lain orang yang ingin menawarkan khidmat atau bantuan, terlebih dahulu tanya soalan “INI KAWASAN AWAK KER?”.  Jika jawapannya yer, seeloknya kita bersetuju sahaja dengan bantuan yang ditawarkan kerana ini benar-benar memudahkan kita.

Dalam kes yang berlaku kepada kami, Polis mengarahkan kami membuat laporan di Balai Polis Trafik Kota Damansara, yang kami tidak tahupun di mana. Orang-orang inilah yang menunjuk arah  kami ke sana untuk membuat laporan. Selepas itu mengikut kami ke rumah. Selepas semua salinan dokumen diserahkan kepada mereka, merekalah yang membawa kereta berkenaan ke bengkel pada malam itu juga.

Kes yang sama berlaku beberapa tahun yang lalu, bila kereta kancilku dilanggar bas intrakota berhampiran bulatan batu caves. Selepas kemalangan, kami ke Balai Polis Selayang Baru untuk membuat laporan. Sebaliknya diberitahu kami perlu membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar Kuala Lumpur. ‘Orang-orang ini” lah yang menarik keretaku dari Selayang ke Kuala Lumpur dan kemudian ke bengkel. Manakala sebuah lagi kereta  membawa kami ke sana ke mari, datang ke rumah untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan dan sebagainya.

Kali kedua, kami terlibat dengan kemalangan semasa menaiki kereta Tiara.  Masa tu, suami memutuskan untuk membuat semuanya sendiri dan menolak pertolongan “orang-orang ini”.  Memang meletihkan apabila semuanya kena buat sendiri. Dan paling malang semasa hendak menghidupkan insuran, NCB tidak ditolak kerana dikatakan suami bersalah dalam kemalangan berkenaan,  kerana keputusan laporan kes “konon’nya tidak diberikan (padahal kami ada salinan bahawa semua dokumen yang diperlukan telah diberi).  Maka terpaksalah pergi semua ke balai polis untuk mendapatkan semula maklumat berkenaan.

Saya cuma menceritakan 3 pengalaman kami terlibat dalam kemalangan, semuanya di langgar dari belakang. So terpulanglah kepada anda untuk membuat penilaian yang mengambil mana yang baik seandainya perkara yang sama berlaku kepada anda.




Bilik untuk disewa – RM200 sebulan Khas untuk muslimah

Lokasi: Desa Satu Aman Puri, Kepong. Jenis Rumah: Apartment 12 tingkat.

Sewa Sebulan RM200.00 Shj (termasuk api/air). Sebulan Deposit

Kami menawarkan rumah(umum) dan bilik untuk disewa oleh gadis muslim yang bekerja.
Berhampiran dengan :

1. Kepong (Carefour, Metro Prima, Jaya Jusco, Stesyen Komuter Kepong Sentral) – Boleh pergi dan balik kerja naik bas (Tidak jauh daripada tempat yang berikut- tetapi perlu ada kenderaan sendiri).

2. Tesco Kepong dan Bandar Manjalara
3. Bandar Utama dan Mutiara Damansara ( The Curve, Tesco, Ikano dan IKEA).
4. Selayang (Bandar Baru Selayang, Hospital Selayang , FRIM, FAMA, dan Majlis Peperiksaan Malaysia).

Kemudahan bilik: Katil, tilam, almari baju kayu dan juga kipas.
Rumah lengkap dengan perabot, meja makan, dapur, peti ais, mesin basuh, 1 bilik mandi & 1 bilik tandas.

Majoriti penduduk melayu. Ada surau di bawah apartment.

Kemudahan Lain: Free parking lot, area rumah berdekatan mini market, 7E, EON BANK, KFC, MCD, ada stesen minyak Shell, cyber cafe, gerai2 makan.

Nota :
1. Kami adalah tuan rumah dan dan bukannya kawan serumah anda.
2. Penempatan diberikan berdasarkan siapa yang membayar deposit terlebih dahulu dan juga bergantung kepada personaliti bakal penyewa.
3. Ada 2 bilik masih kosong(Jan), + 1(Feb), + 1 (Mac).

Jika berminat boleh hubungi saya menggunakan e-mail atau blog ini. Phono no hanya akan diberi setelah adanya persetujuan awal untuk proses penyewaan.

Harap dapat di sebarkan kpd yang mungkin memerlukan.




 

2 tayar kereta dicuri orang

Tanggal 11/1/11 adalah tarikh yang cukup cantik.  Salah satu tarikh keramat yang takkan dilupakan dalam hidup ini. Saya dah siap nak pergi kerja bila. Masuk jer ke dalam kereta terus sahaja membuka steering lock dan menghidupkan kereta.  Dah masukkan gear R untuk reverse, hairannya kenapa kereta tidak mahu berundur. Mujur suami sedang reverse keretanya untuk menghantar anak ke Tadika. Meminta tolong suami untuk reverse pun tidak berhasil. Bila suami pergi ke depan untuk membuka hut kereta berkenaan, tetiba jer terdengar bunyi *poom* dan kereta tuh pun senget ke kiri. Baru disedari 2 biji tayar belah kiri telah tiada.

Aduhai, apalah malang diri ini. Tak sudah2 ditimpa bencana. Tahun lepas dengan 5x rumah dipecah masuk, awal tahun nih macam nih pula ceritanya. Kami pergi ke balai polis untuk membuat laporan rasmi, kemudian menghantar Adam ke Tadika. Lewat betul dia sampai hari ini.

Sepatutnya selepas itu kami ke IPD Gombak untuk berjumpa dengan sarjan yang sama, semasa kehilangan kereta kancil dulu. Memikirkan 5 laporan sebelum ini pun tiada tindakan, kami telah hilang kepercayaan kepada polis.  Kami telah pergi ke kedai tayar untuk membeli 2 rim, namun dimaklumkan bahawa kedai tayar cuma menjual 4 rim sekaligus.

Sambil bersarapan, saya cuma menghubungi semua Pusat Service Perdua yang berhampiran Kepong dan Selayang. Semuanya memberikan jawapan yang sama, tiada stock,  kalau order pun minggu depan baru sampai.  Akhir sekali selepas satu panggilan telepon dan di sahkan bahawa rim berkenaan ada di HQ,  maka kami pun ke HQ Perodua di Rawang untuk membeli rim berkenaan.

Seorang kawan memberitahu tentang perlunya ‘Nut Lock‘ untuk mengelakkan kes kehilangan tayar seperti ini.  Maka kami pun membeli 2 set,  untuk mengelak kejadian yang sama berulang lagi,  samada kereta saya ataupun suami.  Selepas itu kami ke kedai tayar untuk membeli tayar dan membawa salah seorang dari mekanik dari kedai berkenaan untuk memasang tayar kereta saya.  Salah satu dari nut untuk tayar berkenaan adalah ‘nut lock‘.  Selepas itu kami kembali semula ke kedai berkenaan untuk membetulkan balance dan alignment tayar berkenaan.

Semasa tayar berkenaan di pasang,  seorang jiran maklumkan bahawa pada hari yang sama di Blok 1 ada juga sebuah MyVi Se yang kehilangan 2 tayar.  Bermakna malam berkenaan pencuri tuh telah dapat 4 biji tayar.  Hari sebelumnnya, sebuah Viva di block kami juga kehilangan 2 tayar.  Selain daripada itu, satu cermin kereta telah dipecahkan di block 5 pada hari yang sama saya kehilangan tayar.

Memikirkan semua kerugian yang telah dialami tahun lepas,  dan untuk mengelak lebih banyak kerugian di tahun ini, kami bersetuju untuk berpindah.  Lokasi pilihan kami adalah Bandar Sri Damansara kerana berhampiran dengan Tadika Adam dan melihatkan komunitinya yang ‘well educated‘ dan bukan lagi ‘3rd class mentality‘ seperti dikawasan perumahan kami sekarang ini.

Semalam saya telah pergi melihat rumah yang bakal disewa di SD Court Apartment. Setakat ini saya berpuas hati dengan persekitaran dan kawalan keselamatan yang disediakan. Pemilik sekarang ini akan berpindah ke Shah Alam bulan depan dan kemungkinan akan menyewakan rumahnya fully furnished kepada kami. Dengan itu kami pun boleh menyewakan rumah yang sekarang ini fully furnished juga kepada orang lain.




Berhati-hati membeli barang di TESCO

Anda biasa melihat 3 logo di atas? Anda biasa membeli barangan dengan logo berkenaan?

Selama ini saya hanya sedar kewujudan 2 logo yang pertama sahaja. Tesco Value adalah barang keperluan asas dengan harga yang paling murah. Manakala logo kedua mempunyai kualiti product yang sama seperti barangan berjenama cuma dengan harga yang lebih murah

Logo ke 3 tidak pernah saya lihat atau tahu kewujudannya, hinggalah saya sendiri terkena. Oleh kerana SOGO hampir dengan pejabat, saya telah melihat barangan yang ingin dibeli di SOGO. Harga yang ditawarkan adalah RM79.90. Seperti biasa, orang perempuan suka membandingkan harga.  Bila saya melihat barang yang sama dengan harga RM39.90 di rak di TESCO Extra Selayang, saya terus sahaja mengambilnya.  Semasa membayar dengan kad kredit saya jumlah yang terlalu mahal untuk semua barang yang dibeli.  Juruwang berkenaan memberitahu ada kesilapan pada barang lain yang saya  dan beliau sedang memanggil pegawai yang bertugas untuk membetulkan kesilapan berkenaan.  Selepas tuh, juruwang terus sahaja charge pada kad kredit saya,  namun jumlah selepas dibetulkan hanya berkurang RM10 sahaja daripada jumlah yang sebelumnya.  Bila saya komen beliau menyuruh saya pergi ke ‘Customer Service’.

Bila saya melihat senarai harga semua pembelian saya, barang yang saya beli denga jenama TESCO berkenaan berjumlah RM99.90.  Saya benar-benar tidak puas hati kerana terasa tertipu.  Saya berhasrat memulangkan semula dan membatalkan pembelian berkenaan.  Namun dimaklumkan, jika pembelian saya kurang daripada RM50 mereka boleh mengambalikannya. Oleh kerana barang yang saya beli berjumlah hampir 100, saya perlu membeli barang lain yang berjumlah Rm50 lebih dan mereka hanya mengembalikan RM50 kepada saya.

Sebagai pengajaran, berhati-hati dengan jenama TESCO dan sila scan dahulu bilamana anda jumpa scanner harga tersebut.




Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur & Pergerakan Solat

Ada kalanya saya semacam hampir-hampir berputus asa dengan kesakitan pinggang ini.  Sekali fikir mahu jer saya menjalani pembedahan untuk mengubati kesakitan yang tidak mampu ditanggung lagi.  Mujur ada iman senipis kulit bawang.  Saya sedar sakit itu ujian dari Allah.  Maka kepadanya saya akan kembali.

Setiap kali rukuk semasa solat memang terlalu sakit, terutama untuk solat subuh. Selalu juga saya ‘kalah’ hingga terpaksa bersolat duduk.  Namun hati saya berat mengatakan bahawa pembedahan dan ubat bukanlah satu-satunya kaedah rawatan untuk penyembuhan.

Carian saya di google menemukan saya dengan laman web ini

http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/1816/25/solat/islam/um-sakit-pinggang–kaedah-rawatan-melalui-prinsip-pemulihan-sert.html. Di kedai buku yang hampir dengan pejabat dimaklumkan bahawa buku berkenaan tiada dalam simpanan. Memikirkan masa yang terhad untuk mencari dikedai lain, kami menggunakan sepenuhnya kemudahan pembelian online dari laman web ini.

Saya cuma sempat membelek sepintas lalu buku berkenaan.  Diharapkan buku ini mampu membantu dalam proses penyembuhan sakit pinggang yang telah hampir setahun dideritai ini. Amin ya Rabbal Alamin




Peruntukan perubatan *burst*

Hari nih saya mendapat surat daripada Pengarah Bahagian, meminta untuk mengisytiharkan masalah kesihatan. Ini kerana peruntukan perubatan MARA saya telah burst. Peruntukan untuk kami sekeluarga adalah sebanyak rm850 iaitu Rm300 untuk saya, RM300 untuk suami dan Rm250 untuk Adam.

Melihat kepada lampiran yang disertakan, sebanyak Rm292 adalah bil untuk tahun 2009. Manakala bakinya adalah adalah untuk saya dan Adam. Ini adalah kami pertama peruntukan MARA untuk saya burst. Selama ini, kami sering menggunakan peruntukan perubatan Heitech untuk perubatan saya dan juga Adam.

Namun, oleh kerana awal tahun saya telahpun menghabiskan semua peruntukan GP/SP untuk saya dah Adam, sebanyak Rm3000 setahun untuk rawatan Lumber Disc Prolapse saya, maka tiada lagi peruntukan Heitech yang boleh digunakan.

Ini sebagai bukti bahawa tahun 2010 kami benar-benar diuji.  5x rumah kami pecah masuk, notebook dan barang-barang berharga hilang, kereta dibawa orang berjalan-jalan diwaktu malam. Adam dan ayah sama-sama pernah di masukkan ke ward di Hospital Pakar Damansara, disebabkan oleh demam panas dan juga paras asid urik yang melampau.

Walau bagaimanapun, sakit belakang ini masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Awal tahun depan, apabila peruntukan perubatan ini diberikan semula, saya bercadang untuk membuat rawatan suntikan Radiofrequensi untuk sakit belakang ini. Dari seorang rakan dimaklumkan bahawa ada pakar untuk rawatan berkenaan di Hospital Ampang Puteri. Untuk kali ini, kami akan lebih berhati-hati untuk menggunakan peruntukan perubatan dengan sebaiknya. Yang utama adalah perlu admited terlebih dahulu, di Heitech, peruntukan untuk rawatan di GP/SP berasingan daripada peruntukan untuk rawatan di ward.

Apapun, kami bersyukur sangat, kerana rawatan perubatan kami di tanggung oleh majikan. Ringkasnya peruntukan perubatan kami adalah seperti berikut :

  1. RM850 – oleh MARA utk kami sekeluarga pergi ke GP. SP tidak ditanggung. Manakala untuk hospital disarankan mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan
  2. RM3000 untuk GP/SP untuk saya dan Adam
  3. RM30,000 untuk Hospitalization saya dan Adam
  4.  Tiada had untuk GP/SP atau Hospitalization untuk suami

Ramai orang sering mengejar gaji yang tinggi, tetapi terlupa faedah-faedah lain yang syarikat beri. Walaupun gaji kami tidaklah tinggi mana, namun Syukurlah , kami mendapat faedah perubatan yang boleh dikatakan terbaik. Alhamdulillah




Balik kampung

Cuti awal Muharam adalan pada 7/12/2010 iaitu hari selasa. Oleh kerana Adam terlalu rindukan neneknya, maka pada pagi sabtu 4/12/2010 yang lalu kami sekeluarga telah balik ke rumah nenek/mak di Semanggol Perak.

Ringkasan aktiviti/perjalanan balik kampung

  • Subuh sabtu : Bertolak balik. Berhenti solat subuh di R&R Tapah dan sarapan di R&R Bukit Gantang. Tiba di rumah, mak sedang rewang di rumah jiran
  • Tengahari Ahad : pergi khenduri di rumah jiran
  • Ptg Ahad : Makan Mee banjir Udang di Kuala Sepetang
  • Hari Isnin : Ke Bukit Merah Lake Town Resort. Ke Pulau Orang utan, menaiki Skycycle, Eco park dan Water park
  • Hari Selasa, bertolak balik ke KL semula. Berhenti makan tengahari di AgroBazar, R&R Ulu Bernam.
  • Berikut adalah gambar yang dirakamkan semasa sepanjang perjalanan pergi dan balik berkenaan.

Photo Album Percutian Akhir Tahun 2010




Jamuan Raya 2010

Pada 4 Oct 2010 telah berlangsung Jamuan Raya untuk BPS.  Majlis bermula dengan gotong royang menghidangkan makanan.  Selepas makanan sampingan siap dihidangkan, sementara menanti makanan utama yang ditempah sampai, sessi photografy telah di adakan di Perpustakaan dan juga di dalam studio.

Oleh kerana pada tahun ini 4 orang warga kerja BPS telah kembali ke Rahmatullah, kami mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil untuk arwah- arwah terlebih dahulu. Ini diikuti dengan Tazkirah yang di sampaikan oleh ustaz jemputan dari BPLK.

Berikut adalah gambar yang dirakamkan. (Maaf cuma 5% sahaja dari gambar yg di upload).

Mulakan hari anda dengan sarapan

BENTUK badan yang kurus dan langsing menjadi idaman setiap wanita terutama mereka yang mengambil berat soal penampilan diri.

Justeru ramai wanita hari ini sibuk mengira kandungan kalori setiap kali memeriksa label makanan sedangkan apa yang mereka perlu titik-beratkan ialah mengambil makanan yang memenuhi khasiat pemakanan yang diperlukan.

Amalan pemakanan yang bijak ialah makan supaya sentiasa sihat bukan makan untuk merampingkan badan.

Ini kerana badan memerlukan jumlah protein, karbohidrat, serta vitamin, mineral dan air yang mencukupi di samping sedikit lemak untuk terus sihat.

Oleh itu jangan mengurangkan makan demi merampingkan badan kerana diet yang tidak mencukupi selalunya akan menyebabkan keletihan, kurang tenaga dan daya konsentrasi di mana akhirnya membuatkan seseorang lesu dan pucat lesi.

Mulakan hari dengan mengambil sarapan yang berkhasiat seperti bijirin sarapan yang mudah disediakan dan dalam masa yang sama ia dapat membantu menjadi ramping dan sihat.

Ramai yang tersalah anggap bahawa dengan tidak mengambil sarapan, mereka dapat mengurangkan kalori makanan mereka.

Sebenarnya, tabiat tidak bersarapan pagi lazimnya akan menjadikan seseorang itu mengambil makanan berlebihan ketika makan tengah hari dan pada waktu-waktu lain.

Amalan itu tidak sihat kerana ia menyebabkan mereka menambah jumlah kandungan kalori dan mungkin lemak yang dimakan dalam sehari.

Meninggalkan sarapan pagi juga dilihat tidak baik untuk kesihatan kerana selepas semalaman tanpa makanan, ia menyebabkan kandungan glukosa dalam darah menjadi rendah di sebelah pagi.

Kandungan glukosa dalam darah yang rendah boleh membawa kepada pelbagai masalah fisiologi dan fizikal seperti pening, pitam, lesu, lenguh, sakit-sakit badan, mudah marah dan sering dihantui perasaan bimbang.

Sebaliknya memilih sarapan berkhasiat setiap pagi penting bagi menghasilkan diet seimbang.

Bijirin sarapan pagi dengan susu adalah pilihan paling ringkas dan lengkap bagi orang dewasa yang menjalani kehidupan agresif dan aktif.

Mereka yang makan bijirin untuk sarapan pagi mendapat lebih banyak bekalan vitamin, mineral dan serat.

Sebenarnya, sarapan pagi menyediakan 25 peratus daripada jumlah kalori atau tenaga harian dan kunci kesihatan yang baik serta badan ramping ialah penjagaan diet yang sempurna, kerap melakukan senaman sederhana serta rehat dan tidur yang mencukupi.

Ketiga-tiga elemen ini penting bagi kesejahteraan menyeluruh, badan, minda dan jiwa di samping bersemangat dengan penampilan diri.

Diet yang seimbang juga memberi tenaga untuk bekerja secara optimum sambil menjadikan seseorang itu sentiasa ceria.

sumber : Utusan Malaysia- Keluarga

Selamat menyambut Ramadhan

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelum ini.

Semalam 2 peristiwa paling penting berlaku. Pertamanya, saya telah mengucapkan Selamat Jalan kepada Kancil biru yang letah lebih 12 tahun berkhidmat.

( En Suhaimi dari Bank Rakyat  bersama kancil yang telah bertukar tangan)

Pada masa yang sama, rumah kami juga dipasang dengan electronic security services dari ADT (http://www.adt.my/en/index.aspx?page=home). Mungkin ada yang tertanya-tanya perlukan rumah kos murah dilengkapi dengan peralatan keselamatan yang begitu canggih. Jawapnya perlu.

Setakat ini kami telah kerugian lebih daripada 20 ribu ringgit kerana rumah kami telah 4 kali dimasukki pencuri. Kes terbaru adalah kereta MyVi ku yang ketika itu baru 10 hari dibawa balik ke rumah. Aku menyedarinya pagi itu bila mana kunci kereta tiada di dalam hand beg. Menggunakan kunci pendua, aku dapati menjumpai keretaku di bawah dengan tempat parking yang telah berubah, minyak telah habis dengan pertambahan sebanyak 200KM kepada odometer.Bermakna ada orang telah membawa keretaku bersiar-siar sejauh 200km pergi dan balik pada malam itu. Syukur kerana aku masih diizinkan untuk menaiki lagi kereta berkenaan. Selepas alarm di reset dan kunci di duplicate, kami tidak sanggup lagi menghadapi suasana kehilangan harta benda. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku.

Buat pertama kalinya kami rasa sedikit ketenangan. Harapnya biarlah semua kepayahan yang telah dihadapi sepanjang tahun ini berlalu pergi. Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna. 🙂

MyVi vs Kancil

Pada hari jumaat minggu lepas, saya telah mendapat kereta baru saya, MyVi SE berwarna hitam dengan no BKW3103. No yang sama dengan no kereta suami yang merupakan tarikh perkahwinan kami.

(nampak tak 4 ekor blue bear dibelakang tuh 😉

Sebenarnya agak sayang juga untuk berpisah dengan kereta kancil biru yang telah lebih 12 tahun berjasa. Namun selepas kejadian kereta berkenaan hilang, setelah dijumpai semula dan bila mengetahui orang yang mencurinya adalah anak jiran sendiri, kami berpendapat bahawa kereta berkenaan tidak lagi selamat berada di kawasan perumahan berkenaan. Tambahan pula 1 set kunci kereta berkenaan masih lagi hilang.

Selain daripada itu, pertukaran bahagian saya juga mempengaruhi. Kini saya tidak perlu lagi outstation, bermakna masa yang sesuai untuk menukarkan TASKA Adam untuk berada berhampiran dengan pejabat saja. Selama ini ayah kurang yakin kalau membawa Adam di dalam kereta kancil berkenaan.

Sebenarnya tiada kurangnya kancil biru itu, cuba tiba masanya untuk dia menamatkan perkhidmatannya. Itu sahaja.

(Bukan selalu dapat parking bersebelahan macam ni. Sesekali jer berpeluang)

Duhai Gadisku…mana malumu?

Dah lama kami tidak makan diluar. Hari ini, semperna besday Adam, kami menjamu selera digerai yg tidak jauh dari rumah. Mungkin kerana esok hari cuti, ramai pula yang makan digerai itu. Sebagiannya berkeluarga dan bawa anak macam kami, namun ramainya pasangan yang hangat bercinta.

Read the rest of this entry »

Ujian Adalah Tarbiah dari Allah

Pejam celik, pejam celik dah hampir habis bulan 6 rupanya. Dah setengah tahun 2010 dilalui. Rasanya tahun yang paling berat dengan dugaan. Kalau kurang-kurang iman boleh jadi gila dibuatnya. Pernah juga aku berhasrat agar aku terus pejam mata dan tidak celik, celik lagi.  Astagfirullah hal Azim. Syukur Alhamdulillah,  Allah masih panjangkan umurku dan terus-terusan menguji, tanda Allah masih sayangkan ku.

Read the rest of this entry »

Selamat Hari Jadi Ayah Adam

Semalam 31/5/2010, genap 34 tahun Ayah Adam dilahirkan ke dunia. Biasanya kami menyambut dengan makan malam agak mewah. Namun dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini (ayah yang disahkan mengidap gout) dan juga krisis kewangan akibat 3x kecurian, kami terpaksa melupakan hasrat berkenaan.

Sehari sebelum itu, iaitu pada 30/5/2010, sedikit wang terpaksa dilaburkan untuk membeli notebook untuk ayah Adam.  Kami terpaksa membayar separuh menggunakan wang tunai, manakala separuh lagi menggunakan kad kredit yang perlu dilunaskan dalam masa 1 tahun.

Kiranya notebook berkenaan merupakan Hadiah Hari Jadi untuk ayah dari ibu Adam. Walau bagaimanapun, ayah Adam tetap cuba juga untuk memohon notebook dari syarikat. Apabila dapat nanti, mungkin notebook berkenaan untuk kegunaan ibu Adam pula.

Hari isnin malam, mulanya kami berhasrat untuk menjamu selera di Secret Recipies yang berhampiran dengan rumah. Malangnya ‘besday boy’ balik ke rumah agak lewat. Bila tiba di kedai kira-kira pukul 9.30 malam, dimaklumkan bahawa kedai akan tutup pada pukul 10.00 malam. Oleh itu kami hanya membeli 2 potong kek dan seterusnya menjamu selera di restaurent lain.

Avoid sugar, prevent Illness

3 kejadian pecah masuk rumah dalam masa 2 bulan

Hari ini buat kali ke 3 dalam masa 2 bulan kami mengalami kecurian lagi. Kali ini beg notebook my husband dan segala isi kandungannya, termasuk charger handphone dan juga passport.

Mulanya saya perasan semasa hendak menyidai baju di belakang, bilamana pintu kecemasan grill terbuka. Kemudian baru kami sedar beg naotebook my husband dan duitnya RM50 telah tiada di dalam beg duitnya. Mujur semalam saya tertinggal beg duit di pejabat.

Berdasarkan bukti yang ada kami mengetuk pintu rumah sebelah. Maknya mengesahkan bahawa anak sulungnya tiada dirumah waktu itu(pukul 6 pagi). My husband terus membuat laporan dibalai polis yang berhampiran.

Balik ke rumah, ayah budak tuh mengaku, bahawa selepas kehilangan notebooku dahulu, dan juga selepas kehilangan keretaku, beberapa malam anak sulungnya dia tidak balik ke rumah.

Saya dimaklumkan bahawa polis datang  kerumah dan mengambil gambar tempat kejadian. Namun bila dinyatakan bahawa orang yang disyakki adalah remaja di sebelah rumah, polis mengatakan bahawa tuduhan kami tidak berasas. Apatah lagi remaja berkenaan masih bersekolah menengah.

Polis berjanji akan siasat. Namun apakah tindakan yang akan polis ambil, tak tahulah.

Yang utama, semua kerja my husband dan chager handphone di dalam notebook berkenaan, menyebabkan semua kerja tergendala.

Ya Allah, Hanya kepadaMU kami menyembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan. Kembalikanlah barang yang hilang berkenaan. Cukuplah Ya Allah, rasanya tidak mampu lagi kami menanggung ujian ini Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Archives
Affiliates
Networkedblog